Saturday, March 27, 2010

22 Pati Ditahan Di Tapak Pembinaan Di Batu Feringgi

Gambar hiasan

PULAU PINANG, 27 Mac (Bernama) -- Polis Daerah Timur Laut menahan seramai 22 pendatang asing tanpa izin di sebuah tapak pembinaan di kawasan Batu Feringgi di sini pagi Sabtu.

Dalam serbuan kira-kira pukul 11.30 pagi itu, pendatang tanpa izin itu ditahan ketika sedang bekerja di tapak pembinaan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Gan Kok Meng berkata kumpulan warga asing terbabit dikatakan memberi kerjasama yang baik kepada pasukan polis dan menyerah diri sebaik melihat kereta pasukan polis memasuki kawasan berkenaan.

Katanya dalam serbuan berkenaan, pihaknya menahan 22 warga asing yang tidak mempunyai dokumen perjalanan sah dan melanggar syarat permit.

"20 daripada mereka adalah dari Indonesia manakala dua lagi dari Bangladesh yang berusia antara 20 hingga 40 tahun," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata pihaknya sudah melakukan intipan di kawasan berkenaan sejak sekian lama selepas menerima maklumat orang ramai.

Gan berkata pihak turut menahan seorang "pelindung" bagi mengenalpasti identiti majikan dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap majikan terbabit kerana menggaji pekerja yang tidak mempunyai dokumen sah.

"Kesemua warga asing itu akan disiasat mengikut Akta Imigresen 1959/63 Pindaan 2002 iaitu bekerja tanpa permit yang sah dan Seksyen 39B Peraturan Imigresen 1959/1963 kerana melanggar syarat pas dan permit.

"Majikan pula boleh didakwa di bawah Seksyen 55 Peraturan Imigresen 1959/1963 kerana disyaki menggaji pekerja warga asing tanpa permit sah," katanya.

Kes berkenaan akan diserahkan kepada Jabatan Imigresen selepas siasatan selesai untuk tindakan lanjut. -- BERNAMA

25 PATI Ditahan Di Langkawi Dalam Ops Bersepadu Khas

LANGKAWI: Polis Langkawi menahan 25 pendatang tanpa asing (PATI) termasuk dua kanak-kanak warga asing kerana pelbagai kesalahan dalam operasi bersepadu khas di sekitar pulau itu malam tadi.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Superintenden Ishak Hasan berkata daripada jumlah itu, 15 orang PATI adalah warga India, Indonesia (6), Thailand (3) dan seorang warga Bangladesh.

Kesemua mereka tidak mempunyai dokumen sah, katanya di sini hari ini.

Katanya operasi itu diadakan bersama beberapa agensi termasuk Jabatan Imigresen dan kesemua pendatang tanpa izin itu diserahkan kepada agensi berkenaan untuk tindakan selanjutnya. - mstar online

Klinik haram Nepal ditemui beroperasi di KL

KUALA LUMPUR: Operasi bersepadu Jabatan Imigresen, Polis, Ikatan Relawan Rakyat (Rela) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk membanteras rakyat asing di sekitar ibu negara hari ini membongkar kegiatan penyediaan rawatan perubatan haram oleh seorang rakyat Nepal di sebuah premis di Plaza Taleju di Jalan Silang di sini.

Operasi klinik haram di tingkat empat itu didapati berselindung di bawah papan tanda berbahasa Nepal bagi mengaburi mata pihak berkuasa dan orang ramai.

Penolong Pegawai Kesihatan dan Persekitaran DBKL, Shafie Phen, berkata klinik itu tidak mempunyai lesen premis dan ia dikendalikan seorang lelaki berumur 42 tahun yang mendakwa dirinya doktor. "Dia datang ke Malaysia menggunakan permit pengawal keselamatan tetapi kita hairan bagaimana dia boleh membuka klinik.

"Walaupun dia memberitahu ada pengalaman sebagai paramedik tentera negaranya (Nepal), ia tidak diiktiraf di sini," katanya kepada pemberita selepas operasi bersepadu itu di pejabatnya hari ini.

Shafie berkata, lelaki itu yang dipercayai memberi perkhidmatan hanya kepada rakyat Nepal, ditahan untuk siasatan lanjut dan diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk disiasat mengikut Seksyen 6 (1)(c) 1963 kerana tidak memiliki dokumen sah dan premis itu diberi notis tutup oleh Jabatan Pelesenan DBKL.

Dalam operasi dua jam itu mulai 12 tengah hari itu, sebanyak 15 premis penjaja asing di sekitar Selayang disita dan notis penutupan juga dikeluarkan kepada enam premis lain di sekitar Jalan Silang kerana menyalahi undang-undang dan didapati tidak bersih.

DBKL turut menahan 91 rakyat Myanmar, Bangladesh dan Nepal di sekitar Pasar Seni, Chow Kit, Jalan Petaling dan Jalan Silang kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

Timbalan Pengarah Operasi Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan DBKL, Ab Salim Mansor, berkata daripada bilangan yang ditahan, 19 adalah wanita.

"Mereka yang ditahan berumur antara 20 dan 50 tahun," katanya.

Semua pendatang asing tanpa izin itu akan dibawa ke Depot Tahanan Sementara Imigresen di Putrajaya untuk siasatan. - Berita Harian

Indian traders’ proposal to curb worker shortage

PUTRAJAYA: Indian trade associations, whose members are said to be facing a “dire shortage” of workers, are proposing that the Government allow its members to hire foreign workers through them.

Under the proposal, a member would not apply directly for foreign workers and only associations affiliated to the Malaysian Associated Indian Chambers of Commerce and Industry (Maicci) could do so. This was to curb illegal employment.

Its president Datuk K.K. Eswaran said the matter was raised during the chamber’s hour-long meeting with Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Our promise to the Prime Minister is that if our proposal is accepted, we guarantee that businesses run by members of Indian trade associations will not hire a single illegal foreign worker,” he told reporters on Thursday night.

Eswaran said Najib had responded positively to the proposal and would raise the matter in Cabinet.

Apart from preventing Indian traders and businessmen from hiring workers illegally, he said the proposal would also help protect foreign workers from being exploited and cheated.

Besides the state chambers of commerce, 15 trade associations are affiliated to Maicci, including those representing textile shopowners, news vendors, millers, jewellers, scrap metal dealers, barbers and also restaurant operators.

Eswaran said they had also discussed with Najib about licensing, contracts and representation on the boards of government-linked companies. - The Star

Pemerdagangan manusia: Tahap kesedaran rendah

RANTAU PANJANG 27 Mac – Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) mendapati tahap kesedaran masyarakat negara ini mengenai isu antipemerdagangan manusia masih rendah.

Pesuruhjayanya, Datuk Dr. Raj Abdul Karim berkata, ini kerana masyarakat secara keseluruhannya tidak memahami definisi sebenar apa yang dimaksudkan dengan pemerdagangan manusia memandangkan skopnya yang lebih luas yang turut melibatkan unsur eksploitasi.

"Sejak akta (Anti Pemerdagangan Manusia 2007) dikuatkuasakan, pada tahun lepas sebanyak 1,083 mangsa telah dapat diselamatkan dan 130 pertuduhan dibuat membabitkan kes itu.

“Apa pun tahap kesedaran terhadap isu ini di kalangan masyarakat masih lagi rendah,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Katanya, angka kes pemerdagangan manusia di bawah akta ini agak kecil disebabkan kes berkenaan turut melibatkan akta lain seperti Akta Imigresen dan Akta Pekerjaan.

Untuk mengatasi masalah itu secara lebih berkesan, beliau mencadangkan pihak berkuasa mengenal pasti kawasan yang terdedah kepada kemasukan pendatang asing dan kumpulan yang mudah dipengaruhi seperti wanita dan kanak-kanak untuk dijadikan mangsa pemerdagangan manusia. - Utusan

Mengurus warga asing

Oleh KHAIRUDDIN MOHD. ZAIN

USAHA Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menganjurkan Makmal Pengurusan Warga Asing yang diumumkan baru-baru ini wajar dipuji dan dihargai. Isu warga asing ini tidak boleh lagi dipandang sebagai 'isu rantingan' dan tidak penting.

Hakikatnya, hampir setiap hari kita mendengar dan melihat sendiri aduan banyak pihak agar isu ini diselesaikan secara tuntas dan berkesan.

Mata masyarakat menjadi 'pedih dan sakit' apabila melihat lambakan pekerja asing, terutamanya di musim cuti di tempat-tempat menarik di Kuala Lumpur. KLCC, boleh dikatakan menjadi 'kota global' dalam sekelip mata di waktu cuti umum.

Nyatanya, risau dan khuatir masyarakat ini mempunyai asas yang kukuh. Apakah dengan jumlah mereka seramai ini - kesemuanya melalui jalan 'sahih' dan hadir secara halal? Apakah kehadiran yang seramai ini tidak mendatangkan ancaman - baik secara ekonomikal mahupun 'keselamatan' dalam erti kata sebenarnya?

Kehadiran warga asing di Kuala Lumpur pada cuti umum menggambarkan seolah-olah ibu negara bukan milik Malaysia. - gambar hiasan

Saat kita menerima bahawa jenayah rentas sempadan (trans-national crime) adalah isu yang penting; kita tidak boleh mengambil mudah dengan jumlah dan angka kehadiran yang sebesar ini.

Waima negara maju sekalipun masih mempunyai niat menjaga 'tembok' daripada kehadiran warga asing yang terlalu besar. Sekitar Februari 2009, Kerajaan Britain yang ada dikritik hebat kerana angka 'warga asing' yang boleh mendatangkan risau dan khuatir di kalangan rakyat.

Bermula dengan angka 'sebenar' yang dikeluarkan 'Office of National Statistics' (ONS) sekitar 2009 yang menyebut kehilangan pekerjaan di kalangan warga Britain yang berjumlah 250,000; angka warga asing yang digajikan di Britain pada tahun yang sama meningkat sebanyak 200,000 orang! Terdapat korelasi yang sangat nyata mengenai 'takat' seriusnya kedudukan ini. Pastinya rakyat negara tersebut tidak senang dengan 'angka' itu.

Kritik rakyat Britain ada asasnya. Ironi, kerana pada tempoh yang tidak lama sebelum itu, slogan 'Bristish jobs for British workers' didendangkan oleh kerajaan. Fakta ONS tidak sama sekali membenarkan niat dasar yang dikemukakan. Jurang 'polisi dan tindakan' inilah yang menyebabkan kerajaan dikritik hebat oleh rakyat. Walaupun cuba memberi alasan bahawa penduduk Britain semakin 'tua' dan memerlukan warga asing bagi proses pembangunan.

Ini membawa makna bahawa 'kebergantungan' kepada warga asing adalah fenomena global di mana sahaja. Soal warga kita sendiri yang terlalu memilih bidang pekerjaan dan sebagainya juga tidak boleh dipandang sepi. Itulah hakikatnya, maka kita saban hari dilayani oleh 'pekerja global', baik di kedai mamak biasa mahupun kopitiam (halal dan haram). Ada ketika, darah kita mendidih kerana 'pekerja global' ini sering salah mengambil pesanan.

Tindakan yang diambil KDN adalah bertepatan dengan masa dan keadaan. Isu warga asing tidak boleh lagi menjadi masalah KDN sebagai Kementerian yang tunggal. Banyak perkara dan prosedur; mungkin tidak pun berada di bawah bidang kuasa KDN. Lebih daripada itu, 'daerah tugasan kementerian' berbeza mengikut industri. Ini membuktikan dengan lebih nyata bahawa wujud keperluan untuk melakukan proses 'sinergi' dalam membuat keputusan dan rangka dasar.

Kalau warga asing yang terlibat di dalam sektor perladangan, ia dikawal selia oleh Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi. Kementerian Sumber Manusia menjaga sektor perkhidmatan. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri mengurus sektor perkilangan. Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi menjaga sektor pendidikan. Kementerian Pelancongan menjaga sektor dan aktiviti pelancongan dan KDN sendiri menjaga sektor keselamatan. Maka dengan 'daerah tugas' yang sedemikian merata; proses 'sinergi', baik data mahupun perancangan strategik menjadi sangat sukar, namun tidak mustahil.

Mewujudkan 'makmal' perbincangan yang boleh berbincang secara menyeluruh mengenai pengurusan warga asing, khususnya pendatang asing tanpa izin (PATI) adalah sangat bertepatan dan wajar. Kita tidak boleh lagi mengambil sikap meletakkan masalah di bawah 'permaidani' dan membiarkan sahaja suasana menjadi semakin buruk, tanpa sebarang usaha campur tangan dasar dan strategi' yang tepat.

Apa yang perlu ditekankan oleh makmal tersebut adalah soal 'pemusatan data' dan perancangan yang lebih strategik. Di dalam syarikat-syarikat multinasional, elemen forecasting (anggaran) keperluan adalah menjadi sangat penting. Ini boleh meletakkan sebarang strategi untuk berada di landasan yang tepat dan betul.

Mungkin makmal tersebut dapat belajar sedikit bagaimana Petronas mengurus tenaga pakar di kalangan syarikat minyak dunia di tanah air. Walaupun di dalam outfit yang sangat kecil, wujudnya 'Pengurusan Sumber Manusia dan Malaysianisasi' di dalam Petronas; telah memberikan sedikit 'kekuatan' untuk Petronas menentukan 'jumlah warga asing' yang perlu digunakan di dalam syarikat-syarikat yang terbabit.

Kerajaan tidak boleh lagi mengambil sikap mudah tunduk dengan tekanan ekonomi yang kadangkala bukannya real dan bersifat sebenar. Disebabkan itulah juga, usaha untuk menawarkan pekerjaan yang tetap dan baik kepada anggota RELA dan Jabatan Pertahanan Awam dalam sektor keselamatan adalah permulaan yang baik.

Ya, mungkin kesannya belum tentu menghasilkan sesuatu yang baik; namun sekurang-kurangnya langkah sedang diambil. Soal pengurusan warga asing ini tidak boleh secara totalnya diletakkan di dalam neraca 'untung rugi sektor swasta' semata-mata.

Kita perlu mempunyai landasan pemikiran yang betul - kehadiran mereka yang tanpa izin boleh mendatangkan impak dan kesan yang nyata. Ini termasuklah 'kenyataan' bahawa kita berbelanja hampir RM171 juta untuk perbelanjaan banduan warga asing. Ini merangkumi 81,396 banduan dan 408,979 tahanan warga asing di 13 depot seluruh negara.

Angka ini amat memeranjatkan. Jika dilakukan conversion, kita mungkin boleh membina 10 buah sekolah berharga 15 juta di seluruh negara! Ataupun menyediakan bajet yang lebih kepada usaha pemerkasaan sukan di sekolah-sekolah anak kita.

Dalam suasana persaingan ekonomi global yang semakin mencengkam, kita tidak boleh lagi mengambil 'kos sampingan' yang sebesar ini. Harus dipertegaskan bahawa masalah sebenar kita adalah PATI. Warga asing yang berada di sini di atas soal merit - dan sesungguhnya menyumbang kepada pembangunan akan sentiasa dihargai.

Sebagai rakyat, tindakan pro aktif untuk mengadakan makmal warga asing yang akan memberikan fokus kepada prosedur kemasukan, perundangan, sistem pemantauan dan penguatkuasaan. Jika langkah pembetulan dapat dijayakan kepada empat perkara ini, kita mungkin dapat mengurus warga asing dengan lebih baik dan berkesan.

Rakyat perlu diberikan keyakinan bahawa peruntukan ratusan juta untuk menjaga banduan dan PATI perlukan 'campur tangan dasar' yang menyeluruh. Jabatan Imigresen Malaysia yang mengadakan hampir 7,100 operasi sepanjang tahun 2009 - menghasilkan hampir 50,000 tangkapan!

Gelombang rakyat harus sama digerakkan untuk memberi maklumat di atas kehadiran warga asing yang melampau di taman, kampung, jalan dan daerah masing-masing. Perkara ini sudah menjadi masalah nasional; dan ia perlu ditangani dengan selayaknya.

Mengurus dan mengawal kehadiran PATI bukan dilakukan atas dasar xenophobic tanpa asas - tapi lebih kepada soal kepentingan negara secara keseluruhannya. Malaysia tidak pernah menutup pintu kepada mereka yang mahu sama-sama membangun negara ini. Namun, ia mesti dilakukan melalui landasan hukum dan perundangan yang betul.

PENULIS ialah pemerhati sosio-politik - Utusan

Friday, March 26, 2010

China teen caught having sex with client in hotel raid


GEORGE TOWN: Police rescued a 16-year-old Chinese national in a raid of a Butterworth hotel, where she and four other Chinese women were caught naked with their clients.

The are believed to have been trafficked here for sexual exploitation.

All of them were taken to the Bukit Mertajam police station following the 11.30pm raid on Thursday. The men were released after being questioned.

In the raid led by Chief Insp Salawati Saad, police seized RM3,512 in cash and recovered a sizeable number of condoms, antiseptic mouthwash, lubricants, towels, tissues and notebooks recording the earnings.

The raiding party also found used condoms strewn in several hotel rooms, in the operation codenamed Ops Noda/ Ops Pintas.

Also arrested was a 39-year-old hotel caretaker who was busy counting the day’s earnings at the hotel’s counter. He had since been remanded under Section 117 of the Criminal Procedure Code to facilitate police investigations.

Penang CID chief Senior Asst Comm Wan Abdullah Tuanku Said said the 16-year-old girl would be sent to a shelter home in Kuala Lumpur.

He said her case was being investigated under Section 14 of the Anti-Human Trafficking Act 2007.

He said the other four Chinese nationals, aged between 26 and 28, would be remanded for 14 days under the Immigration Act for violation of social visit passes.

ACP Wan Abdullah said initial investigations revealed that the prostitution syndicate had been in operation for months and could have raked in close to RM100,000 monthly, with RM200 charged for each sexual service.

The arrests come on the heels of three earlier vice raids at motels in the state where 25 Chinese, Vietnamese and Thai women were caught. Also arrested were 15 male patrons, two pimps and a couple who owned a motel in Nibong Tebal where one of the raids was conducted. - The Star

Sindiket Pelacuran Pulau Pinang Kutip RM93,000 Sebulan Tumpas



BUKIT MERTAJAM: Polis Pulau Pinang menumpaskan satu sindiket pelacuran menggunakan wanita warga asing yang mampu menghasilkan kutipan RM93,000 sebulan selepas menyerbu sebuah hotel di Jalan Baru, Perai di sini semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang Senior Asisten Komisioner (SAC) II Wan Abdullah Tunku Said berkata hasil maklumat dan risikan, polis menyerbu sebuah hotel dan menahan seorang lelaki yang disyaki 'bapa ayam' di situ.
"Semasa serbuan pada 11.30 malam itu, lelaki berusia 39 tahun berkenaan baru selesai berurusan dengan pelanggan berhubung urusan menempah pelacur," katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Katanya siasatan lanjut, polis menahan lima wanita warga China yang sedang melacur dalam bilik di hotel berkenaan.
"Lima daripada mereka berusia antara 26 dan 28 tahun berada dalam keadaan separuh bogel dan sedang melayan lima lelaki tempatan dalam bilik masing-masing," katanya.
Wan Abdullah berkata dalam operasi itu, pihaknya berjaya menyelamatkan seorang remaja wanita warga China berusia 17 tahun yang dipercayai dieksploitasikan sebagai pelacur oleh sindiket berkenaan.
Katanya polis merampas beberapa kondom yang telah dan belum digunakan, gel pelincir, buku catitan dan wang tunai RM3,512.
"Sindiket itu dipercayai memperoleh RM200 untuk setiap khidmat pelacur dan dipercayai terdapat 10 hingga 15 pelanggan menggunakan perkhidmatan pelacuran berkenaan setiap hari," katanya.
Beliau berkata lelaki berkenaan kini direman bagi membantu siasatan menurut Seksyen 372 Kanun Keseksaan dan memperdagangkan kanak-kanak sebagai pelacur menurut Seksyen 14.
Manakala lima wanita warga asing turut direman kerana melanggar syarat pas lawatan sosial dan disiasat menurut Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen 1963, katanya. - mstar online

MAICCI Cadang Benarkan Lanjutkan Tempoh Kerja Pekerja Asing

PUTRAJAYA, 26 Mac (Bernama) -- Gabungan Dewan Perusahaan dan Perindustrian India Malaysia (MAICCI) mencadangkan kepada kerajaan untuk membenarkan tempoh kerja kira-kira 90,000 pekerja asing yang ada sekarang di negara ini dilanjutkan.

Presidennya Datuk K.K Eswaran berkata cadangan itu dibuat kerana mereka menghadapi kekurangan pekerja yang boleh menjejaskan perniagaannya.

Beliau juga berkata mereka akan meminta pengambilan pekerja baru asing jika kerajaan tidak membenarkan cadangan itu.

"Pada masa kini, selepas lima tahun, permit tidak akan diperbaharui dan apa yang kita minta ialah untuk membenarkan permit itu dlanjutkan. Kita bukan minta pekerja asing tambahan," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di pejabat beliau di sini.

MAICCI mempunyai 14 pertubuhan perniagaan yang mengandungi restoran India, restoran India muslim, serpihan logam, pembekal akhbar, tekstil dan salon rambut.

Eswaran berkata mereka juga menggaji pekerja tempatan tetapi mereka tidak tahan dengan kerja-kerja berat.

Beliau juga menekankan bahawa permintaan itu hanya untuk anggota mereka yang bergabung dengan MAICCI. -- BERNAMA

Empat lelaki Indonesia diburu


JOHOR BAHRU 25 Mac - Polis kini sedang memburu empat lelaki warga Indonesia yang disyaki terlibat dalam beberapa kes jenayah di negeri ini sejak awal tahun lalu.


Empat penjenayah berusia lingkungan 20-an itu dikenali sebagai Saipudin, Gandi Mulyono, Peri Padli dan Azhar Awaludin yang kini dipercayai berada di kampung halaman masing-masing.

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihaknya tidak menolak kemungkinan keempat-empat lelaki terbabit akan kembali memasuki negeri ini pada bila-bila masa.

"Keempat-empat suspek disyaki terlibat dengan kegiatan jenayah samun, cabul dan pecah rumah. Mereka juga dipercayai sering melakukan jenayah ke atas rakan senegara," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan ulang tahun Hari Peringatan Polis Ke-203 peringkat negeri di Dataran Bandaraya Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Jalaluddin memberitahu, sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Kulaijaya telah menahan seorang penunggang motosikal di kawasan tempat letak kereta di Plaza Tol Sedenak kerana memiliki satu ketul daun mampat kering disyaki ganja seberat 460 gram baru-baru ini.

Sebahagian dadah yang disimpan dalam satu bungkusan plastik berwarna merah itu turut dibalut dengan pita pelekat lutsinar dan dibungkus dengan kertas, katanya.

"Ujian air kencing menunjukkan suspek positif dadah jenis ganja. Namun siasatan awal mendapati, suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau," katanya.

Polis tidak menolak kemungkinan suspek merupakan salah seorang pengedar dadah di kawasan Sedenak dan kes itu disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - Utusan

Data pekerja asing dikumpul


JOHOR BAHRU 25 Mac – Polis Kontinjen Johor merancang mengumpul dan menghimpunkan data peribadi kesemua pekerja asing di negeri ini tidak lama lagi.

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, sehubungan itu pihaknya akan menubuhkan satu pasukan gerakan am khusus untuk menjalankan tugas-tugas pengumpulan data tersebut.

Beliau berkata, data tersebut bagi memudahkan pihak berkuasa memantau perkembangan semasa pekerja asing berkenaan termasuk yang melibatkan isu jenayah.

Menurutnya, usaha pengumpulan data itu akan dilakukan secara konsisten dan berterusan dari semasa ke semasa.

“Kita berharap agar pihak majikan akan memberikan kerjasama kepada polis ketika proses pengumpulan data itu kelak.

“Kita juga akan mengumpulkan data mereka sama ada yang bekerja secara sah atau sebaliknya dan data itu disimpan di dalam sebuah pangkalan data,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan Hari Polis Ke-203 peringkat kontinjen Johor di Dataran Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) di sini hari ini.

Pada majlis tersebut, seramai 11 anggota dari Kontinjen Johor yang merupakan sebahagian daripada 140 pegawai kanan dan anggota pangkat rendah menerima surat penghargaan Ketua Polis Negara berserta Pingat Peringatan Kerajaan Persekutuan kerana menyertai misi pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Timor Leste mulai 1 Oktober 2006 hingga 31 Mac 2007.

Selain itu, seramai 103 orang awam termasuk anggota polis menerima surat penghargaan daripada Ketua Polis Johor manakala Balai Polis Gelang Patah turut dinobatkan sebagai Balai Polis Contoh.

Mengulas indeks jenayah di Johor, Jalaluddin memberitahu, kadar jenayah di negeri ini turun 19.09 peratus dalam tempoh Januari hingga 23 Mac tahun ini berbanding tempoh sama tahun lalu.

Katanya, seramai 1,290 penjenayah berjaya diberkas dan 79 daripadanya merupakan warga asing. - Utusan

Pemerdagangan manusia : Malaysia selamatkan 1,252 mangsa




PUTRAJAYA 25 Mac – Malaysia berjaya menyelamatkan 1,252 mangsa pemerdagangan manusia dari 18 negara dalam tempoh 2008 hingga Mac 2010.

Daripada 202 kes pemerdagangan manusia yang dilaporkan dalam tempoh itu, 143 kes melibatkan eksploitasi seks, 43 kes perkhidmatan paksa, 11 kes penyeludupan manusia, empat kes penjualan bayi dan satu kes eksploitasi kanak-kanak.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam berkata, daripada 1,252 mangsa yang diselamatkan, 837 orang merupakan wanita termasuk 57 orang kanak-kanak perempuan bawah umur.

Menurutnya, kerajaan melalui pelbagai agensi penguatkuasaan berjaya menangkap 282 orang berhubung jenayah pemerdagangan manusia.

‘‘Pemerdagangan manusia merupakan jenayah baru dan kita perlu memberi latihan kepada pegawai penguat kuasa, pendakwa dan hakim untuk mengendalikan kes-kes ini.

‘‘Kita akan melancarkan Pelan Tindakan Kebangsaan Antipemerdagangan Orang 2010-2015 pada 30 Mac ini di Parlimen, ia merupakan instrumen untuk mencegah, memulih dan melindungi mangsa pemerdagangan manusia,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan dialog dengan agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ( PBB) mengenai pelan itu di sini malam tadi.

Dalam pada itu, Mahmood berkata, kerajaan melalui Jabatan Peguam Negara sedang mengkaji sama ada untuk meletakkan jenayah penyeludupan manusia di bawah Akta Antipemerdagangan Orang 2007 atau Akta Imigresen 1959/63.

‘‘Perkara ini sedang diteliti kerana seakan-akan terdapat zon kelabu berhubung kesalahan penyeludupan manusia yang boleh dibezakan dengan pemerdagangan manusia.

‘‘Sebelum ini kita akan mendakwa pesalah penyeludupan manusia atas kesalahan melindungi pendatang tanpa izin, tetapi kita mahu memberi penakrifan yang lebih jelas,” katanya.

Beliau berkata, pesalah di bawah Akta Antipemerdagangan Orang 2007 akan dikenakan denda sehingga RM500,000, penjara 20 tahun atau kedua-duanya sekali.

‘‘Pesalah di bawah Akta Imigresen bagaimanapun hanya akan didenda RM15,000, penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Secara umumnya, pemerdagangan manusia merupakan jenayah yang melibatkan unsur kekerasan, paksaan dan penipuan manakala penyeludupan manusia dijalankan atas persetujuan daripada orang yang diseludup. - Utusan

02,769 dapat pekerjaan hasil inisiatif JMC


CYBERJAYA 25 Mac - Seramai 102,769 orang berjaya mendapatkan pekerjaan dalam tempoh 15 bulan pertama bermula Januari 2009 hingga 18 Mac lalu hasil inisiatif Pusat Jobs Malaysia (JMC) yang ditubuhkan kerajaan.


Mereka adalah sebahagian daripada 387,210 pencari kerja yang mendaftar dengan 11 buah JMC di seluruh negara dan pada masa sama pusat itu berjaya mendaftarkan 159,968 kekosongan jawatan dalam pelbagai sektor.

Najib Tun Razak menandatangani plak sebagai tanda perasmian Pusat Jobs Malaysia di Cyberjaya, semalam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, penubuhan JMC memberikan mesej yang jelas bahawa kerajaan sentiasa meletakkan kepentingan dan kesejahteraan rakyat sebagai keutamaan.

''Kerajaan amat komited membantu pencari kerja dengan menyediakan infrastruktur canggih seperti JMC.

''Ia bukan hanya slogan dan retorik sebaliknya sentiasa dibuktikan dengan tindakan sebenar dalam tempoh yang singat.
''Saya yakin dan percaya agensi kerajaan, majikan swasta dan seluruh rakyat dapat menggunakan sepenuhnya kemudahan JMC dan portal Jobs Malaysia sebagai salah satu hab utama mendapatkan pekerjaan dalam negara," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan secara serentak 11 JMC seluruh negara di Pusat Jobs Malaysia di sini hari ini.

Hadir sama Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Ismail Adam.

Penubuhan JMC merupakan cetusan idea Perdana Menteri yang diumumkan semasa pembentangan pakej rangsangan ekonomi kedua pada 1 Jun 2009.

Selain Cyberjaya, Jabatan Tenaga Kerja menubuhkan JMC di Pelabuhan Klang, Kelana Jaya, Danga Bay Johor Bahru, Segamat, Sungai Petani, Kota Bharu, Ipoh, Georgetown, Kuching dan Kota Kinabalu.

Penubuhan JMC menelan kos sebanyak RM18.1 juta.

Menurut Najib, penubuhan JMC bertujuan melengkapkan infrastruktur portal Jobs Malaysia.

Katanya, pusat tersebut menggunakan pendekatan human touch dan menjadikan portal Jobs Malaysia sebagai enabler.
Tambah beliau, JMC berfungsi untuk menyediakan perkhidmatan penjodohan kerja secara atas talian, mengendalikan proses temuduga dan mewujudkan hubungan dengan majikan bagi menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan.

''Saya difahamkan JMC turut menyediakan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling kerjaya selain menjalinkan kerjasama dengan institusi pengajian tinggi, menyelia latihan kemahiran awam dan swasta, sekolah, jabatan kerajaan dan swasta," katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri berkata, hasil dua pakej rangsangan ekonomi, kerajaan berjaya meminimumkan pekerja yang diberhentikan kepada 46,860 orang berbanding jangkaan berjumlah 200,000 orang.

Katanya, ia adalah hasil tiga program utama Kementerian Sumber Manusia iaitu penubuhan bilik gerakan pemantauan pemberhentian di kementerian itu dan 80 pejabat Tenaga Kerja di seluruh negara.

Kedua, kata beliau, ia dicapai melalui program penempatan pekerjaan (3P) yang berjaya menempatkan semula 22,443 orang pekerja tempatan ke pelbagai sektor pekerjaan di seluruh negara.

Katanya, program ketiga adalah 'latih dan tempat' bagi meningkatkan kemahiran dan kebolehkerjaan dengan 39,035 peserta telah didaftarkan mengikuti kursus membabitkan 82 jenis kemahiran dalam 17 sektor industri.

''Daripada jumlah itu, sehingga hari ini seramai 20,610 pekerja berjaya ditempatkan dalam pasaran kerajaan dan ia akan terus bertambah apabila program tersebut selesai," katanya.

Dalam hal ini, Perdana Menteri mahu pencari kerja berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran yang bersesuaian dengan kehendak pasaran pekerjaan, peredaran masa dan perubahan persekitaran.

''Kita mesti terus mempertingkatkan mutu kerja dan kemahiran kita bersama supaya kebolehan kita dapat disesuaikan dengan peredaran zaman yang dimensi ekonominya semakin mencabar," katanya. - Utusan

Thursday, March 25, 2010

Majikan Perlu Tawar Gaji Menarik Kepada Rakyat Malaysia

CYBERJAYA, 25 Mac (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak mahu para majikan mempertimbangkan untuk menawarkan gaji yang menarik dan berpatutan kepada pekerja rakyat tempatan bagi mengurangkan kebergantungan kepada pekerja asing.

Perdana Menteri berkata langkah itu berikutan terdapat aduan yang diterima bahawa tahap gaji yang ditawarkan kepada pekerja tempatan tidak begitu menarik.

"Jika boleh dipertimbangkan, harap tangga gaji terutama sekali tangga gaji permulaan (menarik) dan memberi insentif serta tangga gaji yang sesuai untuk rakyat yang tidak mempunyai pekerjaan.

"Jika beri gaji rendah, akhirnya tidak ada tawaran dan (ini) akan mendesak kerajaan meluluskan pekerja asing," katanya ketika sidang video dengan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman, yang berada di Pusat JobsMalaysia Danga Bay Johor Baharu.

Terdahulu, Perdana Menteri merasmikan secara serentak 11 JMC di seluruh negara di JobsMalaysia Cyberjaya di sini, pada Khamis. Turut hadir Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S.Subramaniam.

JMC yang merupakan cetusan idea Najib, bertujuan membantu rakyat mendapatkan pekerjaan dan mengurangkan kadar pengangguran di negara ini.

Perdana Menteri berkata jika langkah itu tidak dilakukan, tangga gaji akan sentiasa berada di tahap yang rendah dan justeru itu, para majikan perlu berlaku adil kepada pekerja rakyat tempatan.

Beliau berkata penubuhan Pusat JobsMalaysia sebagai tanda keprihatinan kerajaan untuk terus memperjuangkan untung nasib mereka yang tidak mendapat pekerjaan.

"Langkah ini juga sekaligus akan dapat mengurangkan masalah pengangguran dalam negara," katanya.

Najib juga berharap agar mereka yang bekerja di kawasan Iskandar Malaysia di Johor Baharu, yang bakal berkembang dengan amat pesat, adalah sebahagian besarnya merupakan rakyat Malaysia.

"Saya harap ia (Iskandar Malaysia) menjadi satu tempat contoh yang terbaik bukan sahaja daripada segi tempat menarik para pelabur tetapi juga daripada segi kepentingan rakyat Malaysia," katanya.

Sementara itu, Abdul Ghani berkata pada hari ini sahaja, seramai 35 majikan menawarkan 700 pekerjaan di peringkat lulusan universiti dan lebih 1,000 pekerjaan bagi lepasan sekolah di Pusat JobsMalaysia Danga Bay Johor Bahru.

Katanya sejak portal JobsMalaysia diwujudkan pada tahun lepas, seramai 2,800 orang telah mendaftarkan diri mereka di JobsMalaysia Johor Bahru.

"Kita akan beri peluang lebih dekat lagi dari segi sentuhan peribadi untuk membawa bersama semua lapisan rakyat yang mencari pekerjaan dan dipadankan dengan pencari pekerja iaitu majikan.

"Memang satu pendekatan yang berkesan kerana dapat menggabungkan portal JobsMalaysia dengan JMC seperti yang telah dilancarkan hari ini," katanya. -- BERNAMA

Buruh ganggu wanita ditetak

KLANG: Seorang pekerja kontrak warga Indonesia maut selepas ditetak dipercayai menggunakan senjata tajam oleh seorang lelaki di sebuah rumah kongsi di Bandar Puteri, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.50 pagi, mangsa Matluwi Markawi, 44, mati ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), di sini akibat parah di dada dan bahu.
Difahamkan kejadian itu berpunca daripada tindakan mangsa yang sering mengganggu kakak angkat suspek, sebelum suspek dipercayai bertindak menyerang mangsa yang sedang tidur di rumah kongsi menggunakan celoret atau sabit.

Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, berkata polis dimaklumkan berhubung kejadian itu oleh anggota pondok polis HTAR sebelum sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian bagi menyiasat kejadian itu.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku jam 8.30 pagi ketika mangsa sedang tidur di rumah kongsi di situ.

“Sejurus kemudian datang seorang lelaki yang tinggal kira-kira 20 meter dari rumah mangsa bertindak menyerang mangsa menggunakan senjata tajam.

“Mangsa yang tidak sempat menyelamatkan diri parah ditetak suspek sebelum dia dikejarkan ke HTAR,” katanya di sini, semalam. - Harian Metro

57 pendatang Sri Lanka ditahan

SERI MANJUNG - 57 lelaki warganegara Sri Lanka ditahan dalam satu operasi Ops Serkap yang dijalankan pihak Imigresen Lumut dengan kerjasama bahagian Penguat kuasa Imigresen Ipoh, di sebuah rumah dua tingkat, di Jalan Pecah Batu, Trong di sini, malam semalam.

Operasi yang diketuai Timbalan Penolong Pengarah Imigresen merangkap Ketua Imigresen Lumut, Zaidi Dali berkata, seramai 11 anggota Imigresen Lumut dan enam anggota bahagian penguat kuasa Imigresen Ipoh, memulakan operasi pada jam 10.30 malam dan berakhir kira-kira jam 11 malam.

Menurutnya, operasi dilakukan hasil maklumat yang diterima daripada orang awam yang menyedari kehadiran mereka di kawasan itu.

Katanya, ketika serbuan mereka yang berumur antara 20 hingga 50 tahun itu mereka sedang nyenyak tidur.

“Walaupun ada cubaan melarikan diri ke kawasan yang berhampiran bagi mengelakkan mereka ditahan namun, tindakan pantas anggota kami berjaya mengesan mereka sebelum kesemuanya di bawa ke pejabat untuk tindakan selanjutnya,” katanya yang ditemui di sini, semalam.

Beliau berkata, warganegara Sri Langka itu melakukan kesalahan antaranya dibawah Seksyen 56 (1) (l), Seksyen 15 (1) (c) dan Sekyen 6 (1) (c) di bawah Akta Imigresen 1959/63.

Menurutnya, siasatan awal mendapati, ada antara mereka disyaki menggunakan pas lawatan palsu, tinggal lebih masa yang ditetapkan dan gagal mengemukakan dokumen perjalanan sah.

“Kesemua mereka ditahan selama 14 hari di Depot Tahanan Langkap untuk siasatan lanjut.

“Maklumat awal kami mendapati kesemua warganegara Sri Langka berada di premis tersebut semenjak Sabtu lalu disyaki didalangi oagen yang membawa mereka masuk ke negeri ini untuk bekerja di kawasan sekitar.

“Rumah ini dijadikan sebagai transit sementara sebelum ke tempat lain bagaimanapun, pihak kami gagal mengesan sindiket atau agen.

“Siasatan terperinci akan dibuat bagi memastikan tujuan sebenar mereka datang ke negeri ini dan memastikan mereka ini tidak terlibat dalam memperdagangkan manusia ke negeri ini,” katanya.

Zaidi berkata, dengan penahanan itu ia adalah kejayaan terbesar Imigresen Lumut bagi tahun 2010.

“Operasi seperti ini akan diteruskan dari masa ke semasa bagi memastikan warganegara asing tidak menyalahgunakan pas lawatan atau kemudahan imigresen yang diberikan.

“Saya mengalu-alukan maklumat daripada orang awam mengenai kehadiran warga asing di kawasan mereka dan terima kasih kepada mereka yang memberikan maklumat bagi membendung kegiatan tidak bermoral,” katanya. - Sinar Harian

MTUC tetap mahu gaji minimum pekerja swasta RM1,200

KUALA LUMPUR 24 Mac - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) tetap dengan pendiriannya bahawa pekerja sektor swasta di Malaysia hendaklah dibayar gaji minimum RM1,200 termasuk elaun kos sara hidup.

Pandangan MTUC itu dinyatakan menerusi blog Kementerian Sumber Manusia yang dilancarkan hari ini bagi mendapatkan pandangan daripada orang ramai berhubung pelaksanaan gaji minimum di kalangan pekerja sektor swasta di negara ini.

Sejurus selepas dilancarkan, dua pihak iaitu MTUC dan Persekutuan Majikan-majikan Malaysia (MEF) memberi pandangan masing-masing berhubung perkara itu.

Dalam blog.mohr.gov.my itu, MTUC berpendapat, kos sara hidup di negara ini terus meningkat sedangkan pendapatan pekerja tidak dapat mengimbangi perbelanjaan yang harus ditanggung.

"Kita tidak dapat membayangkan bagaimanakah keadaan kehidupan pekerja nanti setelah subsidi beberapa barangan dan perkhidmatan ditarik balik.

"Tanpa gaji yang munasabah sudah tentu kehidupan golongan yang berpendapatan rendah akan bertambah teruk," kata kenyataan itu.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam hari ini melancarkan blog berkenaan bagi mendapatkan pandangan daripada orang ramai berhubung pelaksanaan gaji minimum di kalangan pekerja sektor swasta.

Di dalam blog itu, MTUC turut menyatakan, persatuan itu sedar bahawa para majikan tidak akan menaikkan gaji pekerja masing-masing, maka campur tangan pemerintah dalam memperkenalkan undang-undang bagi gaji minimum adalah sangat diperlukan.

"Objektif dan hasrat kerajaan untuk mencapai Model Ekonomi Baru (MEB) iaitu menjadi negara berpendapatan tinggi agak sukar dicapai tanpa adanya gaji minimum yang munasabah," jelas MTUC.

Sementara itu, MEF pula berpendapat, cadangan pelaksanaan gaji minimum adalah tidak produktif kerana sistem upah sedia ada berfungsi dengan baik.

Menurut persekutuan itu, sistem sedia ada sudah memadai kerana upah ditentukan berdasarkan kepada kuasa pasaran dan bagi pekerja yang mempunyai kesatuan mereka boleh berunding dengan majikan dalam menentukan kadar upah masing-masing.

"Kaedah ini adalah lebih baik daripada penetapan kadar gaji minimum. Ia juga tidak menjamin kepada perkembangan ekonomi negara.

"Oleh itu, apa yang kerajaan patut lakukan adalah mempromosikan dan mempraktikkan sistem gaji berdasarkan kepada prestasi pekerja masing-masing," katanya. - Utusan

Wednesday, March 24, 2010

Pekerja Asing Diminta Lapor Jika Didera

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR: Kerajaan melahirkan keraguan berhubung laporan Amnesty International mengenai dakwaan penderaan terhadap pekerja-pekerja asing di negara ini, dengan Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S.Subramaniam berkata laporan itu tidak tepat.

Sambil mengakui bahawa ada beberapa kes penderaan, beliau berkata, ia boleh diselesaikan jika para pekerja terbabit melaporkan perkara itu kepada Jabatan Tenaga Kerja di bawah kementeriannya.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan laman blog kementerian mengenai gaji minimum kebangsaan di sini, Dr Subramaniam berkata, jabatan itu telah mengambil tindakan ke atas beberapa kes penderaan membabitkan pekerja asing.

Beliau berkata, pekerja asing dan tempatan menikmati faedah yang sama dan dilindungi di bawah Akta Pekerjaan 1955 dan tidak wujud diskriminasi ke atas pekerja asing.

"Masalahnya terdapat banyak pekerja asing (yang mengadu didera majikan mereka) bekerja secara haram dan oleh yang demikian, mereka berdepan masalah dengan para majikan," katanya.

"Ini merupakan sebab, kenapa kita (kerajaan) mahu para pekerja asing datang ke Malaysia dengan permit kerja yang sah dan bekerja di sektor-sektor yang ditugaskan kepada mereka," katanya.

Dr Subramaniam berkata demikian sebagai mengulas laporan terbaru Amnesty International mengenai Malaysia yang menggesa Kuala Lumpur menamatkan apa yang disifatkan sebagai "layanan buruk terhadap pekerja asing".

Laporan itu mendakwa banyak pekerja asing didera dan tidak dibayar gaji dan berdepan dengan keadaan "hampir menyamai buruh paksa", manakala pekerja asing kebanyakannya dari Bangladesh, Indonesia dan Nepal, dipaksa bekerja dalam keadaan yang teruk, kebiasaannya di luar kehendak mereka, sehingga 12 jam sehari atau lebih.

Dr Subramaniam berkata, sistem bagi memantau sebarang bentuk penderaan oleh majikan yang tidak bertanggungjawab ke atas pekerja, sudah sedia wujud.

"Kita mempunyai Jabatan Tenaga Kerja di semua daerah dan para pekerja terbabit sepatutnya melaporkan dengan segera kepada jabatan jika mereka didera," katanya. - mstar online

Peniaga Pasar Tani Upah Pekerja Asing Akan Diambil Tindakan Tegas



ALOR SETAR, 24 Mac (Bernama) -- Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan mengambil tindakan tegas terhadap peniaga pasar tani yang mengambil atau mengupah pekerja asing berniaga di pasar itu.

Pengerusinya Datuk Badarudin Amiruddin berkata Fama tidak akan berkompromi dengan perkara itu dan lesen peserta pasar tani yang ingkar akan digantung atau ditarik balik.

"Kami memandang serius perkara ini kerana penubuhan pasar tani adalah untuk membantu rakyat kita, bukannya memberi peluang kepada pendatang asing berniaga di situ," katanya kepada pemberita selepas majlis Sambutan Ulang Tahun ke-25 Pasar Tani Peringkat Negeri Kedah dan Penyerahan Motosikal Roda Tiga, di sini hari ini.

Beliau berkata setakat ini terdapat tiga kes mengambil pekerja asing dikesan di Wilayah Persekutuan dan Fama telah menggantung perniagaan peniaga terbabit selama tiga bulan.

Pada majlis itu, sebanyak 19 motosikal iaitu sembilan motosikal roda tiga dan 10 motosikal biasa bersama kotak muatan barang di belakang diserah kepada peraih dan peruncit seluruh Kedah melalui senarai permohonan e-Kasih. -- BERNAMA

Foreign GROs caught having sex with clients in hotel

GEORGE TOWN: Two foreign women who worked as guest relations officers were arrested after they were caught having sex with two male clients in a hotel in Burma Road here.

The women, a Chinese national and a Vietnamese, were so engrossed in the act that they were not aware that a state anti-vice team had entered the premises at 11.45pm on Monday.

Nineteen other women, in their 20s and 30s and also from China and Vietnam, and 15 men were also arrested. The men were released after their statements and particulars were taken down.

Exposed: The foreign women covering their faces from press photographers as they sat in a police truck in Burma Road, Penang, on Monday.

The team led by Chief Insp Salawati Saad also detained four men said to be the hotel caretakers.
One of them, a man in his 50s from Johor, was on the police wanted list.

State CID chief Senior Asst Comm (II) Wan Abdullah Tuanku Said, said condoms and cash believed to be proceeds from the vice activities were seized.

He added that the foreign women were in the state as tourists.

On March 15, police busted a major vice syndicate on the mainland following the arrest of eight people, including four Thai women and their two pimps, in two separate raids on a motel in Jalan Simpang Ampat, Nibong Tebal, and Jalan Bukit Minyak, Bukit Mertajam.

A couple, who were owners of the motel in Nibong Tebal, were arrested.

The syndicate, which had been active for about two months, was able to rake in almost RM70,000 monthly by charging RM150 for each session with the women.

Other than condoms and tubes of lubricants, the police team also seized a samurai sword, several notebooks that recorded the day’s takings and contact numbers of regular customers and syndicate members. - The Star

‘Allow direct intake of foreign workers’

JOHOR BARU: The Government should liberalise the recruitment of foreign workers by allowing small-medium enterprises and industries to hire them directly.

Malaysian Indian Business Association (MIBA) president P. Sivakumar said the problem involving the influx of foreign workers in the country started when outsourcing companies were given a free hand to import workers.

“Many of them abused the system and brought in thousands of workers. When there was no work, they left the workers stranded at airports and plantations.

“Obviously, the workers, who had paid huge amounts of money to come here, then went into hiding and worked illegally,” he said in an interview.

Sivakumar expressed confidence that the Government would be able to overcome the illegal immigrant problem if businesses requiring foreign workers were allowed to deal directly with embassies and high commissions.

Sivakumar said many businesses, especially restaurants, laundry shops, goldsmiths, barbers, hair salons and mini markets, were suffering as they had insufficient workers.

He said the association had been inundated with calls and complaints from members wanting the Government to either legalise or allow them to recruit foreign workers directly. - The Star

APMM tahan lima PATI

KOTA KINABALU 23 Mac - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan lima pendatang asing tanpa izin (PATI) setelah memeriksa 13 bot nelayan dan bot penumpang dalam satu operasi di perairan dekat sini, semalam.
Gambar hiasan
 
Ketua Penguatkuasa APMM Kota Kinabalu, Kapten Maritim Xavier Thevadas Gnanapragasam berkata, PATI itu ditangkap ketika sedang menangkap ikan dan menaiki bot penumpang.

"Seramai 25 warga asing diperiksa dalam operasi itu dan hasil pemeriksaan lanjut mendapati hanya lima sahaja yang tidak memiliki dokumen perjalanan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut beliau, selain PATI, pihaknya juga mengenakan kompaun ke atas pemilik bot yang tidak mematuhi ciri-ciri keselamatan termasuk beberapa kesalahan lain membabitkan agensi penguat kuasa lain.

Jelasnya, operasi itu adalah untuk memastikan semua jenis bot di perairan Kota Kinabalu mengikuti syarat-syarat yang ditetapkan bagi mengelakkan kemalangan atau persediaan berdepan dengan bencana alam.

"Pemeriksaan mendapati kebanyakan nelayan dan pengusaha bot penumpang tidak menitikberatkan faktor keselamatan selain tidak memiliki atau memperbaharui lesen," ujarnya.

Operasi bersepadu itu katanya, adalah kerjasama dengan Jabatan Laut Sabah dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Sabah. - Utusan

Tuesday, March 23, 2010

RM171 Juta Tanggung Perbelanjaan Tahanan Warga Asing Tahun Lepas - Hishammuddin

PUTRAJAYA, 23 Mac (Bernama) -- Kerajaan membelanjakan kira-kira RM171 juta bagi menanggung perbelanjaan tahanan dan banduan warga asing bagi tahun lalu, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Beliau berkata sepanjang tahun lalu, banduan warga asing yang diuruskan di penjara adalah berjumlah 81,396 orang dan purata sehari tahanan adalah berjumlah 13,392 orang.

Katanya ini menunjukkan kemasukan pekerja asing juga boleh dikaitkan dengan bebanan ekonomi yang meliputi implikasi kos yang terpaksa ditanggung oleh kerajaan untuk perbelanjaan pengurusan melibatkan tahanan warga asing.

"Ini termasuk peruntukan yang disalurkan untuk pengurusan pusat-pusat tahanan seperti lokap, penjara dan depoh tahanan Imigresen," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan ahli makmal pengurusan warga asing di Kementerian Dalam Negeri di sini Selasa.

Beliau berkata tahanan warga asing yang diuruskan di 13 buah depoh tahanan pula adalah berjumlah 408,979 orang bagi tempoh tiga tahun sejak 2006 dan purata setahun tahanan adalah berjumlah 102,244 orang.

Hishammuddin berkata perbelanjaan yang ditanggung kerajaan bagi jumlah kos makan untuk sehari bagi tahanan warga asing di depoh tahun lalu sahaja adalah sebanyak RM341,881.

Selain itu, katanya program penghantaran pulang dan pengusiran warga asing yang diuruskan oleh Jabatan Imigresen dari tahun 2007 hingga tahun lalu melibatkan kos kira-kira RM35 juta.

Beliau berkata kerajaan juga terpaksa berbelanja untuk kos-kos langsung dan tidak langsung yang berkaitan dengan warga asing seperti aspek keselamatan, implikasi sosial dan perkhidmatan kesihatan.

Katanya itu tidak termasuk nilai yang begitu tinggi membabitkan subsidi minyak dan keperluan asas yang diberikan kepada rakyat tetapi hakikatnya turut dinikmati oleh warga asing yang berada di negara ini.

"Melalui makmal ini, kita berharap agar dapat diwujudkan mekanisme untuk memastikan data dan maklumat yang terdapat di semua kementerian dan agensi kerajaan serta sektor swasta dapat dikumpul dan diselaras untuk membolehkan analisa kos dan keuntungan dapat diperolehi dengan tepat dan menyeluruh," katanya.

Hishammuddin berkata makmal yang dianggotai seramai 33 ahli daripada kementerian dan agensi yang berkaitan akan bermula secara rasmi pada hari ini untuk mencari kaedah terbaik dalam pengurusan dan pemantauan warga asing.

Katanya mereka diberi tempoh sebulan iaitu sehingga 23 April ini untuk mengemukakan cadangan daripada segi mekanisme agar kerajaan mendapat maklumat tepat dan terkini berhubung analisis perbandingan kos dan keuntungan berhubung kemasukan warga asing ke negara ini.

Katanya penilaian itu meliputi semua sektor terpilih seperti pembinaan, perkilangan, perladangan, perkhidmatan, pelancongan dan pertanian.

Bagaimanapun, katanya beliau berharap mereka dapat mengemukakan cadangan itu kurang daripada tempoh sebulan berikutan ia perlu dibentangkan pada jawatankuasa Kabinet. -- BERNAMA

Kenapa ikut jejaka Lombok?

Mukadimah :
 
ISU gadis tempatan yang melarikan diri semakin hangat diperkatakan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
 
Sejak lima tahun lalu, nama Pulau Lombok, Indonesia menjadi semakin sinonim dengan perbuatan melarikan anak gadis Malaysia, kebanyakannya di bawah umur 18 tahun. Dianggarkan sehingga 600 gadis tempatan kini menjadi suri rumah di Lombok.

Dalam mengupas isu jejaka Lombok melarikan gadis tempatan di bawah umur, Sembang Utusan Online telah menjemput Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda UMNO, Datuk Muhd. Khairun Aseh dan Exco Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, yang juga Penganalisis Jenayah, Kamal Affandi Hashim bagi berkongsi pandangan dan pengalaman mereka.

Berikut ialah wawancara dua panel jemputan tersebut bersama Pengarang Berita II, Utusan Online, LUKMAN ISMAIL dan Ketua Meja Jenayah Utusan Malaysia, SUFFIAN ABU BAKAR.
UTUSAN: Isu gadis-gadis tempatan yang mengikut teman lelaki mereka ke Lombok dan berkahwin di sana merupakan satu gejala yang makin kerap berlaku hari ini. Kenapa ini berlaku?

KAMAL:
Pertama sekali, jika kita bercakap tentang mengapa mereka lari, kita melihat kepada satu asas mudah iaitu perasaan! Apabila gadis meningkat dewasa, dengan hormon estrogennya, remaja wanita mengalami perubahan dari peringkat kanak-kanak menjadi remaja.

Pada masa itu tubuh mereka memberi isyarat yang dirinya memerlukan kasih sayang, memerlukan seseorang dan sebagainya. Maka ketika itu kekeliruan mula timbul!

Kamal Affandi Hashim memperkatakan tentang isu ‘Kahwin di Lombok’ sambil diperhatikan oleh Muhd. Khairun Aseh dalam program Sembang Utusan Online yang dikendalikan oleh Lukman Ismail dan Suffian Abu Bakar di ibu pejabat Utusan Melayu, baru-baru ini.Kamal Affandi Hashim memperkatakan tentang isu ‘Kahwin di Lombok’ sambil diperhatikan oleh Muhd. Khairun Aseh dalam program Sembang Utusan Online yang dikendalikan oleh Lukman Ismail dan Suffian Abu Bakar di ibu pejabat Utusan Melayu, baru-baru ini.

Umur antara 13 hingga 16 tahun sangat-sangat kondusif untuk dipengaruhi dengan mudah, menggunakan ayat-ayat cinta kerana ini yang paling mudah dilakukan. Kalau kita lihat di sinilah bermulanya profil mereka yang terlibat.

Cinta itu tidak salah dan perbuatan itu bukan satu jenayah, tetapi kita tetap takrifkannya sebagai jenayah apabila kita lihat beberapa keadaan berikut:

1) Akta perlindungan gadis dan wanita
2) Umur individu yang terlibat
2) Perbuatan melarikan orang dengan salah iaitu daripada jagaan yang sah

Sebab itulah, walaupun ia merupakan satu konflik atau masalah sosial, ia tetap melangkaui batas jenayah apabila telah melanggar beberapa peruntukan untuk melindungi kebajikan dan kepentingan gadis itu yang telah diperkenalkan oleh kerajaan kita.

Gadis ini sememangnya lari kerana perasaan, dia lari kerana cinta. Tiada seorang pun yang lari kerana ekonomi atau diusir oleh keluarga. Keputusan tersebut dibuat sendiri oleh gadis itu dan ini menjadi sebab dan punca yang paling besar buat masa ini.

Kita juga perlu lihat dari sudut penarikan kerana ada push and pull (tarik dan tolak).

Lelaki-lelaki ini juga saya klasifikasikan di bawah forensik psikiatrik sebagai pedofilia! Kenapa kita kata mereka pedofilia dari sudut ilmu jenayah? Kerana mereka adalah orang yang mendapat kepuasan apabila melakukan hubungan, sama ada intim atau tidak dengan kanak-kanak.

Dalam hal ini, kita takrifkan remaja yang dibawa lari itu sebagai kanak-kanak kerana mereka berusia di bawah 18 tahun, bersesuaian dengan peruntukan undang-undang kita.

Mana-mana lelaki yang memikat mana-mana gadis yang berusia di bawah 18 tahun kita memang boleh panggil dia pedofilia! Pedofilia, inilah yang menakutkan sebenarnya.

UTUSAN: Sejak bila gejala ini berlaku dalam masyarakat kita?

KAMAL:
Kebanjiran kes lari dan melarikan gadis ini semakin banyak berlaku dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini.

Sebelum itu, ia hanya melibatkan masalah domestik, atau melarikan diri dalam intraMalaysia (dalam negara), dalam daerah-daerah dan negeri-negeri Malaysia sahaja.

Sebelum ia melangkaui persempadanan seperti hari ini, masalah tersebut pada mulanya tidak dianggap sebagai masalah dan dilihat sebagai satu isu yang kecil sahaja.

Tetapi apabila kesan dan impaknya begitu meluas, maka pada ketika itu, saya fikir dengan bantuan beberapa pihak ia telah berjaya diangkat sebagai satu perkara yg memang masalah besar jika kita tidak tampung.

Jika kita tidak bendung, maka ia akan menyebabkan keadaan yang sangat-sangat berbahaya untuk keluarga bahkan untuk kesejahteraan rakyat Malaysia kita sendiri.

UTUSAN: Adakah kes melarikan gadis yang melibatkan gadis dewasa melebihi umur 20-an?

KAMAL:
Kebanyakan atau majoriti gadis yang terlibat adalah di bawah 18 tahun. Bagi kelompok gadis di atas 18 tahun yang dilarikan, sebabnya berbeza! Mereka sudah memiliki atau mempunyai kebolehan membuat keputusan dan telah memilih sendiri untuk bertindak sedemikian tanpa desakan mana-mana pihak.

Dalam konsep ‘free will’ ini, dia yang pilih. Malangnya, kebanyakan daripada mereka yang berusia lebih 18 tahun ini lebih gemar direkrut oleh sindiket-sindiket dadah daripada dibawa lari untuk berkahwin di seberang.

Kerana apa? Kerana apabila usia gadis melangkaui 18 tahun, peruntukan undang-undang untuk melindungi mereka menjadi semakin terhad. Maka, penjenayah tentu lebih memikirkan lebih baik yang lebih 18 tahun ini dibawa lari untuk sindiket dadah.

Namun ada juga yang melebihi 18 tahun dilarikan untuk berkahwin, cuma tidak banyak. Kalau ada 10 yang melarikan diri, ada kebarangkalian kita temui seorang yang berusia di atas 18 tahun, tetapi tidak lebih daripada itu.

Pedofilia ini berminat dengan mereka-mereka yang di bawah umur! Bila kita cakap tentang pedofilia, kadang-kadang umum tak faham apa itu pedofilia. Ada yang kata ‘ini mesti seorang lelaki gergasi’, yang ganas, sadis dan sebagainya. Tidak!

Dalam konteks kriminologi atau penjenayahan, lelaki-lelaki yang memikat gadis-gadis ini, anak-anak gadis di bawah umur ini, inilah raksasa yang dipanggil pedofilia. Tahap mereka ini sama juga dengan lelaki yang merogol kanak-kanak. Kita tidak boleh nafikan mereka berada dalam kelompok yang sama dengan perogol tersebut.

UTUSAN: Adakah sesiapa sahaja yang mengganggu gadis bawah umur juga dianggap pedofilia?

KAMAL:
Kalau kecenderungan seseorang itu minat mereka kepada gadis yang di bawah umur, pedofilialah!

Katakanlah umurnya 30-an atau 40-an tetapi minatnya hanya kepada mereka yang tingkatan dua.
Minat ini juga bukannya minat suka-suka macam minat antara budak sekolah, ini minat dengan kecenderungan seksual terhadap gadis tersebut.

Walaupun dia sudah berkahwin ataupun tidak, ataupun sudah mengalami pengalaman seksual ataupun tidak, tetapi kepuasan abadi bagi dia hanya apabila dapat menjalin hubungan seksual dengan kanak-kanak - pedofilia. Perlu kita ingat, di bawah 18 tahun ini kita masih lagi panggil kanak-kanak.

UTUSAN: Berapa ramaikah gadis tempatan yang melarikan diri ke Lombok telah diselamatkan Biro Aduan Komuniti UMNO?

KHAIRUN:
Yang lebih penting bagi kami di biro adalah kegusaran tentang anak-anak gadis di bawah umur yang dilarikan. Seperti yang dilaporkan di media-media utama negara sebelum ini, kita telah selamatkan tiga anak gadis di bawah umur, di bawah 18 tahun yang lari atau dilarikan ke Lombok.

Saya juga ingin sentuh ulasan Kamal tadi melibatkan hormon estrogen dan sebagainya. Memang benar ada sifat kasih dan sayang serta kemahuan seorang wanita atau insan ketika mencecah umur matang itu (baligh), kemahuan yang memang mendesak untuk kasih sayang.

Tetapi apa pun juga, keluhuran dan kedaulatan undang-undang harus diangkat. Dalam konteks Malaysia, kita ada Akta Kanak-Kanak 2001. Akta ini memang kerajaan gubal kerana hendak melindungi gadis-gadis di bawah umur daripada sebarang pengeksploitasian.

Bila kita buat rumusan dalam Akta Kanak-Kanak itu pun, sifat kes-kes melarikan gadis ini tergolong di bawah pengeksploitasian dan ini berbalik kepada sikap pedofilia yang disebut oleh Kamal tadi.

Itu isu undang-undang! Isu kedua ialah isu budaya disebabkan budaya mereka. Pekerja asing Indonesia ini seharusnya menghormati budaya kita di sini. Saya fikir, sehingga hari ini budaya kita dijunjung tinggi dan budaya di sini memerlukan satu budaya santun yang sangat tinggi.

Kita memerlukan anak gadis tempatan ataupun sebarang hubungan nikah yang dijalin, seharusnya mendapat restu dan kebenaran ibu bapa terlebih dahulu.

Ketiga ialah kesejagatan undang-undang antarabangsa. Kebanyakan gadis di bawah umur ini tidak sedar mereka telah melanggar undang-undang negara asing. Dalam konteks ini, undang-undang negara Indonesia.

Mereka mungkin terlupa ataupun tidak sedar bahawa apabila mereka masuk secara haram atau tidak pun sah ke dalam Indonesia, mereka secara automatik sudah melanggar undang-undang imigrasi Indonesia.

Dan di bawah undang-undang keimigrasian Indonesia, di bawah fasal 5 dalam undang-undang tersebut, seseorang yang masuk Indonesia secara haram ataupun tidak sah boleh dikenakan hukuman penjara enam tahun serta denda 30 juta rupiah (RM11,100).

Yang ini sebenarnya membuatkan kita sedikit resah kerana gadis-gadis ini ada yg ditahan, seperti dalam kes Zuliyani (Norzuliyani Alias) dan Bella (Salsabila Yunan), sebenarnya mereka secara teknikal sudah ditahan pihak berkuasa imigrasi di Lombok.

Hasil inisiatif kita dan dengan kerjasama pelbagai pihak, terutamanya Wisma Putra, mereka dapat dibebaskan, tetapi sebenarnya ia bukan hak mereka untuk dibebaskan.

UTUSAN: Adakah mereka dibebaskan atas budi bicara pihak berkuasa Indonesia?

KHAIRUN:
Mereka dibebaskan atas kemahiran dan kepandaian kita berkomunikasi dengan pihak imigrasi di Indonesia serta budi bicara bersama.

UTUSAN: Apa tarikan lelaki Lombok ini sehingga ramai remaja kita begitu jatuh cinta dengan mereka dan sanggup melarikan diri ke seberang?

KAMAL:
Saya fikir kualiti mengurat lelaki Malaysia kini barangkali sudah luntur. Kita di sini mungkin tidak lagi memikirkan kata-kata yang cantik, jalan cerita yang santun dan skrip yang baik untuk bercinta. Tetapi, satu hal yang pasti, kebolehan mereka untuk menunjukkan kemesraan memang berkesan.

Menunjukkan bermakna sesuatu yang ada bentuk!

Satu lagi yang menjadi penarik, mereka ini pendengar yang terbaik. Kalau adik-adik di bawah umur ini pergi cakap tiada top-up kredit telefon bimbit kepada mereka, pasti dibantu. Perlu kita faham, ukuran cinta bagi kanak-kanak sekolah ini ialah top-up, kalau kita boleh top-up RM10 seminggu, sayanglah -- itu cinta.

Makanya, apa yang dikehendaki adik-adik muda ini boleh diberikan, minta top-up bagi, mintak T-shirt bagi, beg Hello Kitty pun dapat. Maklumlah orang bergaji hari, bekerja sebagai buruh-buruh binaan misalnya, gaji dia sudah asing ke tepi. Untuk ‘maintain’ pelajar, adik-adik muda ini sangat-sangat mudah.

Ia tidak memerlukan ‘maintenance’ yang tinggi, apa yang dia nak kita bagi. Dia tak minta kereta, kereta sport, rumah banglo, prenuptual - kalau berpisah dapat banyak ini atau itu. Tidak! Tetapi, kena ada hadiah. Ini digunakan sebagai senjata, alat atau medium untuk mendapatkan tempat di hati adik-adik ini.

Dan kerana sosiobudaya atau ‘subculture’ bagi pelajar-pelajar sekolah kini diukur daripada top-up.

Barangkali amat rendah nilainya jika hanya dilihat dari dimensi itu, bahawa adik-adik ini sebenarnya mempunyai tag harga tertentu berdasarkan nilai top-up telefon bimbit mereka.

Jadi, apa kelebihan mereka? 

Ada orang kata ini mesti ayat pandai la, guna saka la, bakar kemiyan. Saya tak percaya kepada benda-benda karut seperti ini. Di mana-mana juga, seperti mana saya sentuh tadi iaitu pedofilia, mereka akan menggunakan teknik-teknik yang telah dikenal pasti. Mereka ada persiapannya.

Persiapannya, dia akan cari yang mana satu di antara 100 kanak-kanak yang ada di situ, yang mana satu dia nak, yang mana satu menepati citarasa yang dicari-cari.

Yang kedua, dia akan melihat kepada persediaan! Apa yang perlu dilakukan, adakah mudah, bagaimana dengan keluarganya, adakah mereka memerhatikan gerak geri gadis tersebut dan bagaimana dengan orang di sekelilingnya?

Yang ketiga, baru dia buat percubaan! Percubaan untuk berkenal-kenalan, percubaan untuk mengajak keluar sebentar. Kadangkala ibu bapa melihat anaknya keluar selama dua jam sebagai perkara biasa sahaja, tiada masalah.

Tetapi itu adalah permulaan siri-siri perbuatan, percubaan untuk mendapatkan kepercayaan anak gadis mereka. Barangkali kali pertama dibawa keluar, tersentuh tangan pun dia akan ucap ‘minta maaf ya, aku tak sengaja’ misalnya, tanpa menyebut warga mana-mana negara khusus.

Tetapi itu adalah umpan, umpan yang digunakan kerana untuk membeli kepercayaan, maka dia perlu melakukan segala-galanya. Selepas percubaan, barulah dia buat perbuatan itu (melarikan ke seberang).

Ini langkah ‘step by step’ bagaimana dia merancang dan mengumpan. Dalam kata lain, mereka adalah manipulator yang sangat-sangat hebat dan saya setuju dengan apa yang dikatakan oleh Khairun, eksploitasi itu dibuat dengan cara yang sangat-sangat halus.

Ditambah pula dengan kenaifan adik-adik ini, dan itulah punca yang menggerakkan kedudukan kita sekarang ke arah peningkatan kes melarikan diri bersama teman lelaki dari seberang.

UTUSAN: Sebelum ini kita tidak biasa dengan istilah Lombok, sejak 5 tahun kebelakangan ini baru istilah Lombok dinaikkan khususnya dalam kes-kes melarikan gadis. Adakah Lombok sahaja kejadian sebegini berlaku atau ada wilayah-wilayah lain yang terlibat?

KHAIRUN:
Lombok mungkin secara kebetulan. Kita ada banyak kes juga melibatkan jejaka-jejaka dari pelbagai negara, dari pelbagai benua. Tetapi Lombok banyak pekerja dari segi kuantiti di dalam sektor perladangan di Malaysia.

Indonesia juga memang menghasilkan banyak tenaga kerja dari Lombok untuk dihantar ke sektor-sektor perladangan seluruh dunia. Jadi, mungkin kerana kuantiti mereka itu begitu ramai, maka penglibatan mereka dalam kes-kes pengeksploitasian itu juga tinggi.

UTUSAN: Bagaimana dengan kedengaran kisah tradisi pemuda Lombok yang perlu membawa pulang gadis dari tempat lain?

KHAIRUN
Itu balik kepada apa yang saya sebut awal tadi, budaya! Budaya mereka di sana ialah mengiktiraf dan mengangkat sesiapa juga yang boleh melarikan gadis-gadis dari daerah-daerah berlainan di Lombok dan mereka ini seterusnya boleh diiktiraf sebagai ‘orang jantan’.

Tetapi, apabila mereka di Malaysia, saya fikir budaya itu harus ditinggalkan di sana kerana santun kita di sini pula harus dihormati. Di samping kesejagatan undang-undang negara lain, budaya juga memainkan peranan yang penting.

Saya juga ambil kesempatan di sini untuk mengingatkan gadis-gadis tempatan dan juga jejaka Lombok dan negara-negara lain, terutamanya yang mengamalkan budaya sedemikian (melarikan gadis) supaya menghentikan budaya tersebut.

UTUSAN: Apakah kerana gadis-gadis ini telah terlanjur yang memaksa mereka mengikut teman lelaki berkahwin di seberang?

KAMAL:
Berbeza dengan kebiadaban sesetengah lelaki tempatan, lelaki dari seberang ini tidak menggunakan hubungan seksual sebagai pancing. Dengan kata lain, saya berpendapat dan percaya dengan isi hati bahawa mereka tidak menggunakan manipulasi seksual semasa cuba mendapatkan atau sebelum melarikan anak gadis tempatan.

Selepas dilarikan, itu cerita berlainan (seks selepas kahwin). Sebelum melarikan, dia tidak melakukan seperti sesetengah lelaki tempatan. Orang tempatan akan mengambil kesempatan hubungan seksual dahulu dan disebabkan itu seorang gadis yang menjadi mangsa terpaksa mengikut mereka.

Tetapi, bagi kalangan pendatang ini, cara dan kaedah yang digunakan sangat-sangat halus, bahkan tidak dapat dilihat secara seksual selain sikap menabur hadiah. Selepas dibawa lari, barulah mereka berkahwin mengikut adab, adat dan budaya di sana dan berlakunya hubungan seksual.

UTUSAN: Adakah sikap lelaki Lombok lebih romantis?

KAMAL:
Saya tidak melihat mereka sebagai seorang yang romantis, saya sentiasa melihat mereka sebagai raksasa! Kalau mereka romantis, lebih baik dia cari yang sebaya dengannya.

Bila dia mencari kanak-kanak, tidak kena tempatnya untuk kita memberi terminologi bahawa mereka romantis! Ini kerana, ramai lagi lelaki Malaysia yang sangat romantis walaupun tidak ditunjukkan, termasuklah saya sendiri.

Kedua, romantis kita adalah dalam konotasi yang positif tetapi romantis mereka itu ada udang di sebalik batu. Seperti Datuk Khairun kata tadi, menjadi satu kemegahan, kejantanan bagi mereka membawa balik gadis dari sini.

Ia sama dengan negara kita satu masa dahulu apabila orang Malaysia yang berkahwin dengan orang asing dilihat sebagai satu status tinggi. Dan barangkali pemikiran serupa yang menyebabkan mereka berlumba-lumba untuk melarikan gadis dari Malaysia walaupun melanggar undang-undang kita dan juga undang-undang mereka, dan ini satu masalah besar!

Saya tidak nampak mereka sebagai lelaki romantik, kasanova dan sebagainya. Saya barangkali melihat mereka sebagai Ivan the Terrible, seorang pedofilia, kanibal dan sadis.

UTUSAN: Mengapa ada gadis-gadis ini yang masih tidak dapat lupakan Lombok?

KAMAL:
Tidak ada seorang pun yang boleh nafikan kita tidak boleh lupa cinta pertama, ini masalahnya!

Barangkali satu peringkat dulu, cinta pertama kita hanya kepada cikgu sekolah, guru kelas. Apabila berlaku perubahan hormon (baligh), maka sesiapa sahaja yang terlintas pada masa itu, yang menjanjikan dunia kepada kita, menjanjikan kasih sayang, itu kita iktiraf sebagai cinta pertama!

Walau kita alami amnesia tujuh kali sekalipun, perkara yang kita ingat ialah cinta pertama kita. Jadi, adik-adik yang naif dalam kehidupan ini, mereka merasakan cinta boleh beri mereka makan, cinta boleh beri keselesaan hidup dan sebagainya.

Mereka tidak tahu cinta juga boleh membunuh! Dalam keadaan ini, mereka adalah mangsa. Barangkali kalau kita kata mangsa ayat-ayat cinta pun boleh.

Satu hal lagi, saya tidak tahu adakah kadar buta huruf di Malaysia ini terlampau tinggi sehingga golongan gadis di bawah umur ini tidak mengikuti kes-kes serupa yang dilaporkan media? Ada orang kata, mengapa kita harus paparkan kisah ini?

Ironinya, saya berpendapat apa sahaja usaha yang dilakukan media dan biro aduan untuk membantu gadis-gadis terbabit adalah sesuatu yang baik. Jika kita tak paparkan kisah ini, ia akan terus berlaku secara senyap dan menjadi lebih berbahaya.

Bila dipaparkan, kita dapat berkongsi, dapat memberitahu bahawa kita ada masalah ini dan ketelusan inilah yang patut kita hargai.

Yang kelakarnya, dalam situasi ini juga ada orang yang berpendapat masalah lari dan dilarikan ini berpunca daripada kegagalan sesetengah pihak dan sebagainya. Bagi saya, yang gagal adalah ibu bapa sendiri!

Tidak ada kena mengena dengan sistem pendidikan seseorang, di mana mereka tinggal, di kampung, di desa dan sebagainya. Punca masalah ini daripada kegagalan pengawalan dan pengawasan ibu bapa sebenarnya.

UTUSAN: Boleh Datuk kongsi pengalaman dan usaha biro aduan dalam membawa pulang gadis tempatan dari Lombok?

KHAIRUN: Pertama bukan hak kita untuk langkau undang-undang di Indonesia. Kes-kes yang kita selesaikan, terutamanya Zuliyani dan Bella, mereka masuk secara haram. Apabila kita berunding dengan pihak Indonesia, kita berada dalam keadaan yang sangat tertekan kerana anak-anak gadis kita ini telah melanggar elemen undang-undang yang sangat penting dalam keimigrasian mereka.

Seperti mana kita di sini gusar dengan pendatang tanpa izin, mereka juga tidak suka pendatang tanpa izin di sana. Sedikit menyedihkan kerana nama rakyat Malaysia di peringkat antarabangsa dipandang mulia dan dihormati. Dengan perbuatan sebegini, sedikit demi sedikit kepercayaan terhadap kredibiliti rakyat Malaysia akan terhakis.

Kita selalu berdepan dengan situasi tertekan ketika berunding, tetapi dengan kerjasama dan jalinan muhibah yang dijalinkan, mungkin juga atas dasar bangsa serumpun, mereka dapat dimaafkan dan dilepaskan pihak berkuasa Indonesia.

Tetapi yang lebih merisaukan kami adalah isu anak-anak kepada gadis terbabit kerana status anak yang dilahirkan masih samar. Sama ada diiktiraf sebagai rakyat Malaysia atau tidak, mereka ini menjadi mangsa jangka panjang dalam insiden lari atau dilarikan ini.

Agak menyedihkan, bila berinteraksi dengan anak-anak kecil ini, loghat mereka langsung tiada loghat Malaysia tetapi mereka tetap menyatakan diri sebagai rakyat Malaysia.

Elemen cinta, kasih dan sayang. Ironinya, tiada lagi antara kes-kes yang dibawa pulang dari Lombok di mana suami ambil peduli akan keadaan anak dan isteri mereka di sini. Tiada langsung.

Kita sebenarnya menggalakkan mereka mendaftarkan perkahwinan dan boleh balik ke Malaysia untuk menjalankan tanggungjawab sebagai seorang bapa secara sah. Namun, sehingga kini masih tiada yang menyahut. Ironinya, saya tidak nampak jalinan kasih sayang yang diuar-uarkan itu!

Anak gadis Malaysia harus sedar situasi ini kerana sehingga kini tiada langsung susulan daripada pihak suami dan ayah di Lombok!

UTUSAN: Kalau begitu, mereka cuma mempergunakan wanita kita untuk menunjukkan mereka lelaki sejati?

KHAIRUN: Saya teringat satu pepatah lama, habis madu sepah dibuang. Dalam konteks ini, rupanya macam itu juga. Ketika melarikan anak-anak gadis ini dahulu, mereka berada dalam keadaan mendesak dan memerlukan.

Bila isteri menjadi sedikit liabiliti dan tanggungan, mereka cuci tangan dan biarkan. Mereka pulangkan semula isteri bersama anak-anak kepada keluarga di sini.

Situasi ini, saya tidak nampak kasih sayang seperti mana yang diajar kepada kita. Setahu saya, kasih sayang disusulkan dengan tanggungjawab. Saya tak berani nak kata cinta mereka cinta palsu, tetapi nampaknya begitulah.

KAMAL: Saya sangat-sangat setuju. Bagi saya, mereka melihat gadis-gadis ini sebagai komoditi dan trofi sahaja. Ini adalah ciri-ciri raksasa yang telah menjahanamkan banyak tamadun dan negara sebelum ini.

UTUSAN: Bagaimana penerimaan ibu bapa terhadap gadis yang pulang?

KHAIRUN:
Secara peribadi, saya tersentuh dengan kes Zuliyani yang terpisah selama 12 tahun. Bila dapat disatukan kembali, saya tidak lihat elemen marah atau geram di kalangan ahli keluarganya, malahan mereka dakap dengan penuh kasih dan sayang. Tempoh 12 tahun itu diranjau, ditunggu-tunggu keluarga Zuliyani.

Bella pun sama, dia masih emosi, rindukan Lombok. Tapi ayahnya dan keluarga masih maafkan. Inilah yang menunjukkan kemuliaan masyarakat di Malaysia, saling maaf-memaafkan.

UTUSAN: Apa yang ibu bapa boleh lakukan untuk mengelak kejadian tersebut menimpa mereka?

KAMAL: Satu sahaja, kita perlu melihat anak itu sebagai satu amanah! Jika kita lihat anak sebagai beban, Insya-Allah kejadian sama boleh berlaku kepada kita.

Hari ini anak sering dianggap sebagai beban. Kita boleh lihat ciri-ciri ini di luar. Mana ada ibu bapa yang senyum ketika hantar anak ke tuisyen, ketika mengambil anak dari tuisyen. Ada yang muncungnya panjang dari ‘traffic jam’ di KL.

Belum ada yang begitu ikhlas untuk jadikan anak-anak satu amanah, ini satu masalah dan kesilapan besar ibu bapa kini.

Kedua, ibu bapa perlu didik anak buat keputusan. Jika pergi beli langsir, mak bertanya kepada anak sesuai atau tidak beli langsir warna merah? Anak pula jawab, dinding rumah warna kuning, lantai warna hijau, tak sesuai langsir warna merah. Tapi, maknya tetap dengan keputusan warna merah semata-mata hendak jimat duit untuk beli barang kemas kemudian.

Di sini, ibu tidak mengajar anak membuat keputusan. Jika ditanya lagi kelak, anak sudah tidak berminat untuk menjawab, tidak minat untuk membuat keputusan. Anak akan beralih kepada kawan-kawan sebagai kiblat mereka. Ajar mereka buat keputusan.

Sebagai contoh, tanya mereka hendak menghabiskan cuti sekolah di mana. Walaupun sudah tetapkan untuk balik ke kampung, biar mereka pilih, pujuk ke arah keputusan yang tepat.

Ketiga, jika ibu bapa menganggap anak sebagai beban, amalkanlah perancangan keluarga! Agak kasar bunyinya, tapi jika tidak bersedia untuk menjadi ibu bapa, jangan!

Ibu bapa perlu diisi dengan ilmu, amanah dan kasih sayang sepanjang hayat mereka supaya zuriat dibentuk mengikut acuan yang baik.

UTUSAN: Bagaimana penerimaan masyarakat terhadap fungsi dan usaha biro aduan?

KHAIRUN:
Memang akan dapat kritikan, tetapi kami ambil secara membina. Sambutan di biro sangat menggalakkan dan kami tidak pernah memilih siapa yang hendak ditolong. Yang gila, bukan Melayu pun kita tolong.

Tan Geek Koon di IJN (Institut Jantung Negara) juga kita tolong carikan jantung baru. Setiap bulan, berpuluh-puluh kes kami terima, yang aneh dan lucu pun ada. Ada juga ibu tunggal yang minta saya tolong carikan jodoh untuknya.

Kita terima aduan tapi bukan semua dapat kita tolong. Ada yang melibatkan hal-hal rumah tangga dan agak peribadi, kita cuma beri nasihat.

Setakat ini, sudah ada 200 aduan kami terima, dibahagi dengan setahun, boleh dikira sebagai agak memberangsangkan. Kita juga mendokong 1Malaysia, kepuasan paling tinggi bagi kami adalah dalam menyelesaikan kes.

Kes yang tidak selesai, kita tidak kongsi dengan media kerana dianggap tiada yang boleh dibanggakan. Yang mana berjaya kami bantu, diharap menjadi iktibar bagi rakyat Malaysia.

UTUSAN: Apa pesanan yang boleh diberi kepada gadis tempatan yang mempunyai niat untuk mengikut teman lelaki ke seberang?

KAMAL: Adik-adik tak payah layan lelaki asing sebegini. Jangan kerana kita ada biro aduan, pakat ikut orang asing untuk dibawa lari ke mana sekalipun. Kalau bertuah, ada juga yang prihatin. Macam mana jika disia-siakan, selepas dilarikan ke mana-mana pun?

Jika dijadikan keldai dadah atau untuk perdagangan organ? Rakyat kita sihat dan ini boleh berlaku!

Pengalaman cinta itu memang sesuatu yang menyeronokkan. Tapi, jika tidak tahu, tanya! Tanya kepada rakan-rakan atau kaunselor sekolah.

Selain itu, saya juga dapat tahu ada yang memberi kritikan pedas kepada usaha biro aduan, tetapi akhirnya mereka juga yang datang minta bantuan bila ada masalah keluarga. Sebenarnya, kita perlu berterima kasih atas usaha biro aduan dan pihak terbabit.

Isu gadis bawah umur lari dan dilarikan ke seberang ini melibatkan masalah maruah dan kesejahteraan rakyat kita. Bagi adik-adik di luar sana, jika to-pup itu nilai harga diri, banyak lagi lelaki yang lebih baik dan berkemampuan boleh adik-adik dapat dalam negara kita!

Belajarlah rajin-rajin. Jangan kata Lombok, lelaki mana pun adik-adik boleh dapat bila dewasa nanti. Jangan biar diri jadi mangsa, dikongkong dan dimanipulasi orang lain. Buka mata, buka minda, buka hati, kenali diri sendiri. Kita rakyat Malaysia, kita ada maruah sendiri!

Bagi pihak semua yang terlibat dalam menyelesaikan isu ini, saya berharap adik-adik ini berfikir dengan menggunakan akal dan bertanya jika tidak tahu.

Cabaran kini memang lebih kuat dengan adanya internet, facebook, twitter, myspace dan bermacam lagi. Semua ini membuka ruang luas untuk penjenayah mengambil kesempatan dan ada yang sanggup melangkaui batasan dengan merendahkan nilai dan maruah seorang wanita.

Jangan salahkan media komunikasi, salahkan diri kerana tidak membuat keputusan tepat. Cari rakan, guru, kaunselor atau mereka yang paling dekat dengan adik-adik untuk dapatkan panduan. Ingat pencinta-pencinta boleh dicari sepanjang hayat, ibu bapa sekali sahaja. Fikir sebelum buat!

UTUSAN: Ada yang kata usaha biro bermotifkan politik. Apa pandangan Datuk?

KHAIRUN: Saya nampak ini sebagai satu perkhidmatan, bukan politik. Kita sedar ada yang tidak begitu gemar dengan parti ini tetapi kita bantu juga secara sukarela. Kita beri perkhidmatan kepada semua peringkat rakyat negara ini, tidak kira pandangan politik mereka.

Dengan bantuan Utusan, saya harap masyarakat lebih bersedia menghadapi situasi-situasi sebegini dan sedar akan tanggungjawab mereka. Kami tetap mengalu-alukan mereka yang memerlukan bantuan.

Anda boleh hubungi Biro Aduan Komuniti UMNO melalui e-mel biroaduan@gmail.com atau di talian 03-62078706 atau 03-62079823. Kita alu-alukan semua peringkat dan bangsa di Malaysia! - Utusan

MPAJ sita premis niaga diusaha warga asing

AMPANG 22 Mac - Sebanyak enam premis di kawasan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) disita baru-baru ini selepas didapati diusahakan warga asing.

Penguat kuasa MPAJ mengangkut barang-barang dari sebuah kedai runcit yang dikenal pasti diserahkan pengendaliannya kepada peniaga asing di Ampang baru-baru ini. 

Timbalan Yang Dipertua MPAJ, Abd. Hamid Hussian dalam kenyataannya berkata, tindakan diambil selepas premis yang dikhaskan kepada warga tempatan di Kampung Pandan Dalam, Ampang didapati tidak dijalankan oleh mereka.

"Dalam pemeriksaan di kawasan itu enam premis dikenalpasti diusahakan warga asing di mana dua daripadanya mengusahakan kedai runcit, tiga buah premis menjalankan perniagaan kedai makan dan sebuah premis menjual jamu.

"Tindakan penyitaan telah diambil di bawah Undang-Undang Kecil 3, Undang-Undang Kecil Perlesenan, Perniagaan dan Perindustrian (MPAJ) 2007 atas kesalahan menjalankan perniagaan tanpa lesen daripada pihak majlis," katanya.

Jelasnya lagi, pemilik boleh dikompaun sebanyak RM1,000 dan jika sabit kesalahan denda sebanyak RM2,000 boleh dikenakan.

"Pihak majlis juga dalam proses untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana pemilik rumah yang menjadikan rumah atau sebahagian rumah mereka sebagai tempat menjalankan aktiviti perniagaan yang melanggar peruntukan undang-undang.

"Mereka yang didapati bersalah juga boleh dikenakan kompaun di bawah Seksyen 70(12), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133). Pemilik rumah boleh dikompaun RM12,500 selain didenda sebanyak RM25,000 jika sabit kesalahan," jelasnya. - Utusan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...