Saturday, January 14, 2012

Mangsa Kes Pemerdagangan Orang Dibenar Bekerja Di Malaysia - @HishammuddinH2O

KUALA LUMPUR, 14 Jan - Mangsa pemerdagangan orang dalam kes eksploitasi buruh yang berada di rumah perlindungan di Malaysia, kini dibenar bekerja selepas dibebaskan, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata bagaimanapun, beberapa syarat tertentu akan dikenakan seperti mangsa perlu memperoleh kebenaran daripada kedutaan masing-masing, pengesahan bahawa keselamatan mereka tidak terjamin jika kembali ke negara asal, dan mereka memasuki negara ini secara sah.

Thursday, January 12, 2012

Dasar Baru Benar Mangsa Eksploitasi Pekerjaan Bekerja Di Malaysia

KUALA LUMPUR, 12 Jan - Kementerian Dalam Negeri Khamis mengumumkan satu dasar baru membenarkan migran, yang menjadi mangsa eksploitasi pekerjaan dan ditempatkan di rumah perlindungan, untuk bekerja di Malaysia selepas dibebaskan.

Wednesday, January 11, 2012

APMM Tawau Tahan 50 Pendatang Beserta Barangan Kawalan Di Pulau Larapan, Semporna

TAWAU, 11 Jan - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Tawau berjaya menahan 50 pendatang asing tanpa izin dan merampas barangan kawalan dalam operasi agensi itu di Pulau Larapan, Semporna.

APMM Tumpas Cubaan Seludup Keluar 15 Warga Afghanistan

ALOR GAJAH, 11 Jan - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) berjaya menumpaskan cubaan menyeludup keluar 15 warga Afghanistan ke Indonesia di Perairan Lukut, Negeri Sembilan, malam tadi.

32 Pendatang Asing Ditahan Di Negeri Sembilan

SEREMBAN, 11 Jan - Seramai 32 pendatang asing tanpa izin termasuk dua kanak-kanak ditahan dalam Operasi Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P) yang dijalankan oleh Jabatan Imigresen Negeri Sembilan di sekitar Seremban Selasa malam.

PDAM Minta KDN Benar Pekerja Asing Laku Semua Kerja Di Stesen Minyak

KUALA LUMPUR, 11 Jan - Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) memberi kebenaran kepada pekerja asing di stesen minyak melakukan semua kerja berkaitan operasi minyak.


Tuesday, January 10, 2012

Tempoh Pendaftaran Dan Pengampunan Program 6P Tidak Dilanjutkan

KUALA LUMPUR, 10 Jan - Kementerian Dalam Negeri tidak akan melanjutkan tempoh pendaftaran dan pengampunan di bawah Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P), yang tamat Selasa.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...