Tuesday, December 18, 2012

Rundingan Tahunan Kesembilan Malaysia-indonesia Tingkat Keakraban

PUTRAJAYA, 18 Dis - Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa KL petang Selasa bagi menghadiri Rundingan Tahunan Kesembilan Malaysia-Indonesia.

Isu utama yang mencuri tumpuan media ialah soal hubungan dua negara kebelakangan ini yang terarah kepada isu berkaitan pembantu rumah.

Pertemuan beliau dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini dijangka akan mengukuhkan lagi kesepakatan, terutama dalam 42 perkara yang dibincangkan kedua-dua pemimpin itu pada rundingan kelapan di Lombok, Indonesia tahun lepas.

Dianjur secara bergilir antara Malaysia dan Indonesia, rundingan itu merupakan forum tertinggi dua hala dengan kedua-dua pemimpin membincangkan langkah ke arah mengukuhkan lagi hubungan menyeluruh dan strategik antara dua negara berjiran.

Yudhoyono dijadual menghadiri majlis perundingan di bilik mesyuarat Perdana, pejabat Perdana Menteri di sini, sebelum menandatangani memorandum persefahaman mengenai kerjasama dalam bidang kebajikan sosial dan pembangunan masyarakat, dan seterusnya mengadakan persidangan media bersama Najib, sebelum menghadiri majlis makan malam di Seri Perdana.

Dalam rundingan tahun lepas Presiden Indonesia itu dilaporkan berkata ia merupakan satu mesyuarat yang sangat produktif dan berlangsung dalam semangat kekeluargaan sehingga berjaya menemukan pelbagai penyelesaian bagi sejumlah masalah dua hala selain menimbulkan peluang baharu untuk kerjasama di masa depan.

Hubungan dagangan dua negara terus subur ketika ini dengan laporan Matrade menyebut bahawa dagangan dua hala Malaysia-Indonesia meningkat baik dari semasa ke semasa, dengan angkanya mencapai US$14.74 bilion pada tahun 2010, US$18.3 bilion tahun lepas, dan tahun ini dijangka mencecah US$20 bilion.

Sementara itu isu pembantu rumah pula terus menjadi tumpuan media sejak beberapa hari menjelang ketibaan Yudhoyono, dengan soal kos pengambilan menjadi tajuk utama perbincangan, dan ada pihak yang mencadangkan supaya mekanisma 'orang tengah' dalam urusan pengambilan pembantu rumah dihapuskan.

Semalam, Presiden Pertubuhan Kebangsaan Agensi Pekerjaan Malaysia (PIKAP) Datuk Raja Zulkepley Dahalan dilaporkan berkata kos pengambilan pembantu rumah Indonesia dijangka meningkat memandangkan kos yang dipersetujui dalam memorandum persefahaman tahun lepas tidak dapat dilaksanakan sehingga kini.

Dalam kunjungan kali ini, Yudhoyono dijangka membangkitkan soal kebajikan warga Indonesia di Malaysia, ekoran kebimbangan Jakarta mengenai berita polis Malaysia menyelamatkan 105 pembantu rumah dari negara itu yang dipaksa bekerja tanpa gaji dan diberi layanan buruk, baru-baru ini.

Sementara itu, Kementerian Luar dalam kenyataan Selasa berkata kedua-dua pemimpin yang diiringi anggota jemaah menteri masing-masing akan mengambil peluang pada mesyuarat tahunan ini untuk menilai secara lebih dekat kemajuan kerjasama berterusan serta meneroka potensi baharu bagi meningkatkan perkongsian yang memberi manfaat kepada rakyat kedua-dua negara.

Esok, Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dijadual menganugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah Kepimpinan Keamanan dari Universiti Utara Malaysia kepada Yudhoyono di Istana Negara, yang merupakan pengiktirafan kepada presiden Indonesia itu ke arah memperkukuh hubungan antara dua negara, serta keamanan mapan di rantau Asia Tenggara.

Satu kenyataan bersama akan dikeluarkan selepas Rundingan Tahunan Kesembilan selesai. - BERNAMA

1 comment:

  1. Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,jangan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohan dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI












    Saya ingin berbagi cerita kepada anda bahwa saya ini IBU PUSPITA seorang TKI dari malaysia dan secara tidak sengaja saya buka internet dan saya melihat komentar ibu hayati yg dari honkong tentan MBAH KABOIREN yg telah membantu dia menjadi sukses dan akhirnya juga saya mencoba menghubungi beliau dan alhamdulillah beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor toto 6D dan alhamdulillah itu betul-betul terbukti tembus,kini saya sangat berterimakasih banyak kepada MBAH KABOIRENG dan jika anda ingin seperti saya silahkan hubungi MBAH KABOIRENG di 085-260-482-111,saya juga tidak lupa mengucap syukur kepada ALLAH karna melalui MBAH KABOIRENG saya juga sudah bisa sesukses ini dan jangan mudah percaya kepada MBAH yg lain selain MBAH KABOIRENG karna saya juga pernah mengalami yg namanya dibohongin sama para normal yg lain,ini bukan rekayasa dari saya melainkan ini kisah nyata dari seorang TKI,janan ada percaya klau ada yg memakai pesan ini klau bukan atas nama saya krna itu cuma bohon dan ini resmi saya yg menulis.Untuk yg punya rum erimakasih atas tumpangannya. KLIK _ GHOB _ 2D 3D _ 4D _ 6D _ DISINI

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...