Thursday, January 19, 2012

APMM Tahan 57 Warga Myanmar Di Langkawi

LANGKAWI, 19 Jan - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan 57 warga Myanmar, dipercayai pendatang tanpa izin, yang menaiki sebuah bot di 0.5 batu nautika dari Teluk Burau di sini semalam.

Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim 1 Langkawi Kapten Maritim Abdul Rahim Abdullah berkata bot ronda APMM yang ditugaskan membuat rondaan telah mengesan sebuah bot tanpa nombor di lokasi berkenaan pada 1.30 tengah hari.

"Pemeriksaan mendapati bot berkenaan membawa 57 orang warga negara Myanmar berumur antara 10 tahun dan 50-an, kesemuanya lelaki yang tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri yang sah," katanya pada sidang akhbar di Jeti Perikanan di sini hari ini.

Abdul Rahim mereka dipercayai berada dalam perairan selama 20 hari sejak meninggalkan negara mereka untuk sampai ke sini.

Beliau berkata bot berkenaan dibawa ke Jeti Perikanan Bukit Malut untuk tindakan lanjut. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...