Tuesday, January 10, 2012

Tempoh Pendaftaran Dan Pengampunan Program 6P Tidak Dilanjutkan

KUALA LUMPUR, 10 Jan - Kementerian Dalam Negeri tidak akan melanjutkan tempoh pendaftaran dan pengampunan di bawah Program Penyelesaian Menyeluruh Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P), yang tamat Selasa.


Ketua Setiausaha kementerian Tan Sri Mahmood Adam berkata bagaimanapun proses permohonan pemutihan diteruskan bagi Pekerja Asing Tanpa Izin (PATI) yang telah berdaftar sebelum ini.

"Secara pentadbiran, proses permohonan pemutihan Pati yang telah berdaftar dalam tempoh 1 hingga 31 Ogos tahun lepas tetap akan diteruskan.

"Pertimbangan ini dibuat di atas rayuan para majikan bagi melengkapkan proses pemutihan, pengeluaran dokumen yang berkaitan dan temu duga dengan agensi kawal selia," katanya dalam kenyataan, di sini.

Beliau berkata majikan yang belum berbuat demikian dinasihatkan berurusan segera di lapan Pusat Sehenti termasuk di Ibu pejabat Jabatan Imigresen di Putrajaya dan Ibu pejabat Jabatan Pendaftaran Negara di Putrajaya.

Sehingga hari ini, sejumlah 323,093 orang PATI membabitkan 21,956 majikan telah diputih dan diampunkan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...