Friday, February 3, 2012

Operasi Kesan 1.3 Juta PATI Tidak Mendaftar 6P Mulai Pertengahan Bulan Ini

KUALA LUMPUR, 2 Feb - Operasi bersepadu bagi mengesan 1.3 juta Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI), yang tidak mendaftar dalam proses pemutihan Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P), akan dilakukan di seluruh negara mulai pertengahan bulan ini.

Operasi itu akan dilaksanakan oleh Jabatan Imigresen bersama-sama Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Ikatan Sukarelawan Rakyat (Rela), Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Satu Lagi Mayat Mangsa Bot Karam Di Perairan Kota Tinggi Ditemui

JOHOR BAHARU, 2 Feb - Satu mayat mangsa kejadian bot pancung karam di Teluk Semayong, Sedili Besar, dekat Kota Tinggi ditemui pada Khamis, menjadikanjumlah kematian akibat tragedi itu meningkat kepada sembilan orang, setakat ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Che Mahazan Che Aik berkata mayat lelaki berkenaan ditemui oleh pasukan Gerkan Marin yang melakukan operasi mencari dan menyelamat di pantai Teluk Semayong kira-kira pukul 2.20 petang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...