Tuesday, December 20, 2011

Kumpulan Pertama Pembantu Rumah Indonesia Tiba Februari

KUALA LUMPUR, 20 Dis - Kumpulan pertama pembantu rumah Indonesia dijangka mula dihantar ke negara ini pada penghujung Februari atau awal Mac tahun depan, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Dr S. Subramaniam.

Katanya ketika ini, proses mendapatkan pembantu rumah baru di Indonesia sudah dibuka dan pencarian majikan serta latihan selama 200 jam sedang berjalan sebelum penhantaran boleh dilaksanakan.
"Kini proses mencari pembantu rumah sedang dibuka di Indonesia melalui Kementerian Tenaga Kerja dan Transmigrasi di sana, agensi di Malaysia kini sedang mengumpul biodata untuk pencarian majikan, dan jika semuanya selesai, kumpulan pertama akan tiba pada penghujung Februari atau awal Mac tahun depan," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mengkaji mekanisme penggajian oleh kontraktor tenaga kerja di sini Selasa.

Penghantaran pembantu rumah itu kembali dilakukan selepas kerajaan Indonesia menarik balik secara rasmi moratorium penghantaran pembantu rumah ke Malaysia pada 1 Dis lepas.

Sementara itu, lerajaan akan memeterai satu perjanjian persefahaman (MoU) dengan Kemboja berkaitan pembantu rumah dari negara itu selepas kerajaan Kemboja membekukan penghantaran pembantu rumah mereka ke negara ini pada 14 Okt lepas.

Menurut sumber Kementerian Sumber Manusia, perbincangan sedang dijalankan antara agensi di negara ini sebelum ianya melibatkan kerajaan Kemboja.

Mesyuarat hari ini membincangkan satu mekanisme baru untuk digunakan bagi syarikat kontraktor tenaga kerja bagi mengelakkan isu berkaitan syarikat sedemikian terus berlarutan.

Subramaniam berkata syarikat kontraktor tenaga kerja yang membekalkan tenaga kerja kepada sektor tertentu dilihat tidak berkesan dan ia menindas pekerja serta kebajikan mereka. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...