Saturday, January 15, 2011

Mayat Lelaki Bangladesh Ditemui Di Kawasan Semak

Mayat seorang lelaki, dipercayai warga Bangladesh, ditemui terbaring dengan wajah membengkak di kawasan semak di Kampung Pahang, Sungai Soi di sini pagi Jumaat.

Mayat lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditemui seorang pekebun cili pada 10.30 pagi yang memaklumkannya kepada Ketua Kampung Taib Awang Kassim.
Taib berkata seorang penduduk di kawasan berkenaan memaklumkan bahawa mangsa tinggal di Kampung Seri Melati, KM 17 Jalan Pekan dekat sini sejak tiga tahun lepas, dan kali terakhir dia dilihat ialah kira-kira tiga hari lalu.

"Mereka beritahu saya mangsa dilihat berjalan seorang diri ke kawasan belukar berkenaan membawa payung, sebotol air dan bekalan makanan, tapi tujuannya tidak diketahui kerana dia bukan pekerja di kebun itu," katanya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Daerah DSP Kamaruzzaman Jaafar berkata hasil bedah siasat menunjukkan mangsa mati akibat serangan sakit jantung dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...