Wednesday, January 4, 2012

Imigresen Johor Tahan 36 GRO Rakyat Thailand

JOHOR BAHRU, 3 Jan - Jabatan Imigresen Johor menahan 36 wanita rakyat Thailand dipercayai bekerja sebagai pelayan pelanggan (GRO) dalam serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Abdullah Tahir, di sini, awal pagi Selasa.

Timbalan Penolong Pengarah II Jabatan Imigresen Johor, Amzari Abdul Jalil berkata turut ditahan seorang lelaki tempatan berumur 25 tahun yang dipercayai penjaga premis berkenaan dalam serbuan pada pukul 1 pagi itu.

"Ada di antara wanita itu cuba meloloskan diri dengan menggunakan pintu rahsia, bagaimanapun, mereka gagal kerana semua pintu keluar sudah dikepung pihak berkuasa," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Amzari berkata kesemua wanita berusia 21 hingga 34 tahun itu yang bekerja tanpa dokumen sah dihantar ke Depoh Tahanan Pekan Nenas, Pontian, untuk tindakan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...