Saturday, April 3, 2010

Polis pantau jeti haram PATI masuk

KOTA KINABALU 2 April - Polis akan membuat pemantauan yang lebih kerap di beberapa lokasi jeti haram di daerah Tawau dalam usaha mengekang kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) ke negeri ini.


Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Noor Rashid Ibrahim (gambar) berkata, pihaknya sedang mengumpul maklumat mengenai jeti-jeti haram yang sering digunakan PATI untuk memasuki negeri ini.

"Pihak polis masih mengumpul maklumat untuk mengesan jeti-jeti haram di daerah Tawau bagi mengambil tindakan sekali gus mengatasi masalah kemasukan PATI ke negeri ini.

"Saya telah mengarahkan ketua polis daerah itu supaya membuat siasatan bagi mengesan juragan kapal yang dipercayai sering membawa masuk PATI melalui daerah tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah di Kepayan di sini semalam.

Daerah Tawau yang terletak berhampiran sempadan Indonesia dikatakan sering menjadi lokasi tumpuan kemasukan PATI ke negeri ini.

Menurut Noor Rashid, pemantauan berterusan juga penting kerana terdapat bot yang mendarat di jeti haram selain tidak mematuhi peraturan keselamatan yang ditetapkan.

"Ini membahayakan nyawa penumpang dan kita harap dengan pemantauan berterusan ini akan dapat memastikan semua bot turut mematuhi peraturan keselamatan," katanya.

Sementara itu, mengulas mengenai kehilangan pengurus dan penyelia pusat pembiakan rumpai laut dalam kejadian rompakan di Pulau Sebangkat di Semporna baru-baru ini, beliau berkata, siasatan masih diteruskan.

"Pihak polis masih menjalankan siasatan berhubung kes tersebut dan sebarang perkembangan tidak boleh didedahkan agar tidak mengganggu siasatan.

"Bagaimanapun, kita percaya kedua-dua lelaki tersebut masih hidup," ujarnya. - Utusan

11 pelacur pancing pelanggan ditahan

KUALA LUMPUR - Seramai 11 pelacur warganegara China yang berpakaian menghairahkan ditahan ketika mereka 'memancing pelanggan' untuk menawarkan khidmat seks di sebuah medan selera di Jalan Gelang, Pudu semalam.

 Medan selera di Jalan Gelang, Kuala Lumpur yang menjadi lokasi pelacur warga asing berkumpul mencari pelanggan. 

Operasi selama sejam setengah itu disertai oleh empat pegawai dan 20 anggota dari Cawangan Antimaksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dan Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi.

Pegawai Turus D7, Deputi Supritendan Razali Abu Samah berkata, dalam serbuan yang bermula pada pukul 4.05 pagi, kesemua wanita yang ditahan berumur di antara 21 hingga 44 tahun. - Kosmo

Friday, April 2, 2010

Pendatang kena kepung

SHAH ALAM: Jabatan Imigresen Selangor menahan 33 pendatang asing dalam satu serbuan di gerai makan milik Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di Puncak Perdana berhampiran kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini, malam kelmarin.

 Gambar hiasan

Dalam operasi bermula jam 10 malam dan berakhir kira-kira dua jam kemudian, Jabatan Imigresen terpaksa menyamar sebagai pelanggan sebelum mengepung kawasan terbabit bagi mengelak pendatang asing melarikan diri.
Daripada 33 yang ditahan itu, 23 lelaki dan selebihnya perempuan, membabitkan warga Thailand seramai 23 orang, Indonesia enam dan masing-masing satu membabitkan India, Sri Lanka dan Pakistan.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Selangor, Johari Supardi, berkata serbuan itu dibuat hasil aduan orang ramai selain risikan yang dibuat pihaknya.

“Ketika serbuan, ada pendatang asing ini cuba melarikan diri, namun kami sudah bersedia dengan mengepung kawasan itu dan menggagalkan tindakan pendatang asing terbabit.

“Kebanyakan mereka yang ditahan kerana tidak mempunyai dokumen sah dan tidak memiliki pasport,” katanya ketika ditemui selepas mengetuai operasi itu di sini, semalam.

Menurutnya, pihaknya juga akan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik gerai makan terbabit kerana menggaji pekerja yang tidak memiliki permit sah kerana ia menyalahi undang-undang.

“Semua mereka itu disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 Pindaan 2002. Pendatang asing terbabit kemudian dihantar ke depot tahanan Imigresen Machap Umboo, Melaka,” katanya.

Jabatan Imigresen juga meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kehadiran pendatang asing supaya menyalurkannya kepada Jabatan Imigresen Selangor untuk tindakan lanjut. - Harian Metro

Buruh maut jatuh bangunan

KUALA LUMPUR: Seorang buruh binaan warga Indonesia maut apabila tali pengikat pelantar di tingkat 28 sebuah bangunan hotel yang dalam pembinaan di belakang Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), di sini tiba-tiba terputus, pagi semalam.

Ketika kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa hanya dikenali sebagai Sugeng, 29 dikatakan sedang melakukan kerja pemunggahan di tingkat berkenaan sebelum tali pengikat pelantar putus menyebabkan mangsa yang tidak menggunakan tali keselamatan terjatuh.
Ketua Polis Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman berkata, mangsa yang cedera parah di kepala mati di tempat kejadian.

“Mangsa dipercayai terjatuh ketika melakukan kerja di bangunan yang belum siap itu. “Buat masa ini, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut. “Bagaimanapun kami akan melihat laporan bedah siasat untuk memastikan sama ada wujud unsur lain,” katanya ketika dihubungi semalam.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat. - Harian Metro

Amah kebas RM200,000

KUALA LUMPUR: Kerana terlalu percaya kepada pembantu rumahnya, seorang ahli perniagaan berputih mata apabila wanita terbabit melarikan pelbagai barang berharga termasuk harta pusaka yang semuanya bernilai hampir RM200,000.

DICARI... Sayani dicari majikan selepas didakwa melarikan pelbagai barang kemas bernilai RM200,000. 

Pembantu rumah terbabit yang berusia 27 tahun selama ini menjadi kepercayaan majikannya itu sejak diambil bekerja enam bulan lalu.

Namun, dalam kejadian awal bulan lalu di Seksyen 11, Shah Alam, dia melarikan diri bersama seorang lelaki yang juga rakan senegara bersama pelbagai barang kemas milik majikannya itu.

Ahli perniagaan terbabit yang hanya mahu dikenali sebagai Ali dari Kashmir, India berkata ketika kejadian, isterinya keluar ke pasar raya untuk membeli barang keperluan ditemani seorang lagi pembantu rumah, kira-kira jam 9.30 pagi pada hari kejadian.

“Namun, sejurus pulang, isteri saya mendapati wanita terbabit tiada di rumah dan dia cuba mencarinya di sekitar kawasan rumah, namun gagal.

“Selepas membuat pemeriksaan, isteri saya terkejut apabila mendapati beberapa barang kemas miliknya hilang dipercayai dilarikan pembantu rumah terbabit,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini dia memang mempercayai pembantu rumahnya itu yang bekerja dengannya hampir enam bulan lalu.

“Namun, saya tidak sangka dia akan melarikan diri dan mengambil semua barang berharga dan ada antaranya harta pusaka yang bagi saya tidak ternilai harganya,” katanya.

Menurutnya, pembantu rumah terbabit yang dikenali sebagai Sayani itu sudah berkahwin dan juga mempunyai dua anak, namun semua mereka berada di Indonesia.

“Saya benar-benar berharap dia dapat pulangkan semula barang kemas berkenaan kerana itu harta pusaka yang memang tidak ternilai buat kami sekeluarga.

“Jika dia pulangkan kembali semua barang itu, saya akan maafkan wanita berkenaan dan tidak akan mengenakan tindakan kepadanya,” katanya. - Harian Metro

Wednesday, March 31, 2010

Malaysia is not a dumping ground for problem foreign students

KUALA LUMPUR: Malaysia is not a "dumping ground" for foreign students who have problems and are not qualified to study here, Parliament was told today.

Deputy Minister of Higher Education, Dr Hou Kok Chung, said the government does not compromise on the quality of foreign students it allows to study in institutes of higher education here.

"In that regard, the government encourages institutes of higher education to
take in foreign students who are under government sponsorship or are being sponsored by an organisation.

"This is because such students are committed and have quality," he said when replying to a supplementary question by Datuk Ismail Abd Muttalib (BN-Maran) in Parliament today.

Ismail had asked the Minister of Higher Education to state the number of foreign students who were studying here, including in international schools.
Ismail also wanted to know the number of offences committed by foreign students over the last five years.

Hou said that as of Dec 31, 2009, Malaysia took in 80,700 foreign students from more than 150 countries and that of that number 22,400 were in public institutes of higher education and 58,300 were in private institutes.

"This means that the Ministry of Higher Education has overtaken its target of 80,000 foreign students in 2010. The data from the Education Ministry shows that the enrollment of foreign students in 51 international schools was 16,600," he said.

He said, in general, the number of cases of crime committied by foreign students was low.

Based on Royal Malaysian Police statistics for 2009, the number of serious crime cases involving foreign students was 17, namely six cases of criminal threat, four cases of rioting, three cases of theft, two cases of molestation, one case of rape and one case of causing hurt.

On another question, Hou said the ministry had taken several steps to address matters related to foreign students like updating criteria related to applications of foreign students into private institutes of higher education.

"Besides that, up till Nov 30, 2009, 29 private institutes of higher education have had their licences revoked by the Home Ministry for taking in students like for courses that were not professionally accredited, those who were not operating in registered premises, and which did not have a foreign students affairs unit," he said.

He said private institutes of higher education should also inform the Immigration Department and the ministry about students who did not attend classes for three consecutive days; or had less than 80 per cent attedance; a CPGA of less than two; or failed examinations; as well as ended their education and returned home.

He said the ministry was also in the process of using the "no objection certificate" or NOC, a support certificate that established a student's nationality.


"The ministry will also place new conditions that private students would be obliged to place a deposit as guarantee that the said student was capable of doing his or her studies here," he said.
Replying to Datuk Dr Mohd Hayati Othman (PAS-Pendang), Hou said all foreign students needed to be adjusted to Malaysian culture.

He said the ministry had also ensured that all private institutes of higher education stuck to the 20:80 ratio to ensure a truly "Malaysian" atmosphere to allow foreign students to rapidly adjust to this country. - NST

Bilik ‘asmara’ musnah

KUALA LUMPUR – Sebanyak 18 premis pelacuran yang melibatkan lebih 100 bilik ‘asmara’ dimusnahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam operasi bersepadu di Jalan Thambipillay, Brickfields dekat sini, semalam.

Kesemua premis itu sebelum ini pernah dimusnahkan sebanyak empat kali sejak tahun 2007 namun kegiatan pelacuran yang melibatkan pelacur warga tempatan dan warga asing terbabit di kesan aktif semula pada pertengahan tahun lalu.

Bagaimanapun, risikan serta aduan dari orang ramai sekali lagi memaksa DBKL mengambil langkah lebih drastik dengan menghapuskan semua bilik ‘asmara’ yang dibina tanpa kebenaran.

Operasi dilakukan kira-kira jam 10 pagi dengan kekuatan lebih 100 anggota dari DBKL dan dibantu Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tenaga Nasional Berhad (TNB), Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd serta Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Pengarah Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan DBKL, Rolan Abd Rahman berkata, kesemua premis itu didapati melanggar Akta Jalan, Parit dan Bagunan 1974 di mana membina sekatan di dalam bangunan tanpa kebenaran Datuk Bandar.

“Sebelum ini semua pusat pelacuran ini telah kita musnahkan sebanyak empat kali semenjak tahun 2007, bagaimanapun dikatakan kembali aktif pada pertengahan tahun lalu, namun kita percaya aktiviti ini sudah lama beroperasi secara senyap-senyap.

“Berdasarkan aduan dan risikan itu, kita beri sebulan notis mengosongkan bangunan tetapi sehingga kini, mereka gagal berbuat demikian sehingga memaksa kita bertindak menghapuskan semua binaan haram serta merampas semua peralatan,” katanya pada sidang akhbar di Bilik Gerakan DBKL di sini, semalam.

Sinar Harian yang turut sama dalam operasi itu mendapati, terdapat sebahagian bilik-bilik ‘asmara’ telah dikosongkan namun sebahagian lagi masih lengkap dengan semua peralatan antaranya katil dan tilam.

Lebih menjijikkan, turut ditemui ratusan paket kondom yang belum digunakan, pelincir dan terdapat singki khas untuk membersihkan diri sebelum atau selepas ‘asmara’, malah ada yang menyerupai rumah sewa yang lengkap dengan almari persalinan, tempat memasak, barangan elektrik dan ruang istirahat.

Rolan berkata, pihaknya kini sedang mengesan pemilik sebenar premis berkenaan. - Sinar Harian

Kes 16 warga asing melarikan diri : 88 pegawai imigresen disiasat

KUALA LUMPUR 30 Mac - Seramai 88 anggota dan pegawai imigresen disiasat bagi membantu kes 16 warga asing melarikan diri dari Depot Tahanan Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), 27 Mac lalu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, kesemua mereka adalah daripada empat kumpulan yang bertugas di depot itu pada hari kejadian.

Beliau berkata, sehingga kini, semua warga asing yang melarikan diri terbabit masih belum ditemui.

"Kami percaya kejadian itu dirancang rapi sehingga berjaya melepasi sistem keselamatan dan kawalan depot.

"Kemungkinan besar juga kesemua mereka menaiki kenderaan untuk melarikan diri," katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian itu, 16 mangsa pemerdagangan manusia dari Afghanistan dan Myanmar yang diberi perlindungan di depot tersebut melarikan diri.

Kejadian berlaku antara pukul 5 dan 7 pagi membabitkan 12 lelaki Afghanistan dan empat lelaki Myanmar yang melarikan diri dengan memotong jeriji dan memanjat pagar.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan imigresen telah memulakan siasatan dalaman bagi menyiasat prosedur kerja di depot berkenaan.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai 16 orang yang melarikan diri itu boleh menghubungi Pengarah Imigresen Selangor, Johari Yusof di talian 019-2649061 atau Zainol Azalan Daud di talian 013-9811767. - Utusan

Tuesday, March 30, 2010

Ops PATI: Imigresen tunggu lampu hijau

Gambar hiasan

SEPANG 29 Mac - Jabatan Imigresen sudah melakukan segala persediaan dan cuma menunggu lampu hijau daripada kerajaan untuk memulakan operasi besar-besaran ke atas pendatang asing tanpa izin (PATI).

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, walaupun operasi besar-besaran ke atas PATI ditangguhkan kerajaan namun pihaknya tetap bersemangat tinggi dan tidak sabar-sabar untuk memulakan operasi itu pada bila-bila masa.

Tegas beliau, operasi besar-besaran itu wajar dijalankan untuk mengajar PATI supaya mereka tidak menjadi terlalu 'selesa' dengan duduk dan bekerja di negara ini secara haram.

''Operasi besar-besaran ini perlu diadakan dan kita perlu ingatkan PATI bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang berdaulat.

''Kita juga perlu ingatkan mereka (PATI) bahawa kita mempunyai undang-undang yang perlu dihormati oleh mana-mana orang yang masuk ke negara ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas status operasi besar-besaran ke atas PATI yang pada mulanya dijadual diadakan pada Februari lalu tetapi ditangguhkan.

Kementerian Dalam Negeri dilaporkan menangguhkan operasi itu selepas mendapat komitmen daripada para majikan untuk memberi kerjasama kepada pihak berkuasa membersihkan pekerja asing terbabit sebelum penguatkuasaan dijalankan.

Mengulas lanjut, Abdul Rahman berkata, penangguhan operasi itu tidak bermakna Imigresen akan menghentikan pemeriksaan ke atas premis-premis perniagaan yang mengambil pekerja asing.

Beliau menjelaskan, tanggapan sesetengah peniaga bahawa pemeriksaan Imigresen akan berhenti selari dengan penangguhan operasi besar-besaran banteras PATI adalah tidak betul.

''Proses pemeriksaan akan diteruskan dan Imigresen sememangnya berhak untuk memeriksa semua premis ini.

''Kalau kita jumpa pekerja yang berada di negara ini melebihi tempoh yang dibenarkan, kita juga akan tahan mereka, adalah tidak logik kita periksa dan lepaskan pesalah begitu sahaja," katanya.

Tegas beliau, orang ramai tidak perlu takut dengan operasi ke atas PATI selagi mereka mematuhi undang-undang negara.

''Hanya orang yang bersalah yang patut takut dengan operasi penguatkuasaan undang-undang," katanya. - Utusan

Polis Selamatkan Lima Remaja Filipina Daripada Diperdagangkan

Gambar hiasan

TAWAU, 30 Mac (Bernama) -- Polis menyelamatkan lima remaja perempuan warga Filipina daripada menjadi mangsa pemerdagangan manusia dan memberkas dua lelaki dan seorang wanita tempatan dalam serbuan di sebuah rumah di sini pada Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Ibrahim Chin berkata remaja berusia di antara 14 hingga 20 tahun itu ditempatkan di rumah itu dengan kawalan ketat dipercayai untuk tujuan pekerjaan tidak bermoral.

Serbuan itu dilakukan hasil maklumat daripada orang awam, katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Katanya kelima-lima remaja itu kini ditempatkan di pusat perlindungan wanita di Kota Kinabalu.

Ketiga-tiga suspek yang berusia 22 hingga 35 tahun itu akan didakwa di mahkamah tidak lama lagi, katanya.

Ibrahim meminta orang awam terus memberikan kerjasama kepada polis dengan melaporkan sebarang kegiatan tidak bermoral di kawasan mereka. -- BERNAMA

Wahid Terima RM50,000 Selepas Luluskan Visa Pekerja

KUALA LUMPUR, 30 April (Bernama) -- Mahkamah Sesyen di sini Selasa diberitahu bahawa bekas Ketua Pengarah Imigresen Datuk Wahid Md Don menerima RM50,000 setelah mempercepatkan kelulusan visa pekerja Bangladesh pada 2008.

Saksi ke-29, Datuk Seri Low Chang Hian berkata wang itu diserahkan ketika berkunjung ke rumah Wahid bersama-sama dengan rakannya 'Mr Sim', iaitu orang yang turut terlibat dalam mendapatkan pekerja asing.

Katanya pembayaran itu adalah susulan daripada pembayaran pertama yang dibuat oleh seorang ahli perniagaan, Datuk Zulkafli Maulud sebanyak RM350,000 setelah memperoleh kelulusan visa tersebut.

"Sim menghubungi saya untuk berjumpa di rumah Datuk Wahid. Perbincangan turut berkisar mengenai perkara lain, bukan mengenai pekerja Bangladesh sahaja, kerana Sim asalnya mahu mendapatkan nasihat dan panduan daripada Datuk Wahid kerana Sim diberikan kelulusan oleh kementerian untuk menubuhkan pejabat perwakilan di China.

"Selepas itu Sim berikan satu sampul surat kepada saya dan berkata ia mengandungi RM50,000 dan beritahu saya wang dalam sampul surat itu untuk dikongsi antara Datuk Wahid dan saya. Saya tidak buka sampul surat itu, saya hanya serahkan kepada Datuk Wahid," katanya.

Low, 66, memberikan keterangan pada perbicaraan kes Wahid, 57, yang didakwa menerima rasuah sebanyak RM60,000 daripada Low, juga seorang ahli perniagaan, pada 19 Ogos tahun lepas sebagai bayaran upah bagi mempercepatkan kelulusan permohonan 4,337 visa pekerja Bangladesh.

Wahid didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di Jalan Lembah Ledang, off Jalan Duta, pada 10.15 malam, 10 Julai 2008.

Terdahulu Low memberitahu mahkamah yang beliau berjumpa dengan Wahid ketika bermain golf pada 2006 dan dalam pertemuan itu Zulkafli turut ada bersama.

Katanya, Zulkafli pernah beberapa kali menghantar maklumat kepadanya untuk mendapatkan kelulusan visa dan sepanjang urusan itu Zulkafli telah menghantar maklumat sebanyak 16 kali mengenai pekerja dan syarikat pemohon, bermula 24 Jun hingga 28 Julai 2008 menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) melibatkan 3,773 pekerja.

Low berkata Sim menetapkan bayaran sebanyak RM280 setiap seorang dan terdapat beberapa pembahagian di kalangan mereka yang terlibat dengan jumlah keseluruhannya RM1,056,440 (untuk 3,773 pekerja).

"Bayaran RM280 itu, menurut Sim ialah RM180 adalah untuk diberikan kepada menteri, RM20 untuk rakan Sim yang juga seorang peguam yang menjadi perantara kepada menteri, Sim ambil RM40 untuk diri sendiri, RM20 untuk Wahid dan RM20 bagi belanja saya," katanya

Low berkata pada 9 Julai 2008, beliau telah ditangkap oleh Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Hotel PJ Hilton setelah selesai berurusan dengan Zulkafli.

Perbicaraan di hadapan Hakim Rosbiahanim Ariffin bersambung 10 Mei.

Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nik Azrin Zairin Nik Abdullah dan Ahmad Kamal Ariffin Ismail manakala Wahid diwakili peguam V. Sithambaram. -- BERNAMA

Lima Lemas, 17 Terselamat Dalam Tragedi Bot Karam Di Tawau

Gambar hiasan

TAWAU, 30 Mac (Bernama) -- Sebuah bot laju yang membawa 22 warga Indonesia karam di perairan Tawau, kira-kira dua kilometer dari pantai, mengakibatkan lima orang, termasuk tiga kanak-kanak lemas manakala 17 yang lain selamat dalam kejadian pada 8.20 pagi Selasa.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Ibrahim Chin berkata mereka yang terbunuh ialah Eppy Jupri, 3, Hairi Patta, 7, Aswin Asri, 13, Sonna Bakar, 25, dan Justina Omar, 31.

Tujuh belas mangsa yang selamat pula ialah seorang kanak-kanak lelaki berumur lima bulan iaitu Asrul Hamsa, pemilik bot Loneng Kadir, 57, Hamsah Baso, 28, Sapian Bacho, 45, Kassim Sapian, 22, Aldi Jupri, 1, Iwan Jumat, 17, Muliadi Mato, 23, Mustapah Bakri, 22, Sukardi Umar, 34, Ayu Bali, 16, Efa Kahar, 15, Erna Salim, 20, Sumiati Lorang, 22, Yati Mapa Sungkai, 30, Musdalifah Moh Ali, 9, dan Samsiah Olleh, 51.

Kesemua mereka diselamatkan oleh pihak berkuasa Malaysia.

Bagaimanapun juragan bot berkenaan yang dikenali sebagai Antok, 30, telah menghilangkan diri dan polis sedang mengesannya dengan meminta bantuan konsul Indonesia di sini.

Ibrahim berkata kesemua mayat dihantar ke Hospital Tawau untuk bedah siasat manakala lima mangsa yang terselamat masih menerima rawatan di hospital. Dua belas orang lagi ditempatkan di pejabat Konsul Indonesia di sini selepas diberi rawatan sebagai pesakit luar.

Ibrahim berkata bot berkenaan dalam perjalanan ke Tawau dari Nunukan apabila terlanggar benda keras dipercayai kayu lalu pecah sebelum tenggelam.

Katanya tindakan pantas pihak berkuasa Malaysia yang menyelaraskan operasi mencari dan menyelamat berjaya mengurangkan jumlah mangsa yang lemas dalam tragedi itu.

Ibrahim berkata semasa kejadian, dua bot ronda Pasukan Gerakan Marin (PGM) Tawau sedang berlabuh tidak jauh dari tempat kejadian manakala pasukan polis peronda pula kebetulan membuat rondaan di tepi pantai.

Sebaik sahaja menyedari kejadian, polis segera memaklumkan agensi lain seperti Jabatan Pertahanan Awam, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan hospital yang turut terlibat dalam kerja-kerja menyelamat berkenaan.

Katanya gerakan mencari dihentikan kira-kira 10.30 pagi selepas pihak berkuasa berpuas hati bahawa tidak ada lagi mangsa bot karam yang hilang.

Sementara itu, pemilik bot berkenaan, Loneng, memberitahu polis bahawa dia ke Tawau untuk mendapatkan rawatan kerana sedang sakit dan kini masih berada di hospital. -- BERNAMA

Kos Tambahan Punca Kenaikan Bayaran Ambil Pembantu Rumah Indonesia

KUALA LUMPUR, 30 Mac (Bernama) -- Kos tambahan sebanyak RM4,000 yang dikenakan agensi pekerja asing Indonesia adalah punca utama mengapa kos pengambilan pembantu rumah warganegara itu mahal, Dewan Rakyat diberitahu pada Selasa.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Jelaing Mersat berkata kos tambahan yang dikenakan itu tidak terkandung dalam memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani antara kedua-dua negara pada 2006.

"Kos tambahan itu adalah untuk perkhidmatan mendapatkan pembantu rumah di kampung dan di daerah di negara itu yang dituntut agensi pekerjaan di negara tersebut," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) mengenai punca kos perbelanjaan mengambil pembantu rumah asing warga Indonesia mencecah antara RM7,000 dan RM8,000.

Jelaing berkata dalam MoU itu, kos yang dinyatakan berjumlah RM2,415 meliputi kos pengangkutan dari Indonesia ke Malaysia, bayaran levi, visa permit kerja, proses imigresen, kos yuran proses serta kos pemeriksaan kesihatan.

"Pihak pembantu rumah pula akan menanggung kos yang berlaku di Indonesia iaitu hampir RM1,200," katanya.

Beliau berkata hanya kos yang ditetapkan antara Malaysia dan Indonesia seperti yang termaktub dalam MoU itu sahaja yang boleh dikawal manakala kos tambahan adalah daripada agensi pekerjaan itu dan kerajaan tidak boleh menentukannya. -- BERNAMA

Monday, March 29, 2010

Kes rasuah bekas KP Imigresen : Peguam Persoal Cara Kiraan Wang

KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Peguam yang mewakili bekas Ketua Pengarah Imigresen Datuk Wahid Md Don dalam kes rasuah di Mahkamah Sesyen di sini Isnin mempersoalkan cara semakan wang perangkap oleh seorang pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Peguam Datuk V. Sithambaram yang mewakili Wahid berkali-kali meminta saksi ke-25 pendakwaan, penolong penguasa SPRM Ahmad Zaidi Yusof menjelaskan bagaimana beliau boleh mengira wang berjumlah RM256,400 dalam tempoh empat jam bermula 5 petang pada 9 Julai 2008.

Sithambaram turut meminta penjelasan bagaimana dalam tempoh yang sama (pengiraan) saksi itu boleh membandingkan setiap nombor siri dengan wang yang telah difotostat.

Ahmad Zaidi berkata beliau tidak melakukannya secara berseorangan sebaliknya mengira bersama dengan rakan setugas Mohd Hazimin Mahmood dan ahli pernigaan Datuk Zulkafli Maulud.

Zulkafli merupakan orang yang dipertanggungjawabkan menyerah wang perangkap itu kepada Datuk Seri Low Chang Hian sebagai upah meluluskan 'calling visa' berjumlah 4,337 pekerja.

Bagaimanapun, jawapan Ahmad Zaidi itu dipersoalkan sekali lagi kerana menurut Sithambaram agak sukar untuk meneliti nombor siri yang tertulis dalam bentuk yang kecil serta dikendalikan bersama tiga orang dalam satu masa.

"Masa tidak mencukupi. Kami tengok sekali imbas nombor siri. Kami percaya duit itulah yang difotostat, melainkan mesin itu rosak tapi ia tidak rosak. Kami percaya duit atas meja itu adalah duit yang sama yang kami fotostat," tegas Ahmad Zaidi.

Wahid, 57, didakwa menerima rasuah sebanyak RM60,000 daripada Low, juga seorang ahli perniagaan, pada 19 Ogos tahun lepas, sebagai bayaran upah bagi mempercepatkan kelulusan permohonan 4,337 visa pekerja Bangladesh.

Wahid didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di Jalan Lembah Ledang, off Jalan Duta, pada 10.15 malam 10 Julai 2008.

Pada awal prosiding, Ahmad Zaidi menyambung semula pengiraan dan perbandingan wang perangkap berjumlah RM256,400 itu dan mengambil masa kira-kira empat jam.

Kes yang dibicarakan di hadapan Hakim Rosbiahanim Ariffin itu akan disambung esok.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nik Azrin Zairin Nik Abdullah dan Ahmad Kamal Ariffin Ismail. -- BERNAMA  

Dua Warga Indonesia Ditahan Kerana Rompak Bersenjata Pistol

JOHOR BAHARU, 29 Mac (Bernama) -- Polis berjaya menahan dua daripada empat lelaki warga Indonesia yang merompak sebuah kedai runcit dengan bersenjatakan sepucuk pistol dan dua bilah parang di Benut, Pontian empat hari lepas.

Ketua Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata suspek pertama berusia 53 tahun ditahan pada 11.30 pagi, kira-kira sejam selepas melakukan rompakan itu.

Katanya lelaki itu ditahan selepas kereta yang mereka naiki untuk melarikan diri terbabas berhampiran kawasan lapangan terbang lama Tanjung Laboh, Senggarang di Batu Pahat semasa dikejar oleh sebuah kereta peronda polis.

Bagaimanapun tiga lagi rakannya sempat melarikan diri ke dalam kebun kelapa sawit berhampiran, katanya kepada pemberita di sini Isnin.

"Hasil daripada penangkapan itu, kita berjaya menemui pasport milik suspek, wang tunai pelbagai negara berjumlah RM523, cermin mata, jam tangan dan gelang tangan berwarna putih," katanya.

Hasil siasatan polis, katanya seorang lagi suspek berusia 47 tahun berjaya ditangkap pada 7.30 pagi keesokkannya dengan polis menemui sepucuk revolver, seutas rantai, jam tangan, sebentuk loket berbatu putih, dua buah telefon bimbit dan wang tunai berjumlah RM451.

Pemeriksaan polis juga mendapati kereta yang dinaiki suspek disamun di Sungai Mati, Ledang, katanya.

Mokhtar berkata polis sedang memburu dua lagi suspek dan mereka dipercayai terlibat dengan 11 kes samun di daerah Batu Pahat, Ledang, Pontian dan Kota Tinggi.

Sementara itu, katanya dua lelaki berusia 32 dan 34 ditangkap pada 10 malam Khamis lalu di Permas Jaya ketika menaiki sebuah kereta Toyota Alphard yang menggunakan nombor pendaftaran palsu yang dilaporkan dicuri di Kelana Jaya, Selangor.

Beliau berkata siasatan terhadap lelaki berkenaan membawa kepada penemuan dua buah Toyota Alphard, sebuah Honda dan sebuah Toyota Hilux yang dilaporkan dicuri sekitar Lembah Klang. Kesemua kereta dianggarkan bernilai RM1.3 juta.

Katanya kedua-dua suspek akan diserahkan kepada Polis Kontinjen Selangor untuk siasatan lanjut. -- BERNAMA

Imigresen Percaya 16 Rakyat Asing Masih Berada Di Bandar Raya Ini

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 29 Mac (Bernama) -- Jabatan Imigresen percaya 16 rakyat asing mangsa pemerdagangan manusia yang melarikan diri dari Depoh Tahanan Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sabtu lepas masih berada di sekitar bandar raya ini dan disembunyikan pihak tertentu.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Abdul Rahman Othman berkata walaupun mangsa pemerdagangan manusia itu belum ditemui, pihaknya telah mendapat maklumat positif daripada orang awam.

"Kami hanya menunggu masa untuk menemui mereka semula kerana walau di mana mereka berada sekalipun, setiap agensi penguatkuasa sama ada di darat, udara mahupun di laut bersedia untuk menahan mereka semula," katanya kepada Bernama Isnin.

Seramai 12 rakyat Afghanistan dan empat rakyat Myanmar yang kesemuanya lelaki dan berumur antara 22 hingga 48 tahun, yang diberi perlindungan di depoh itu melarikan diri antara pukul 5 pagi dan 7 pagi, Sabtu lepas.

Abdul Rahman berkata orang ramai yang memberi pelindungan kepada mereka boleh didakwa dan jika didapati bersalah boleh dipenjara 15 tahun dan didenda tidak kurang RM50,000 mengikut Seksyen 15, Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007.

Difahamkan, rakyat asing itu telah bersembunyi atau disembunyikan di kawasan berhampiran sebelum dibawa ke kawasan lain setelah mereka menyeberangi lebuh raya berdekatan depoh terbabit.

Mereka dipercayai lari dalam kumpulan dan memakai pakaian mirip pelancong asing yang datang ke negara ini.

Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai 16 lelaki yang melarikan diri itu boleh menghubungi Pengarah Imigresen Selangor Johari Yusof di talian 019-2649061 atau Timbalan Penolong Pengarah Imigresen depoh Zainol Azalan Daud di talian 013-9811767. -- BERNAMA

Lelaki Indonesia Dipenjara 9 Tahun, 3 Sebatan Kerana Merompak

SHAH ALAM: "Hukuman yang dijatuhkan diharap menjadi pengajaran supaya kamu tidak terlibat lagi dengan jenayah jika diberi peluang mencari kerja di Malaysia," kata Hakim Mahkamah Sesyen Hasbi Hasan semasa menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun dan tiga sebatan terhadap seorang penganggur warga Indonesia kerana merompak rumah seorang pembantu juruteknik, April tahun lepas.

Hasbi memerintahkan tertuduh, Anjas Anwar, 31, yang berasal dari Batam Bota, Indonesia, menjalani hukuman itu berkuatkuasa dari tarikh dia ditangkap pada 23 April tahun lepas.

Tertuduh mengaku bersalah merompak harta Zawawi Mohammad, 50, iaitu wang tunai RM300, tiga buah telefon bimbit serta dua gelang emas bernilai kira-kira RM2,500 dengan bersenjatakan sebilah pisau dan sebatang pemutar skru, bersama-sama dua lagi lelaki yang masih bebas.

Anjas didakwa melakukan kesalahan itu di dalam rumah No: 1, Jalan TRJ 1/16, Taman Rahmat Jaya Kundang, Rawang, kira-kira pukul 3.30 pagi pada 23 April tahun lepas dan didakwa mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Fakta kes menyebut mangsa terjaga daripada tidur apabila terdengar jeritan anak serta isterinya dan mendapati dua lelaki Indonesia yang bersenjatakan pisau serta pemutar skru berada di dalam rumahnya manakala seorang lagi lelaki Indonesia berada di luar rumah.

Tertuduh telah mengikat anak lelaki mangsa dan membawanya ke ruang tamu sementara seorang lagi suspek menggeledah rumah dan mengambil barang-barang milik mangsa.

Dalam keadaan kelam kabut itu, mangsa bertindak nekad merampas pemutar skru daripada salah seorang perompak terbabit lalu menikam belakang seorang daripada mereka.

Dua suspek kemudian berjaya melarikan diri iaitu lelaki yang ditikam oleh mangsa dan seorang lagi rakan tertuduh dengan membawa barangan yang disamun.

Tertuduh yang cuba melarikan diri bagaimanapun berjaya ditangkap oleh mangsa dan anak lelakinya di tempat kejadian.

Terdahulu, Anjas yang tidak diwakili peguam memohon maaf kepada mahkamah atas kesalahannya dan merayu mahkamah menjatuhkan hukuman ringan dengan alasan anaknya masih kecil dan isterinya tidak bekerja.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Noora Nisa Ngadirin memohon mahkamah menjatuhkan hukuman berbentuk pencegahan bagi menghalang tertuduh dan orang ramai melakukan kesalahan sama.

Wan Noora Nisa berkata mahkamah perlu mengambil kira kepentingan mangsa dan keluarganya yang trauma berikutan tertuduh telah mengikat anak lelaki mangsa semasa kejadian. - mstar online

Tujuh Dasar Baru Mengenai Pekerja Asing - Najib

KUALA LUMPUR: Tujuh dasar baru telah dilaksanakan hasil satu kajian oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara berhubung kesan kehadiran pekerja asing terhadap ekonomi Malaysia, kata Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Perdana Menteri berkata antara dasar itu ialah penubuhan pasukan petugas khas oleh Kementerian Dalam Negeri bagi meneliti semula dasar serta prosedur pengambilan pekerja asing secara keseluruhan.

 Gambar hiasan.

"Pusat Kelulusan Setempat juga ditubuhkan untuk memproses permohonan majikan yang lengkap dan layak mengambil pekerja asing yang dianggotai wakil dan pegawai daripada enam agensi berkaitan termasuk KDN, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Kementerian Sumber Manusia," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Najib berkata satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Kementerian Dalam Negeri juga diwujudkan bagi memantau prosedur permohonan baru pekerja asing.

"Dasar Job Clearing System pula menjadi satu syarat bagi memastikan semua pekerjaan ditawarkan kepada rakyat tempatan terlebih dahulu, dan majikan yang memerlukan pekerja asing pula dinasihatkan supaya memohon lebih awal bagi mengelak sebarang kelewatan mendapatkan pekerja asing," katanya.

Najib berkata dasar itu juga termasuk pengenalan buku panduan, dasar, prosedur dan syarat-syarat penggajian pekerja asing di negara ini oleh Kementerian Sumber Manusia yang telah diedarkan kepada majikan yang ingin mengambil pekerja asing bertujuan memastikan proses pengambilan pekerja asing menjadi lebih teratur serta berkesan. Bagi mengurangkan kebergantungan industri terhadap pekerja asing, mulai 1 April tahun lepas majikan akan menanggung bayaran levi, katanya.

Beberapa memorandum persefahaman turut dimeterai antara Malaysia dan Indonesia pada 13 Mei 2006 dan Malaysia-India pada 3 Januari 2009 bertujuan memperkukuhkan lagi sistem pengurusan pekerja asing di negara ini.

"Walaupun cadangan-cadangan dalam kajian itu telahpun dilaksanakan, perlu ditegaskan bahawa kerajaan prihatin dan memantau perkembangan pekerja asing di negara ini," katanya. - Berita Harian

Alleged burglar caught having sex with maid

A BANGLADESHI was thought to be a thief when he was seen entering a home in Butterworth. He obviously had other intentions. He was caught having sex with an Indonesian maid.

China Press reported that a neighbour saw him going in the house at about 11pm on Friday and assumed that he was a thief.

Worried about the occupant’s safety, the daily said the neighbour called voluntary patrol team members for assistance.

At least 50 members and residents nearby showed up at the house.

However, it was learnt that the 25-year-old Bangladeshi and the maid were having sex. He was brought back to his hostel nearby and later handed over to the police for action.

The daily also reported that the maid was hired to look after the house owner who was paralysed and staying alone.

It also said female residents nearby had complained about their missing undergarments. - The Star

Timur: Rayu lanjut tempoh PLKS

Pengusaha dakwa sukar cari dana Pas Lawatan Kerja Sementara anak kapal

DUNGUN: Pengusaha bot laut dalam di negeri ini merayu Kementerian Dalam Negeri (KDN) melanjutkan tempoh penguatkuasaan penggunaan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) terhadap anak kapal warga asing yang diambil bekerja dalam bot kerana ia terlalu membebankan pengusaha yang perlu mencari dana tambahan.

 Gambar hiasan

Pengerusi Persatuan Nelayan Dungun, Mat Yassim Mohamed, 49, berkata Jabatan Imigresen baru-baru ini menetapkan berkuat kuasa 1 Jun depan, pengusaha bot laut dalam perlu mendapatkan PLKS untuk setiap warga asing yang diambil bekerja bagi menggantikan Pas Sementara digunakan sekarang. Bagaimanapun, beliau berkata, arahan itu akan menjejaskan aliran tunai pengusaha bot yang perlu membelanjakan wang yang banyak untuk membayar permit bernilai hampir RM1,000 bagi setiap pekerja, manakala prosedur mendapatkan PLKS itu pula lebih lama berbanding Pas Sementara yang boleh disiapkan dalam tempoh sehari.

“Sebelum ini, anak kapal asing yang diambil bekerja hanya perlu memiliki Pas Sementara yang dikeluarkan negara asal dan mereka kemudian mendaftar dengan Jabatan Perikanan Malaysia, malah tiada bayaran levi dikenakan dan kelulusan dikeluarkan Ketua Daerah Perikanan tanpa membabitkan Jabatan Perikanan.

“Bagi mendapatkan PLKS setiap warga asing, pengusaha bot perlu berbelanja RM1,000 untuk kos levi, wang cagaran, polisi insurans, dan laporan perubatan, manakala tempoh kelulusan pula mengambil masa sehingga 37 hari bagi warga asing yang sudah memasuki Malaysia dan 67 hari bagi permohonan baru," katanya.

Arahan mengenai peralihan daripada Pas Sementara kepada PLKS disampaikan kepada semua pengusaha dalam satu taklimat dengan Jabatan Perikanan, Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Pengarah Perikanan Negeri Terengganu dan Jabatan Imigresen minggu lalu.

Mat Yassim berkata, jika masalah itu tidak ditangani segera sama ada tempoh kuat kuasa peraturan atau kos mendapatkan levi, operasi ramai pengusaha bot laut dalam akan terjejas kerana kekurangan kakitangan, sekali gus turut menjejaskan bekalan ikan ke pasaran.

"Sebagai contoh, saya yang mempunyai dua bot laut dalam perlu membelanjakan lebih RM40,000 untuk membiayai kos PLKS warga asing dan perlu menyediakan dana itu bulan depan kerana peraturan bermula 1 Jun dan prosesnya pula selama 37 hari.

"Sukar mencari wang sebanyak itu dalam tempoh terdekat dan kami meminta jasa baik kerajaan melanjutkan tempoh kuat kuasa peraturan ini kepada Disember 2010 kerana ada pengusaha yang mendapatkan pinjaman bank membeli bot dan peralatan semakin tertekan ketika ini kerana hasil tangkapan berkurangan,” katanya.

Pengerusi Persatuan Nelayan Negeri Terengganu (Penentu), Tuan Kechik Tuan Husin, 60, berkata satu surat rayuan dihantar kepada Ketua Pengarah Perikanan, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani supaya tempoh pelaksanaan PLKS dilanjutkan.

"Saya merayu KDN melanjutkan tempoh kuat kuasa peraturan bagi memberi masa pengusaha bot laut dalam mencari sumber kewangan," katanya.

Sementara itu, seorang lagi pengusaha bot laut dalam dari daerah Kuala Terengganu, Mansur Ngah, 60, berkata beliau perlu menyediakan RM40,000 untuk urusan permohonan PLKS bagi 45 warga asing yang bekerja dengannya.

“Tempoh dua bulan yang diberi menyebabkan kami gagal mengumpul duit sebanyak itu dan saya bimbang pekerja asing ini akan dikenakan tindakan,” katanya.

Masalah sama dialami Abd Rahim Ghazali, 40, dari Kuala Besut yang hilang punca mencari sumber kewangan RM10,000 dalam waktu terdekat bagi mengelak dikenakan denda dan mengalami kerugian kehilangan pekerja nelayan asing jika gagal berbuat demikian. - Berita Harian

Sunday, March 28, 2010

Mungkin kerana terlalu lama ditahan : 16 mangsa pemerdagangan manusia lari dari depoh tahanan

Gambar hiasan

SEPANG 28 Mac - Seramai 16 rakyat asing mangsa pemerdagangan manusia yang diberi pelindungan di Depoh Tahanan Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melarikan diri awal pagi semalam.

Kejadian antara pukul 5 pagi dan 7 pagi itu membabitkan 12 rakyat rakyat Afghanistan dan empat rakyat Myanmar yang kesemuanya lelaki, berumur antara 22 hingga 48 tahun.

Bercakap pada sidang akhbar di Depoh Tahanan Imigresen KLIA hari ini, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Abdul Rahman Othman berkata pihaknya menyedari kehilangan mereka pada kira-kira pukul 7 pagi.

Rakyat Afghanistan itu ialah Mohd Ali Sultan, Mohd Ayub Mohd Ali, Syaigul Sayfali, Ahmad Janali, Hussaini Ali Sultan, Mohd Amin Sultan, Mohd Reza Hussain, Ghulan Haidar Yusof Ali, Ghulam Sulkhi M Anuwar, Mohd Ali Gambarli, Rohulloh Yusof dan Gambarli Jumali.

Beliau berkata, mereka adalah antara 18 rakyat Afghanistan yang diselamatkan pihak berkuasa di Tanjung Karang, Selangor, selepas cuba diseludup keluar dipercayai untuk ke Australia, Oktober tahun lepas.

Rakyat Myanmar yang melarikan diri pula hanya dikenali sebagai Ko Kyaw, Tho, Ata dan Epo. - Utusan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...