Thursday, January 19, 2012

50 Warga Asing Ditahan Di Daerah Ampang Jaya

KUALA LUMPUR, 18 Jan - Seramai 50 warga asing ditahan di dua lokasi di sekitar kawasan Bukit Antarabangsa iaitu di Sungai Sering dan Taman Ukay Club awal pagi Rabu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Supt Nazri Nawawi yang mengetuai Operasi Bersepadu Rantau kira-kira 2.30 pagi itu berkata operasi pemeriksaan ke atas warga asing tersebut dilakukan ekoran aduan penduduk berlakunya banyak kejadian samun dan pecah rumah di kawasan mereka.

Antara warga asing yang ditahan ialah dari Indonesia dan Nepal yang bekerja sebagai buruh dan tinggal di rumah kongsi dan kawasan tapak pembinaan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...