Saturday, January 21, 2012

416 Kes Pemerdagangan Orang Sejak 2008 Hingga 2011

PUTRAJAYA, 21 Jan - Sejumlah 416 kes dan 591 tangkapan telah dilaksanakan bahagian penguatkuasaan bagi pemerdagangan orang dari tahun 2008 sehingga 2011, demikian menurut Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Ia berkata bagi kes pendakwaan pula, sebanyak 383 kes telah dituduh di bawah Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 sementara 243 kes sedang di peringkat perbicaraan, 59 kes telah selesai dan 60 kes berjaya disabitkan.

Friday, January 20, 2012

15 GRO Asia Barat, Asia Tengah dicekup

Sebahagian GRO dari Asia Barat yang berjaya ditahan dalam operasi di sebuah pusat hiburan di Bukit Bintang, Kuala Lumpur, malam semalam.
KUALA LUMPUR 19 Jan. - Seramai 15 wanita warga asing dan seorang pondan tempatan yang dipercayai bekerja sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) dicekup dalam serbuan di sebuah premis hiburan di Bukit Bintang di sini tengah malam tadi.

Serbuan dilakukan oleh 15 anggota dan pegawai dari Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur bermula pukul 12 tengah malam hasil risikan yang dijalankan selama sebulan.

Thursday, January 19, 2012

APMM Tahan 57 Warga Myanmar Di Langkawi

LANGKAWI, 19 Jan - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan 57 warga Myanmar, dipercayai pendatang tanpa izin, yang menaiki sebuah bot di 0.5 batu nautika dari Teluk Burau di sini semalam.

Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim 1 Langkawi Kapten Maritim Abdul Rahim Abdullah berkata bot ronda APMM yang ditugaskan membuat rondaan telah mengesan sebuah bot tanpa nombor di lokasi berkenaan pada 1.30 tengah hari.

3,886 Pati Dan 106 Majikan Dikenakan Tindakan Dibawah Program 6P

KUALA LUMPUR, 19 Jan - Sebanyak 3,886 pendatang tanpa izin dan 106 majikan yang diperiksa dalam operasi 6P oleh Jabatan Imigresen telah dikenakan pelbagai tindakan.

Jumlah itu adalah daripada sejumlah 35,323 pekerja/pendatang tanpa izin yang diperiksa dalam operasi itu.

50 Warga Asing Ditahan Di Daerah Ampang Jaya

KUALA LUMPUR, 18 Jan - Seramai 50 warga asing ditahan di dua lokasi di sekitar kawasan Bukit Antarabangsa iaitu di Sungai Sering dan Taman Ukay Club awal pagi Rabu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Supt Nazri Nawawi yang mengetuai Operasi Bersepadu Rantau kira-kira 2.30 pagi itu berkata operasi pemeriksaan ke atas warga asing tersebut dilakukan ekoran aduan penduduk berlakunya banyak kejadian samun dan pecah rumah di kawasan mereka.

Wednesday, January 18, 2012

Lapan Pusat Setempat Proses Program 6P Beroperasi Isnin Hingga Jumaat - KDN

KUALA LUMPUR, 18 Jan - Lapan pusat setempat proses pemutihan Program 6P Kementerian Dalam Negeri (KDN) mula beroperasi pada Isnin hingga Jumaat dari 8 pagi hingga 12 malam.

Timbalan Ketua Setiausaha KDN Datuk Alwi Ibrahim berkata pusat itu bagaimanapun tidak akan beroperasi pada Sabtu, Ahad dan hari kelepasan am.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...