Saturday, December 24, 2011

Dua Wanita Filipina Edar Heroin

SHAH ALAM 23 Dis. - Dua wanita warga Filipina dihukum gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah atas tuduhan mengedar 71 biji kapsul berisi heroin, empat tahun lalu.

Hakim Datuk Siti Mariah Ahmad menjatuhkan hukuman tersebut selepas mendapati pembelaan kedua-dua tertuduh, Aisa Bello Mansong, 29, dan Elenor Kantor Sadullo, 51, merupakan penafian semata-mata.

Cawangan Pusat Setempat Program 6P Dibuka Di Pulau Pinang Selasa Ini

KUALA LUMPUR, 23 Dis - Sebuah pusat setempat Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja dan Pendatang Asing Tanpa Izin (6P) akan dibuka di Pulau Pinang pada Selasa ini bagi memudahkan prosedur pemutihan pekerja asing tanpa izin.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam berkata pusat itu yang ditempatkan di Pejabat Imigresen negeri, Jalan Kelasah, Seberang Jaya akan dibuka setipa hari dari 8 pagi hingga 5 petang.

Wednesday, December 21, 2011

Lebih 200 Pengemis Asing Diberkas

KUALA LUMPUR, 21 Dis - Seramai 282 pengemis asing adalah antara 1,762 pengemis dan kutu rayau yang diberkas pihak berkuasa menerusi 948 operasi berkala di seluruh negara dalam tempoh 10 bulan pertama tahun ini, persidangan Dewan Negara diberitahu Rabu.

KDN Akan Perkenal Visa Peringkat Satu Untuk Pelajar Asing - Mahmood Adam

PUTRAJAYA, 21 Dis - Kementerian Dalam Negeri akan memperkenalkan visa peringkat satu bagi pelajar asing yang melanjutkan pengajian di negara ini dalam usaha mengawal kemasukan mereka.

Ketua Setiausaha kementerian Tan Sri Mahmood Adam berkata menerusi kaedah itu, visa hanya dikeluarkan selepas pelajar terbabit menerima tawaran daripada institusi pengajian berkenaan.

Tuesday, December 20, 2011

Pengurus Spa Didakwa Dagang Dua Wanita Indonesia Untuk Jadi Pelacur

KUALA LUMPUR, 20 Dis - Seorang pengurus spa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini Selasa atas pertuduhan memperdagangkan dua wanita warganegara Indonesia dengan memaksa mereka bekerja sebagai pelacur, dua minggu lepas.

Phang Chee Kung, 56, dari Cheras didakwa memperdagangkan Sonia, 24, dan Endang Sekerayu, 22, bagi tujuan eksploitasi di hadapan bilik No 210, Hotel Golden Asean di No 520-522 Jalan Pudu, Dang Wangi di sini pada 7.05 petang, 7 Dis lepas.

Dasar, Syarat Proses Pemutihan Program 6P Mungkin Dilonggarkan

PUTRAJAYA, 20 Dis - Kementerian Dalam Negeri kini dalam proses menyediakan kertas pertimbangan cadangan bagi melonggarkan dasar dan syarat proses pemutihan Program Penyelesaian menyeluruh Pekerja/Pendatang Asing Tanpa Izin (Program 6P).

Ketua Setiausaha kementerian berkenaan Tan Sri Mahmood Adam berkata jika kertas pertimbangan itu diluluskan, prosedur pemutihan dapat dilaksanakan dengan lebih mudah.

Kumpulan Pertama Pembantu Rumah Indonesia Tiba Februari

KUALA LUMPUR, 20 Dis - Kumpulan pertama pembantu rumah Indonesia dijangka mula dihantar ke negara ini pada penghujung Februari atau awal Mac tahun depan, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Katanya ketika ini, proses mendapatkan pembantu rumah baru di Indonesia sudah dibuka dan pencarian majikan serta latihan selama 200 jam sedang berjalan sebelum penhantaran boleh dilaksanakan.

Sunday, December 18, 2011

Isu 6P: Kenyataan Media KSU Kementerian Dalam Negeri

Berikut adalah Kenyataan Media Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri berkaitan Isu Berbangkit berkanaan Program 6P.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...