Wednesday, January 18, 2012

Lapan Pusat Setempat Proses Program 6P Beroperasi Isnin Hingga Jumaat - KDN

KUALA LUMPUR, 18 Jan - Lapan pusat setempat proses pemutihan Program 6P Kementerian Dalam Negeri (KDN) mula beroperasi pada Isnin hingga Jumaat dari 8 pagi hingga 12 malam.

Timbalan Ketua Setiausaha KDN Datuk Alwi Ibrahim berkata pusat itu bagaimanapun tidak akan beroperasi pada Sabtu, Ahad dan hari kelepasan am.

"Sehubungan dengan itu, majikan dan syarikat pengurusan yang telah beroleh tarikh temu janji pada Sabtu, Ahad dan hari kelepasan am diminta untuk hadir ke pusat setempat untuk proses pemutihan pada Isnin berikutnya," katanya dalam satu kenyataan hari Rabu.

Beliau berkata mulai esok, majikan akan dihubungi kementerian itu menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi mengetahui perkembangan lanjut proses pemutihan Program 6P. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...