Saturday, March 20, 2010

Warga Asing Panjat Bumbung Elak Dicekup Dalam Operasi Di Ampang Jaya

KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) -- Sepasang suami isteri warga asing memanjat dan bersembunyi di bumbung rumah yang mereka duduki bagi mengelak daripada dicekup pihak berkuasa yang menjalankan operasi membanteras pendatang asing tanpa izin di Ampang Jaya awal pagi Sabtu.

Mereka adalah antara kira-kira 125 warga asing yang diperiksa dalam operasi tersebut di sekitar kawasan perumahan Taman Datuk Ahmad Razali.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Supt Amiruddin Jamaluddin berkata operasi itu dijalankan selepas mendapat aduan daripada penduduk setempat mengenai kebanjiran warga asing di kawasan penempatan mereka.

"Kita dapat maklumat adanya kewujudan warga asing yang menghuni di kawasan perumahan ini.

"Akibat kekhuatiran dan ketakutan penduduk, pagi ini kita melancarkan operasi bersepadu bagi menahan warga asing yang disyaki tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata daripada jumlah yang diperiksa, seramai 51 orang termasuk dua kanak-kanak ditahan.

"Daripada yang ditahan itu, 19 orang adalah lelaki warga Indonesia, 28 wanita Indonesia dan dua masing-masing kanak-kanak Indonesia dan lelaki Myanmar," kata Amiruddin.

Kesemua mereka yang ditahan berumur lingkungan setahun hingga 50 tahun itu akan disiasat di bawah Seksyen 51 (5)(6) Akta Imigresen 1963.

Beliau berkata operasi itu juga bertujuan untuk mencegah serta mengekang kes-kes jenayah yang melibatkan warga asing di sekitar Ampang Jaya.

"Setakat ini kejadian jenayah khususnya bagi daerah Ampang Jaya yang membabitkan golongan ini adalah terkawal. Bagaimanapun kita mahu mengambil langkah-langkah pencegahan awal agar kes-kes jenayah yang membabitkan warga asing tidak berleluasa yang akhirnya boleh mengganggu-gugat ketenteraman masyarakat tempatan.

"Kita akan meneruskan operasi seperti ini dari semasa ke semasa bagi membanteras habis-habisan kehadiran pendatang tanpa izin di sekitar daerah ini," tegasnya.

Operasi itu, yang bermula pada 2 pagi dan berakhir dua jam kemudian, membabitkan seramai 296 anggota dan pegawai dari pelbagai agensi termasuk Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya, Imigresen, Majlis Perbandaran Ampang Jaya dan Ikatan Relawan Rakyat (Rela), Ampang. -- BERNAMA

Saksi Akui Pembayaran Kelulusan 'Calling Visa' Untuk Dana Politik

KUALA LUMPUR: Seorang saksi dalam perbicaraan kes rasuah bekas Ketua Pengarah Imigresen Datuk Wahid Md Don memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa pembayaran ke atas kelulusan 'calling visa' pekerja Bangladesh adalah untuk dana politik.

Ahli perniagaan Datuk Zulkafli Maulud, 53, berkata beliau mengetahui perkara itu setelah dimaklumkan oleh Datuk Seri Low Chang Hian dan apa yang difahamkannya, wang itu untuk seorang Menteri.

Sebelum menyatakan wang itu untuk dana politik beliau juga menyebut ia sebagai sumbangan politik kepada orang yang sama.

Ditanya oleh peguam V. Sithambaram yang mewakili Wahid dalam pemeriksaan balas, sama ada beliau pernah berhubungan dengan adik ipar menteri terbabit yang dikenali sebagai Syed Abdullah, Zulkafli berkata: "Tidak pernah."

Pada perbicaraan lepas, seorang broker Burugabudeen Mohamed Ismail, 50, memberitahu mahkamah bahawa Syed Abdullah pernah menerima wang daripadanya sebagai upah mempercepatkan permohonan 'calling visa' untuk pekerja asing pada 2008 dan ia adalah untuk dana politik.

Mengikut pertuduhan, Wahid, 57, didakwa menerima rasuah RM60,000 daripada ahli perniagaan Datuk Low Chang Hian sebagai bayaran upah bagi mempercepatkan kelulusan permohonan 4,337 visa pekerja Bangladesh.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di Jalan Lembah Ledang, off Jalan Duta, pada 10.15 malam 10 Julai 2008.

Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta yang sama iaitu penjara tidak kurang daripada 14 hari dan tidak lebih 20 tahun, dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, atau mana-mana yang lebih tinggi.

Di awal prosiding, Zulkafli yang terlibat dalam perniagaan menyediakan pekerja, perkapalan dan senjata api memberitahu bahawa beliau telah direman selama lima hari bersama-sama Low dan seorang broker Abdul Jabbar Abdullah.

Perbicaraan di hadapan Hakim Rosbiahanim Ariffin disambung 29 dan 30 Mac. - mstar online

Two children among 51 illegals nabbed in Ampang raid

KUALA LUMPUR: A foreign couple hid in the roof of the house they were staying in to avoid being detained by authorities in a pre-dawn swoop on illegals in Ampang on Saturday.


They were among the 125 foreigners checked in the operation around Taman Datuk Ahmad Razali.

Ampang Jaya Deputy OCPD Supt Amiruddin Jamaluddin said the operation was carried out due to the public complaints about the huge number of foreigners in the vicinity.

The two-hour operation nabbed 51 foreigners, including two Indonesian children and a Myanmar man.

The operation was jointly conducted by authorities from the police, Immigration Department, the Ampang Jaya local council and Rela. - The Star

GROs getting RM300 a night

JOHOR BARU: Foreign women working as guest relations officers (GROs) here are paid about RM300 per night to “entertain” clients in pubs or other entertainment outlets.

The women, mostly from Indonesia, the Philippines, Vietnam and Thailand, usually have drinks with their customers, while some go the extra mile by offering sexual services to supplement their income.


Johor Immigration Department enforcement chief Masri Adul told The Star that the women entered the country using valid visitors’ passes but later abused their visas by working as GROs.

“We believe syndicates operating in Malaysia as well as in the women’s home countries are working together in this illegal business.

“We also believe the masterminds are wealthy businessmen with connections,” he said, adding that some syndicates hired gangsters to monitor the women’s activities.

He said that while department officers often detained these women and workers at the entertainment outlets, the “big fish” continued to be elusive.

“The syndicates’ masterminds or even owners of the outlets are often outside the country whenever a raid occurs.

“However, we are gathering intelligence to track them down and bring them to justice,” he added.

Masri said investigations revealed that most of the women entered the illegal business willingly, although some were deceived by promises of legitimate jobs.

“We have deported many of these women but new batches keep coming,” he said.

Masri added that the women resorted to almost anything to escape when detained by the authorities. - The Star

Papa ambil pembantu rumah dari Mindanao

KUALA LUMPUR: Persatuan Agensi Pekerja Asing (Papa) akan menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Kerajaan Filipina bagi membawa masuk pembantu rumah dari Kepulauan Mindanao selepas pembekuan permit pekerja asing oleh Kerajaan Indonesia yang masih berlarutan sehingga kini.

Presidennya, Alwi Bavutty, berkata perjanjian itu dijangka ditandatangani pada akhir bulan ini dan pengambilan pembantu rumah dari kepulauan Mindanao bermula awal bulan depan.

Katanya, persetujuan berhubung hal itu diputuskan selepas pihaknya mengadakan perbincangan dengan Atase Tenaga Kerja Filipina semalam bagi mendapatkan maklum lanjut terutama berhubung syarat dan gaji minimum ditetapkan untuk pengambilan pembantu rumah dari wilayah berkenaan.

“Secara rasminya kadar gaji yang sudah dipersetujui bagi pembantu rumah beragama Islam dari Mindanao adalah sekitar RM1,000, lebih murah daripada kadar yang sudah ditetapkan kerajaan negara itu untuk pembantu rumahnya iaitu sekitar RM1,300 atau AS$400.

“Bagaimanapun, persetujuan hanya membabitkan pembantu rumah Islam dan mereka hanya akan diambil bekerja bersama oleh majikan beragama Islam,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Alwi berkata, pembantu rumah yang akan dibawa masuk nanti adalah mereka yang sudah mendapat latihan mencukupi dari pusat latihan pembantu rumah di Filipina sebagaimana pembantu rumah bukan Islam dari negara itu sebelum ini.

Katanya, soal bayaran yang dikenakan lebih mahal atau sebaliknya tidak timbul kerana kadar bayaran bagi pembantu rumah dari Filipina yang sudah dipersetujui sebelum ini memang lebih tinggi berbanding pembantu rumah Indonesia.

Ia katanya kerana ramai di antara mereka yang mempunyai kelulusan hingga peringkat diploma dan boleh bertutur dalam bahasa Inggeris dengan baik.

Beliau berkata, langkah mengambil pembantu rumah dari Kepulauan Mindanao dibuat berikutan permintaan tinggi terutama daripada majikan Islam yang kini berhadapan masalah mendapatkan pembantu rumah Islam dari Indonesia. - Berita Harian

Friday, March 19, 2010

170 Rakyat India Dakwa Ditipu Agensi Pekerjaan

Gambar hiasan

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Seramai 170 warganegara India hampa setelah menyedari ditipu sebuah agensi pekerjaan setibanya mereka di negara ini.

Mereka mendakwa agensi yang menguruskan kedatangan mereka ke sini bersikap tidak bertanggungjawab dan lepas tangan selepas memperoleh wang tunai dan dokumen perjalanan daripada mereka.

Setiausaha Persatuan Persemadian Sikh Hindu Jalan Lok Yew, Sampuran Singh, yang bercakap bagi pihak semua warganegara India itu berkata, tiga rakyat India dan seorang rakyat Pakistan dipercayai menjadi dalang penipuan itu.

"Kesemua empat suspek setelah menguruskan perjalanan mereka ke Malaysia, telah mengambil kesemua wang tunai dan dokumen perjalanan mereka (170 warga India) dan menyatakan akan menguruskan proses seterusnya untuk mendapatkan pekerjaan.

"Namun setelah barangan tersebut diperoleh, muka mereka pun tidak nampak lagi," kata beliau yang turut menjadi orang tengah bagi membantu rakyat India terbabit.

Katanya, kesemua mereka telah membayar antara 150,000 hingga 300,000 rupee (RM10,900 hingga RM21,800) kepada agensi tersebut.

"Sudahlah mereka membayar wang tunai yang banyak, agensi itu juga sanggup mengambil kesemua dokumen penting dan pasport mereka. Kesemua mereka kini sukar bergerak kerana tiada pas perjalanan sah," katanya.

Sampuran berkata kesemua mereka datang secara berperingkat-peringkat dengan pecahan kecil untuk setiap kumpulan.

"Ada yang telah datang sejak pertengahan tahun lepas lagi, namun jumlah mereka semakin bertambah disebabkan kegagalan pihak kedutaan (India) membantu menyelesaikan masalah pas perjalanan sementara," katanya.

Beliau yang bersimpati dengan nasib yang menimpa kesemua mangsa akan membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi pada Sabtu.

Katanya kesemua rakyat India berkenaan akan ditempatkan di sebuah kuil Sikh berhampiran Chow Kit dan pihak kuil bersetuju untuk menanggung segala perbelanjaan sepanjang mereka berada di negara ini. -- BERNAMA

21 pelayan restoran ditahan dalam Ops Noda

KUALA LUMPUR: Polis menahan 21 pelayan warga asing dalam satu operasi membanteras pelacuran, Ops Noda, di sebuah restoran di Jalan Inai, dekat Bukit Bintang, semalam.

Pegawai Turus Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPKKL), DSP Razali Abu Samah, berkata turut ditahan ialah seorang lelaki dan wanita tempatan yang dipercayai menjadi ibu ayam dan penjaga premis berkenaan.

Gambar Hiasan

Mereka yang berusia 20 hingga 26 tahun itu ditahan dalam serbuan pada kira-kira pukul 10 malam. "Wanita warga asing yang ditahan terdiri daripada 15 warga Vietnam, empat dari China dan dua dari Kemboja," katanya kepada pemberita selepas serbuan itu malam tadi.

Beliau berkata, operasi itu dilakukan hasil soal siasat tangkapan di sebuah pusat hiburan di Jalan Tun Razak baru-baru ini.

"Modus operandi yang digunakan di mana pelanggan datang dan ibu ayam tunggu di luar seterusnya mengagihkan wanita itu untuk duduk bersama pelanggan.

"Semua mereka ada pasport warga asing dan ada seorang yang mengemukakan surat nikah, bermakna dia sudah bernikah dengan warga tempatan. Namun kami tangkap juga dan akan bawa dia ke Jabatan Pendaftaran Negara untuk pastikan kesahihan surat itu," katanya.

Razali yang mengetuai operasi itu berkata, restoran berkenaan tidak mempunyai lesen hiburan tetapi menjalankan aktiviti karaoke.

"Ada tiga bilik karaoke...kita rampas set karaoke di bilik itu dan kita saman kerana langgar syarat lesen. Mereka tidak dibenarkan menjalankan kegiatan karaoke," katanya. - Berita Harian

Bekukan Pengambilan Pekerja Asing Dari Lombok

KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) -- Pergerakan Puteri Umno menggesa Kementerian Dalam Negeri membekukan pengambilan pekerja asing dari Lombok, Indonesia berikutan trend kahwin lari melibatkan gadis-gadis Malaysia dengan lelaki dari wilayah terbabit yang semakin membimbangkan kini.

Ketuanya Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata pihaknya memperoleh maklumat yang mendakwa kira-kira 500 wanita Malaysia berada di Lombok sekarang ini, akibat terjerat oleh ikatan perkahwinan dengan lelaki dari wilayah berkenaan semasa mereka bekerja di negara ini.

"Pembongkaran satu demi satu kes kahwin lari melibatkan lelaki dari Lombok menuntut satu mekanisme yang perlu dilaksanakan segera oleh kementerian berkenaan bagi membendung gejala yang tidak menyenangkan itu.

"Puteri Umno percaya ada lagi kes gadis Malaysia nekad meninggalkan keluarga masing-masing gara-gara berkahwin dengan lelaki dari Lombok dan terpaksa mengharungi penderitaan sepanjang berada di negara orang," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Rosnah berkata pihaknya tidak mahu trend yang semakin berleluasa itu mangakibatkan ramai gadis terpaksa berkorban masa depan mereka dan anak-anak yang bakal lahir.

"Puteri Umno juga bimbang jika ia tidak dibendung akan mengakibatkan ibu-ibu muda terpaksa membesarkan anak-anak mereka bersendirian apabila dibawa pulang ke tanah air.

"Manakala gadis-gadis yang masih berada di Lombok dan beranak-pinak di sana terpaksa membesarkan anak-anak mereka dengan peluang pendidikan yang sangat terhad," katanya. -- BERNAMA

Polis Tumpas Sindiket Pemalsuan Pasport

KAJANG: Polis berjaya menumpaskan satu sindiket pemalsuan pasport dengan menahan seorang lelaki warga Indonesia berumur 35 tahun di kawasan Taming Jaya kira-kira pukul 2.30 petang semalam.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner (ACP) Mohd Sakaruddin Che Mood berkata suspek yang dipercayai seorang penghantar pasport ditahan anggota dari Unit Kereta Peronda Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang yang terserempak dengannya ketika melakukan rondaan di kawasan itu.

"Lelaki itu yang berjalan kaki sambil memegang beg, kelihatan mencurigakan apabila kereta peronda menghampirinya. Dia telah campak beg itu dan anggota kita telah memberhentikan kereta dan menahan suspek dan terus merampas beg itu.

"Setelah diperiksa anggota kita mendapati terdapat 19 keping pasport Indonesia ada dalam beg itu," katanya kepada pemberita di pejabatnya di IPD Kajang di sini, hari ini.

Mohd Sakaruddin berkata susulan daripada penangkapan suspek tersebut pihak kami menyerbu sebuah rumah teres dua tingkat di No 68 Jalan Taming Kiri 4, Taming Sari.

"Ketika membuat pemeriksaan di rumah itu pihak polis mendapati tiada penghuni lain di dalam rumah tersebut dan merampas beberapa pasport dan juga peralatan yang digunakan untuk mengeluarkan pasport antaranya mesin pencetak, seterika dan lain-lain," katanya.

Turut dirampas 53 keping gambar yang dipercayai gambar pelanggan, cop-cop mohor Kementerian Dalam Negeri Malaysia, Jabatan Imigresen Malaysia dan Negeri-negeri dalam Malaysia.

Menurut beliau pasport tersebut tulen tetapi kandungan dalam pasport tersebut adalah palsu.

"Suspek juga mengaku pertama kali membuat kerja tersebut dan mendapat upah RM150 dari setiap sekeping pasport yang dihantarnya," katanya.

Suspek ditahan reman selama 14 hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 12 (1)(F) Akta Pasport 1996, iaitu memalsukan pasport. - mstar online

Melaka & Negeri Sembilan: Sekali 'servis' RM200

Wanita asing gaya seksi di Flet Seri Delima sasar lelaki baru pulang kerja

SEREMBAN: Sekumpulan wanita asing berpakaian seksi dikesan menjadikan beberapa rumah di Flet Seri Delima di Taman Bukit Delima, di sini sebagai sarang pelacuran dengan menyasarkan lelaki yang baru pulang kerja sebagai pelanggan utama.

Wanita warga China, Myanmar dan Vietnam berkenaan dikatakan berlegar-legar di kawasan tempat letak kenderaan di bawah flet pada waktu petang sehingga lewat malam untuk mencari pelanggan yang kemaruk seks rambang.

WANITA warga asing disyaki pelacur ditahan dalam Ops Noda Khas di Taman Delima, dekat Seremban. 

Pelacur yang kebanyakannya berusia 20-an itu dikatakan pandai bermain kata-kata dengan sesetengahnya fasih berbahasa Melayu dan boleh ‘berunding’ mengenai harga. Selepas berjaya memujuk lelaki yang kebanyakannya penduduk kawasan sama, pelacur terbabit akan membawa pelanggan naik ke unit rumah yang disewa untuk diberikan ‘servis’ dijanjikan dengan bayaran kira-kira RM200 untuk sekali.

Bagaimanapun, kegiatan maksiat haram itu disedari penduduk kawasan berkenaan yang membuat laporan polis agar perumahan mereka terus dijadikan sarang pelacuran wanita warga asing terbabit.

Berikutan aduan itu, sepasukan pegawai dan anggota Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan melancarkan operasi dikenali sebagai ‘Ops Noda Khas,’ tengah hari kelmarin.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan, Superintendan Lim Kim Fook, berkata pihaknya membuat serbuan ke atas 19 rumah yang disyaki dijadikan premis menjalankan kegiatan pelacuran dan menahan 45 wanita China, Myanmar (tiga) dan Vietnam (dua).
 
"Apabila dapat banyak wang, mereka pulang ke negara asal dan ajak orang lain datang melacur" - Lim Kim Fook
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah
Negeri Sembilan

"Kita turut menahan 12 lelaki dipercayai pelanggan dan merampas sejumlah kondom dalam operasi selama dua jam yang berakhir jam 1 petang itu," katanya.

Beliau berkata, pihaknya menjalankan intipan selama dua bulan sebelum dapat mengenal pasti rumah dan wanita yang terbabit dalam kegiatan berkenaan.

Katanya, polis terpaksa membuat serbuan pada waktu pagi kerana kebanyakan wanita terbabit memulakan aktiviti pada waktu petang dan mungkin menyebabkan mereka mudah melarikan diri atau tiada di dalam rumah.

"Semua mereka disiasat mengikut Seksyen 372 A (1) kerana terbabit dalam kegiatan pelacuran," katanya.

Beliau berkata, siasatan pihaknya mendapati kegiatan itu tidak didalangi sindiket sebaliknya pelacur terbabit beroperasi sendiri.

Mengenai bilangan pelacur yang ramai, Lim berkata, polis percaya wanita asing terbabit yang mendapat pendapatan lumayan hasil kegiatan maksiat di kawasan itu pulang ke negara asal dan masuk semula membawa rakan untuk tujuan sama.

"Mula-mula tak ramai, tapi apabila mendapat banyak wang, mereka pulang ke negara asal dan mengajak orang lain datang, menyebabkan semakin ramai pelacur di kawasan berkenaan," katanya.

Beliau memberi jaminan pihaknya akan menjalankan operasi dari semasa ke semasa dalam usaha memerangi maksiat di negeri ini dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat menyalurkannya kepada polis untuk tindakan lanjut. - Berita Harian

Saksi Kira Wang Sepanjang Prosiding Kes Wahid Don

KUALA LUMPUR: Prosiding kes rasuah bekas Ketua Pengarah Imigresen Datuk Wahid Md Don di Mahkamah Sesyen di sini hari ini melibatkan pengiraan wang tunai hampir RM200,000 secara manual oleh seorang saksi pendakwaan.

Ahli perniagaan Datuk Zulkafli Maulud, 53, memulakan pengiraan seawal pukul 9 pagi hingga pukul 4.40 petang dan selain mengira beliau juga perlu membuat perbandingan nombor siri setiap wang itu dengan beberapa dokumen bagi mengesahkan bahawa wang tersebut adalah milik Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Zulkafli, saksi ke-21 pihak pendakwaan, bagaimanapun dibenarkan berehat seketika sepanjang proses pengiraan itu.

Wang tunai yang dikira itu merupakan sebahagian daripada wang tunai berjumlah RM256,400 yang digunakan oleh Zulkafli untuk diserahkan kepada Datuk Seri Low Chang Hian sebagai upah meluluskan 'calling visa' berjumlah 4,337 pekerja.

Mengikut pertuduhan Wahid, 57, didakwa menerima rasuah sebanyak RM60,000 daripada Low, juga seorang ahli perniagaan, pada 19 Ogos tahun lepas, sebagai bayaran upah bagi mempercepatkan kelulusan permohonan 4,337 visa pekerja Bangladesh.

Wahid didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di Jalan Lembah Ledang, off Jalan Duta, pada 10.15 malam 10 Julai 2008.

Kes yang dibicarakan di hadapan Hakim Rosbiahanim Ariffin ini akan disambung esok dan Zulkafli akan meneruskan pengiraan. - mstar online

Visa palsu: Warga Bangladesh jadi dalang

NIBONG TEBAL 18 Mac — Polis membongkar sindiket membuat visa pekerja asing palsu yang didalangi warga Bangladesh selepas menyerbu sebuah flat di Bukit Panchor di sini pada 5 Mac lalu, dan menahan dua rakyat negara tersebut.

Namun polis masih mencari dalang berkenaan yang dikenali sebagai Al Mager Sadar atau Wahid berusia lingkungan 30-an.

"Kita percaya dia merupakan dalang kepada sindiket yang bergerak aktif di negeri ini sejak beberapa bulan lepas,” kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supt Shafien Mamat.

Beliau berkata dua warga Bangladesh yang ditahan itu berumur 30 dan 38 tahun.

"Kedua-dua mereka bekerja kilang di sini dan dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket terbabit,” katanya. - Utusan

Thursday, March 18, 2010

Sindiket pelacuran warga asing tumpas

Tujuh wanita termasuk bapa ayam ditahan 

GEORGETOWN: Polis Pulau Pinang menumpaskan sindiket pelacuran membabitkan wanita warga asing dalam dua serbuan di kedai makan dan motel, di Seberang Prai, Isnin lalu.



Gambar hiasan

Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob, berkata sindiket berkenaan dipercayai mampu memperoleh pendapatan sebanyak RM67,500 sebulan. "Dalam kedua-dua serbuan kira-kira jam 4.30 petang itu, polis menahan tujuh orang termasuk empat wanita warga Thailand dan seorang dipercayai bapa ayam," katanya dalam kenyataan di sini, semalam. 

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, sindiket berkenaan yang dianggotai suspek berusia antara 25 hingga 63 tahun, aktif sejak dua bulan lalu. 

"Serbuan pertama di sebuah kedai makan di Jalan Bukit Minyak yang mana seorang lelaki dipercayai 'bapa ayam' berusia 46 tahun ditahan selepas selesai melakukan urus niaga dengan pelanggan," katanya. 

Katanya, susulan penahanan itu, polis kemudian dibawa ke sebuah motel di Jalan Simpang Ampat dan menahan seorang lelaki warga emas dipercayai pembantu bapa ayam, sepasang suami isteri iaitu pemilik motel dan empat wanita warga Thailand. 
Ayub berkata, pihaknya berjaya merampas beberapa buku catatan angka hasil kegiatan pelacuran harian, nombor telefon pelanggan dan anggota sindiket, beberapa helai tuala dan sebatang pedang samurai. 

"Dalam serbuan kedua pula, polis merampas beberapa kondom baru dan terpakai, cecair pelincir, tuala, buku daftar, resit dan sebuah kereta Proton Iswara," katanya. 

Beliau berkata, semua suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut.  - Berita Harian

RM1.2j suap lulus 4,337 visa pekerja Bangladesh

Saksi ke-21 kes rasuah bekas ketua pegawai imigresen buat tiga kali pembayaran 

KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan memberitahu Mahkamah Sesyen di sini semalam, urusan meluluskan permohonan 4,337 visa pekerja Bangladesh dalam kes rasuah bekas Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Wahid Md Don, membabitkan pembayaran RM1.2 juta.



Datuk Zulkafli Maulud, 53, yang menjalankan perniagaan perkapalan, pembekalan senjata api dan pengambilan pekerja asing berkata, beliau membuat tiga kali pembayaran berjumlah RM1,214,360 kepada ahli perniagaan, Datuk Seri Low Chang Hian. Saksi ke-21 itu berkata, bagi pembayaran terakhir beliau membawa wang tunai RM256,400 dan cek bernilai RM98,000 untuk diberikan kepada Low di Cafe Paya Serai, Hotel Hilton Petaling Jaya. 

“Saya sampai di hotel itu bersama beberapa pegawai BPR (Badan Pencegah Rasuah) lebih kurang pada jam 9.45 malam dengan wang tunai RM256,400 yang saya terhutang pada Low. Saya pasti jumlahnya itu kerana saya juga membawa sekeping cek berjumlah RM98,000. 

“Cek saya peroleh daripada majikan yang memohon visa, manakala wang tunai pula separuhnya adalah daripada BPR,” katanya ketika menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Kamal Ariffin Ismail dalam pemeriksaan utama. 

Zulkafli berkata, Low tiba bersama isterinya yang dikenali sebagai Datuk Yong, pada jam 10 malam dan ketika itu ada tiga pegawai BPR yang berpakaian biasa duduk di sebelah mejanya. 


“Saya ditugaskan menyerahkan wang dan cek kepada Low di bawah pengawasan pegawai BPR. Low dan isterinya duduk semeja dengan saya, saya serahkan duit dan cek bagaimanapun Low tidak mahu menerima cek itu kerana beliau mahu saya menunaikannya. 

“Selepas mendapat pengesahan wang sudah diserahkan, pegawai BPR kemudian datang ke meja kami dan membawa (menahan) Low dan isterinya secara berasingan. Kami kemudian dibawa ke Ibu pejabat BPR di Putrajaya,” katanya. 

Zulkafli memberi keterangannya dalam perbicaraan kes Wahid, 57, yang menghadapi tuduhan menerima rasuah RM60,000 daripada Low sebagai bayaran upah bagi mempercepatkan kelulusan permohonan 4,337 visa pekerja Bangladesh. 

Perbicaraan di hadapan Hakim Rosbiahanin Ariffin bersambung hari ini. 

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di Jalan Lembah Ledang off Jalan Duta di sini, pada jam 10.15 malam, 10 Julai 2008. 

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Nik Azrin Zairin Nik Abdullah dan Ahmad Kamal, manakala Wahid diwakili peguam Datuk V Sithambaram. 

Perbicaraan di hadapan Hakim Rosbiahanin Ariffin bersambung hari ini.  - Berita Harian

Wednesday, March 17, 2010

Polis NS Tahan 50 Wanita Warga Asing Dalam Operasi Banteras Pelacur

ALAT pemotong besi terpaksa digunakan untuk memotong kunci pada pintu sebuah rumah ketika operasi mencegah pelacuran dijalankan di Taman Delima, Seremban, hari ini. Dalam operasi itu, seramai 45 wanita dari China, 3 (Vietnam) dan 2 (Myanmar) yang dipercayai pelacur telah ditahan. Gambar bawah menunjukkan seorang anggota polis sedang menulis kod nombor apartmen pada tangan mereka yang disyaki.

SEREMBAN, 17 Mac (Bernama) -- Polis menahan 45 wanita dari China, tiga dari Vietnam dan dua dari Myanmar yang disyaki pelacur, selepas menyerbu beberapa premis sekitar pangsapuri enam tingkat Sri Delima di Taman Bukit Delima, di sini dalam Operas Noda Khas, Rabu.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri Sembilan Supt Lim Kim Fook berkata turut ditahan dalam operasi tiga jam yang bermula pukul 11 pagi itu ialah 12 lelaki tempatan yang disyaki pelanggan.

Beliau berkata kebanyakan wanita itu memasuki negara menggunakan permit lawatan, dan mereka disyaki melacurkan diri di sekitar kawasan pangsapuri tiga blok itu dengan mengenakan bayaran kira-kira RM200 tiap pelanggan.

"Dahulu kami pernah serbu kawasan ini, kemudian kawasan ini senyap sekejap, tetapi sekarang aktif kembali. Mereka ini menjalankan aktiviti pelacuran dalam unit pangsapuri yang disewa," katanya kepada pemberita selepas tamat operasi yang disertai oleh lima pegawai dan 32 anggota polis itu.

Katanya semua wanita yang berusia sekitar awal 30-an itu akan disiasat mengikut Seksyen 372A (1) Kanun Keseksaan bagi kesalahan yang berkaitan dengan aktiviti pelacuran.

Lim berkata kumpulan pelacur di kawasan itu bergerak tanpa kawalan bapa ayam atau pemantauan mana-mana sindiket pelacuran.

"Tidak ada sindiket yang mengawal mereka. Kalau ada sindiket, mereka akan ditempatkan di bawah satu bumbung untuk memudahkan pemantauan. Ini mereka hanya bergerak sendiri-sendiri di pelbagai unit di kawasan pangsapuri itu," katanya.

"Kami mengambil masa beberapa bulan untuk mengintip sebelum menyerbu ke unit-unit kediaman mereka kerana pangsapuri itu turut didiami oleh keluarga tempatan dan kami tidak mahu tersalah serbu," tambahnya. -- BERNAMA

Semua Premis Menggaji Pekerja Asing Akan Diperiksa

KUALA LUMPUR, 17 Mac (Bernama) -- Kerajaan memutuskan untuk mengadakan pemeriksaan bagi semua premis di sektor tertentu yang menggaji pekerja asing dengan seberapa segera, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussien.

Beliau berkata, fokus pemeriksaan adalah untuk memastikan majikan menjaga kebajikan pekerja asing terutamanya dari aspek pembayaran gaji, tempat tinggal, kesihatan dan persekitaran tempat kerja.

"Kita sebenarnya mahu memastikan para majikan sentiasa mematuhi piawaian perburuhan dan langkah-langkah perlindungan yang ditetapkan di bawah dasar serta undang-undang buruh negara," katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Agenda Pengurusan Warga Asing Merangkumi Isu Pemerdagangan Orang dan Mesyuarat Khas Pengurusan Warga Asing Peringkat Menteri di Parlimen di sini Rabu.

Menurutnya gerakan tersebut melibatkan beberapa pihak, antaranya Jabatan Tenaga Kerja (JTK), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen dan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Katanya, pemeriksaan itu juga bertujuan untuk mengesan aktiviti pemerdagangan orang dan penyeludupan manusia.

Hishammuddin berkata setakat ini rekod kementerian itu menunjukkan jumlah keseluruhan warga asing yang bekerja dalam pelbagai sektor seperti pembinaan, pembuatan, perladangan dan restoran berjumlah 1.8 juta orang.

Katanya, pada tahun 2008 sahaja, rekod aliran keluar wang negara hasil daripada aktiviti pekerjaan yang dilakukan oleh tenaga kerja asing di negara ini adalah sebanyak RM12.2 bilion.

Beliau bagaimanpun berkata, aliran keluar itu adalah seimbang dengan sumbangan yang diberikan oleh golongan tersebut terhadap pembangunan ekonomi negara.

Menurutnya, jumlah kehadiran warga asing ke Malaysia sehingga Disember tahun lalu adalah sebanyak 26.1 juta orang dan jumlah itu termasuk pelancong, pelajar dan pekerja asing yang berada di negara ini.

"Daripada jumlah itu 23.7 juta adalah pelancong manakala selebihnya terdiri daripada kalangan diplomat asing, pelajar dan pekerja yang menetap di sini," katanya.

Berhubung penubuhan Makmal Pengurusan Warga Asing, Hishammuddin berkata pelaksanaannya akan bermula 23 Mac sehingga 23 April ini di ibu pejabat Kementerian Dalam Negeri dengan melibatkan 14 kementerian serta 11 jabatan dan agensi.

Katanya, beliau yakin penubuhan makmal itu yang dianggotai setiap kementerian dan agensi kerajaan yang terlibat dengan pengurusan warga asing mampu menjadi landasan penting bagi membincangkan isu, mencari strategi penambahbaikan serta memperhalusi tanggungjawab masing-masing secara lebih sistematik dan berkesan.

"Kita juga akan mengundang 33 organisasi dan pertubuhan untuk menyertai makmal ini sebagai rakan perihal sindiket. Justeru, semua pihak yang memepunyai kepentingan dalam isu warga asing dijemput menghadiri makmal tersebut," katanya. -- BERNAMA

29 pendatang sorok 4 hari dalam hutan untuk pulang

PELABUHAN KLANG 17 Mac – Seramai 29 pendatang asing bertindak nekad menyorok dalam hutan di sini selama empat hari dan berlapar semata-mata untuk pulang ke negara asal tanpa mengikut laluan yang betul.

Cubaan pendatang asing dari Indonesia itu bagaimanapun gagal apabila bot yang dinaiki mereka ditahan oleh sepasukan anggota Pasukan Gerakan Marin (PGM) Wilayah Satu Pelabuhan Klang kira-kira pukul 6.30 pagi tadi.

Pemangku Pegawai Pemerintah PGM Selangor, ASP Nordin Osman berkata, bot yang dinaiki pendatang itu ditahan oleh pasukan bot ronda penguat kuasa yang sedang menjalankan operasi di perairan Pulau Ketam di sini.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan, bot dari Indonesia itu didapati membawa pendatang asing yang terdiri daripada 17 lelaki dan sembilan wanita berumur antara 20 dan 50 tahun.

"Kebanyakan yang ditahan dalam operasi ini mengaku tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk pulang ke Indonesia selain ada juga yang ada visa tetapi sudah tamat tempoh,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, kesemua pendatang asing itu ditahan di Balai Polis Pelabuhan sebelum tindakan susulan. - Utusan

Terjun tingkap elak dicekup


GOMBAK: Dua pendatang asing warga Myanmar sanggup terjun dari tingkap sebuah rumah teres dua tingkat bagi meloloskan diri daripada dicekup dalam satu serbuan di Kepong, malam kelmarin.

Bagaimanapun, tindakan mereka itu sia-sia apabila ditahan bersama dua lelaki lain kerana mendalangi sindiket pengedaran cakera padat digital (DVD) cetak rompak sejak enam bulan lalu.
Timbalan Ketua Polis Gombak, Superintendan Rosly Hassan berkata, bertindak atas maklumat awam, sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Komersil menyerbu sebuah rumah yang dijadikan tempat memproses dan mencetak DVD cetak rompak di Jalan Daya 3, Taman Daya kira-kira jam 11.30 malam.

“Ketika serbuan, empat suspek sibuk mencetak DVD pelbagai tajuk filem tempatan dan antarabangsa menggunakan beberapa komputer yang ditempatkan dalam bilik tidur rumah berkenaan.

“Selain suspek warga Myanmar serta seorang buruh kontrak, polis turut menahan seorang lelaki berusia lingkungan 20-an yang juga pakar teknologi maklumat di sebuah syarikat IT antarabangsa dipercayai menggunakan kepakarannya untuk melakukan kegiatan itu ,” katanya di sini, semalam. Menurutnya, hasil serbuan, polis merampas 16,000 keping DVD cetak rompak dan 156 DVD lucah.

“Selain itu, polis turut merampas dua set komputer, 11 mesin pencetak, satu mesin pengimbas, 12,000 DVD kosong yang belum dicetak, buku tunai serta buku jualan yang semuanya bernilai RM60,000.


“Sindiket ini dipercayai aktif sejak enam bulan lalu dengan mengedarkan DVD cetak rompak kepada sindiket lain di Klang, Petaling Jaya dan Sentul,” katanya.

Rosly berkata, dua suspek warga tempatan terbabit disiasat mengikut Seksyen (4) Akta Penapisan Filem manakala warga Myanmar berkenaan akan didakwa mengikut Akta Imigresen kerana tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah. - Harian Metro

Didenda guna kad pengenalan palsu


KUALA LUMPUR: Seorang wanita Indonesia didenda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam atas tuduhan menggunakan kad pengenalan Malaysia untuk menipu majikannya bagi mendapatkan pekerjaan di sebuah kedai bunga, dua tahun lalu.

Majistret Siti Shakirah Mohtarudin membuat keputusan itu terhadap Mokiah Kasan, 31, selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap tuduhan itu. Mokiah turut berdepan dengan hukuman sebulan penjara sekiranya gagal membayar denda seperti yang diperintahkan. - Harian Metro

Tuesday, March 16, 2010

Pengusaha Restoran Dakwa Ada AJK Presma Bukan Warga Tempatan



KUALA LUMPUR, 15 Mac (Bernama)-- Seorang pengusaha restoran mendakwa beberapa ahli jawatankuasa tertinggi (AJK) Persatuan Pengusaha Restoran Muslim (Presma) tidak layak memegang jawatan itu memandangkan mereka bukan warganegara.

Kamarul Jaman Seeni Mohideen, 44, berkata beliau telah membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul pada 11 Mac lepas dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Kuala Lumpur pada 5 Mac.

Katanya, undang-undang pendaftaran Presma yang mempunyai 2,400 anggota menyatakan hanya ahli yang memegang status warganegara sahaja yang layak untuk memegang jawatan tertinggi dalam pertubuhan itu.

"Di dalam senarai jawatankuasa yang dikeluarkan oleh setiausaha PRESMA (selepas pemilihan pada November) mendapati sesetengah dari mereka bukan warganegara dan memegang status penduduk tetap," katanya di sini Isnin.

Kamarul, yang telah 18 tahun menyertai pertubuhan itu, berkata perkara itu telah dimaklumkan kepada presiden persatuan pada 16 Nov tahun tetapi sehingga kini tidak ada sebarang tindakan yang diambil.

Sementara itu, Presiden Presma, Noorul Hassan Sahul Hameed ketika dihubungi berkata semua keputusan bagi pemilihan AJK telah dimaklumkan kepada pihak Pendaftaran Pertubuhan dan tidak terdapat sebarang masalah yang timbul.

"AJK dipilih oleh suara majoriti dan pihak pendaftaran tidak ada masalah selagi mereka tidak melanggar undang-undang," tambah beliau. -- BERNAMA

PARLIMEN: Pelajar Antarbangsa Harus Penuhi Syarat Sebelum Perbaharui Pas

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Pelajar antarabangsa di Malaysia harus memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan sebelum permohonan memperbaharui pas pelajar mereka diluluskan, Dewan Rakyat diberitahu Selasa.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah berkata antara syarat yang harus dipenuhi ialah pelajar itu mestilah merupakan pelajar tajaan negara atau organisasi negara berkenaan sahaja selain perlu mendapatkan surat sokongan daripada pihak kedutaan.

"Kementerian juga akan bekerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri terutamanya Jabatan Imigresen dalam meningkatkan keberkesanan urusan berkaitan pelajar antarabangsa," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Datuk Baharum Mohamed (BN-Sekijang) tentang langkah-langkah yang diambil untuk memastikan pelajar-pelajar antarabangsa ini adalah pelajar tulen dan tidak menyalahgunakan pas pelajar mereka seperti melakukan jenayah, menjalankan perniagaan dan menjadi anggota pengganas antarabangsa.

Saifuddin berkata berdasarkan data kementerian dan statistik dari Polis Diraja Malaysia (PDRM), hanya 17 kes melibatkan pelajar antarabangsa dilaporkan sehingga kini.

Daripada jumlah tersebut, enam merupakan kes ugut, empat kes merusuh, tiga kes curi, dua kes cabul dan satu kes rogol serta mendatangkan kecederaan.

Saifuddin berkata walaupun kes yang dilaporkan kecil berbanding 17,000 pelajar antarabangsa yang berada di negara, kementerian tetap memandang serius perkara itu.

Bagi mengurangkan angka tersebut, Saifuddin berkata kerajaan hanya akan mengambil pelajar yang ditaja oleh negara-negara luar atau organisasi negara tersebut dan menyesuaikannya dengan kriteria yang dikehendaki pihak kementerian.

Katanya keperluan mencapai kehadiran 80 peratus daripada keseluruhan jadual kelas dan mendapat keputusan akademik yang baik untuk menyambung pas pelajar akan diteruskan.

Kepada soalan Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) mengenai langkah mewujudkan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan serantau, Saifuddin menjelaskan kerajaan harus memperkenalkan lebih banyak kursus yang baik bagi menarik pelajar-pelajar terutamanya dari negara maju.

"Di negara ini pelajar yang paling ramai adalah dari China, Indonesia, Iran, Nigeria dan Yaman. Manakala hanya 150 pelajar dari United Kingdom (UK) yang menyambung pelajaran di sini berbanding 12,000 pelajar Malaysia di UK," katanya. -- BERNAMA

Tindakan Segelintir GLC Utamakan Warga Asing Dipersoal

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) -- Seorang penyokong kerajaan mempersoalkan tindakan segelintir syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang memberi jawatan penting kepada warga asing sedangkan terdapat warga tempatan yang layak mengisi jawatan itu.

Datuk Idris Haron (BN-Tangga Batu) berkata tindakan GLC, misalnya syarikat telekomunikasi gergasi negara melantik seorang warga Itali memegang jawatan Ketua Pegawai Teknologinya adalah tidak patriotik.

Beliau berkata demikian ketika mencelah Datuk Ismail Mohamed Said (BN-Kuala Krau) yang membahaskan usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari Selasa.

Ismail menggesa syarikat bumiputera supaya mengutamakan warga tempatan yang berkelayakan memegang jawatan penting sebagai sebahagian tanggungjawab sosial syarikat itu kepada masyarakat.

Idris berkata tindakan mengutamakan warga tempatan, khususnya bumiputera, bukan hanya terletak pada syarikat bumiputera tetapi juga syarikat bukan bumiputera bagi membuktikan keprihatinan syarikat itu. -- BERNAMA

Spa seks kantoi

Pelacur warga asing asyik layan pelanggan kena tahan

TELUK INTAN: Berselindung di sebalik nama pusat spa dan rumah urut, sebuah premis di sini, menawarkan barisan pelacur termasuk dari Russia bagi memuaskan nafsu serakah pelanggan yang mahu mendapatkan perkhidmatan itu.



ANGGOTA Jabatan Pencegahan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat Bukit Aman menahan pelacur warga China di sebuah spa di Teluk Intan, Sabtu lalu.

Pengusahanya juga licik menyembunyikan kegiatan dengan menyediakan pintu rahsia bagi membolehkan pelacur dan pekerjanya meloloskan diri sebagai persediaan jika pihak berkuasa menyerbu premis itu. Tidak cukup dengan itu, pintu masuk ke premis berkenaan juga sentiasa diawasi pekerja melalui kamera litar tertutup (CCTV) dari dalam stor bagi mengelak kegiatan mereka dihidu pihak berkuasa.

Namun, semua itu belum memadai untuk menyembunyikan kegiatan kotor itu apabila premis itu diserbu polis dan yang pasti selepas ini semua pelanggan yang sering mendapatkan perkhidmatan itu meleleh air liur apabila wanita yang mereka langgan sudah diberkas.

Serbuan dilakukan tiga pegawai bersama tujuh anggota Jabatan Pencegahan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman jam 12.15 pagi Sabtu lalu, berjaya menahan lapan wanita termasuk masing-masing seorang warga Russia dan Thailand yang disyaki menjadi pelacur.

Lima tukang urut wanita warga China yang didapati menyalah guna permit kerja turut diberkas. Polis turut menahan seorang pengurus pusat itu, tiga pekerja dan enam pelanggan. 


Rampasan kondom dan cecair dipercayai untuk kegunaan aktiviti seks serta sejumlah wang dipercayai hasil perniagaan itu turut dibuat.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang, berkata polis menyerbu pusat itu selepas mendapat maklumat kegiatan haram berkenaan yang beroperasi di sebalik nama rumah urut.

Beliau berkata, ketika serbuan, polis mendapati sekumpulan lima wanita China berusia antara 30 hingga 54 tahun sedang menunggu pelanggan di dalam sebuah bilik berdekatan kaunter urusan pusat berkenaan.

Katanya, siasatan mendapati, semua mereka memiliki dokumen perjalanan sah namun tetap ditahan kerana melanggar Akta Imigresen iaitu menyalahgunakan permit kerja. 

“Apabila polis menjalankan siasatan lanjut terbongkar rahsia kegiatan itu berikutan penemuan bilik di belakang pusat berkenaan dan mendapati pelacur sedang melayan pelanggan.

“Wanita yang ditahan termasuk empat warga Thailand masing-masing berusia antara 27 hingga 40 tahun, warga Russia berusia 35 tahun, seorang warga China berusia 29 tahun dan dua warga tempatan masing-masing berusia 26 dan 38 tahun,” katanya.


Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak untuk siasatan lanjut.

Katanya, wanita berkenaan disiasat mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan manakala yang menyalahgunakan permit kerja diserah kepada pihak imigresen.  - Berita Harian

Monday, March 15, 2010

GROs lose cat-and-mouse game

JOHOR BARU: For an hour, several foreign guest relations officers (GROs) played cat-and-mouse with the authorities, resorting to climbing down a balcony from the fourth floor and later hiding underneath cars in a desperate attempt to evade arrest.


Their attempts were in vain as as they were eventually caught.

Acting on a tip-off, Immigration officers raided an entertainment outlet in Taman Mount Austin here at about 11pm on Friday and detained four Indonesian women working as GROs, while five others escaped to a nearby condominium some 2km away.

The enforcement officers tracked them down at the condominium and detained two women as they were running up the stairs, while three others entered a unit on the fourth floor.

Upon entering the unit, the Immigration officers were puzzled as the place was empty.

Other residents then alerted the officers when they saw the women climbing down from the balcony.

Other enforcement officers waiting on the ground floor quickly tracked down the women who were hiding underneath a few cars.

Johor Immigration department enforcement chief Masri Adul said nine women from Indonesia and the Philippines, aged between 21 and 29, were detained.

“Some of these women are very cunning and resourceful. They climbed down the balcony without any rope or cloth in their attempt to escape,” he said.

Masri added the women were detained under the Immigration Act 1963 for violating their visitor’s pass.

He added to date, more than 30 women from Indonesia, Philippines, Thailand and Vietnam had been detained in multiple raids this year for working as GROs. - The Star

Database to carry tourists' info too

PUTRAJAYA: The proposed national database on foreigners will have the personal particulars of everyone, including tourists, entering the country.

"Even those coming under the Malaysia, My Second Home programme will be in it," Immigration director-general Datuk Abdul Rahman Othman said yesterday.

Foreigners would be in for more stringent screening once the database kicks in.

However, Rahman said, this would not affect the government's efforts to make it easier for expatriates to work in the country.

He said the database, likely to be managed by his department, was not meant to usurp the jurisdiction of other agencies.

"We just cannot work in isolation on this issue any more.
"For example, the International Trade and Industry Ministry will tell us that they need 30,000 foreign workers for the electronic sector.

"But they will not know if the foreigners they had previously hired are still in the country. So, the demand could just continue to increase even if the foreigners are already in the country".

Asked when the database will be implemented, he said it was up to Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein, who would have to brief the prime minister and deputy prime minister, and work out the details on the management of foreign workers.

Hishammuddin's special officer, Datuk Michael Chong, started the ball rolling on Thursday by asking all restaurants to submit a list of their foreign workers by the end of the month.

Hishammuddin had previously said the database was to allow for more effective monitoring and enforcement.

The foreigners' activities would be recorded throughout their stay in the country and enforcement agencies would be able to access the latest information on them.

There are about 1.6 million foreign workers in the country, with an equal number of illegal immigrants. - NST

Sunday, March 14, 2010

Kawalan Kemasukan Warga Asing Melalui Udara Diperketat

KOTA BAHARU, 14 Mac (Bernama) -- Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan meningkatkan kawalan kemasukan pendatang asing ke negara ini melalui lapangan terbang bagi mengatasi masalah pengedaran dadah di negara ini.

Timbalan Menterinya, Datuk Wira Abu Seman Yusop berkata, ini berikutan peningkatan bilangan pelancong asing, khasnya dari Iran yang agak ketara disyaki terbabit dalam pengedaran dadah antarabangsa dalam tiga bulan pertama tahun ini.

Menurutnya, dari 1 Januari hingga 11 Mac lepas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menangkap 57 warga Iran yang terbabit dalam penagihan dadah di Malaysia.

Beliau berkata, ini berikutan operasi yang dijalankan di pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan merampas pelbagai jenis dadah, termasuk 77.28 kilogram syabu, 6.7 kilogram cecair syabu dan empat kilogram heroin.

"Bagi menangani kegiatan penyalahgunaan dadah membabitkan warga negara asing itu, kerajaan melalui PDRM, Unit Antidadah Sempadan (UAS) Kastam Diraja Malaysia (KDRM) akan terus mengambil langkah-langkah lebih tegas untuk membanteras aktiviti penyalahgunaan dadah dan meningkatkan kawalan di semua pintu masuk KLIA, Lapangan Terbang Tambang Murah (LCCT) dan pintu-pintu masuk sempadan yang lain," katanya kepada pemberita di sini, pada Ahad.

Sebelum itu, beliau mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Negeri Kelantan di Jabatan Pembangunan Persekutuan.

Turut hadir, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) AADK, Prof Dr Mahmud Nazar Mohamed dan Timbalan Ketua Polis Kelantan, Datuk Amer Hamzah Ibrahim.

Menurut Abu Seman lagi, berdasarkan statistik PDRM dalam tempoh tiga tahun (2007-2009) terdapat 969 kes tangkapan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 melibatkan warga negara asing.

"Ia turut melibatkan 19 pelajar warga negara asing yang ditahan sepanjang 2008 berbanding 40 orang pada tahun lepas. Ini menunjukkan peningkatan 21 orang atau 68 peratus," katanya.

Beliau berkata, warga Nigeria merupakan bilangan paling tinggi yang ditahan iaitu enam orang pada 2008 dan 18 tahun lepas, serta diikuti lapan orang warga Arab Saudi dan lapan pelajar dari Sudan dalam tempoh dua tahun itu.

Mengenai kes penyalahgunaan dadah di Kelantan, Abu Seman berkata, jajahan Kota Baharu mercatatkan jajahan paling tinggi membabitkan 70 kes, diikuti Machang (42 kes); Pasir Mas (37 kes) dan Tumpat (35 kes).

"Kawasan-kawasan tanah rancangan seperti Gua Musang, Tanah Merah dan Jeli juga tidak terkecuali daripada aktiviti penyalahgunaan dadah membabitkan 91 kes pada 2007, 44 pada 2008 dan 52 kes tahun lepas. -- BERNAMA

Perkampungan warga asing digempur

PUTRAJAYA 13 Mac - Jabatan Imigresen akan menggempur beberapa buah 'perkampungan' warga asing di Lembah Klang bagi meningkatkan usaha pembersihan pendatang asing tanpa izin (PATI) di negara ini.

Lokasi kira-kira 10 buah 'perkampungan' warga asing yang dikenal pasti telah berpuluh-puluh tahun lamanya wujud itu, menimbulkan suasana tidak selesa penduduk dan masalah sosial yang serius.


Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Abdul Rahman Othman berkata, 'perkampungan' itu termasuk di Lembah Ampang, Kampung Baru, Kampung Ara, Kampung Medan, Segambut, Jalan Chow Kit dan Jalan Petaling.

Katanya, kebanyakan lokasi warga asing itu tertumpu di Lembah Klang tetapi turut dikesan wujud di Pulau Pinang dan Johor Bahru ekoran peluang pekerjaan berbanding di negeri-negeri lain.

"Kita telah mulakan sejak awal Januari lalu dengan kira-kira 200 PATI berjaya diberkas dalam satu operasi di Lembah Ampang... Namun usaha ini akan diteruskan lagi dalam masa terdekat.

"Terbaru, pihak Imigresen menerima aduan orang ramai yang mahu tindakan segera diambil untuk 'menghalau keluar' warga asing dari Kampung Pandan," katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Pada 6 Februari lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein terkejut menemui lambakan warga asing ketika berkunjung ke ibu negara sempena cuti Tahun Baru Cina baru-baru ini, yang disifatkan beliau sebagai luar biasa.

Fenomena tersebut, katanya, semakin ketara apabila kumpulan warga asing itu dilihat keluar beramai-ramai di sekitar ibu negara setiap kali musim cuti umum yang agak panjang.

Abdul Rahman memberitahu, kewujudan dan pertambahan bilangan 'perkampungan' warga asing berpunca daripada sikap masyarakat yang menyewakan rumah kepada warga asing.

"Apabila bilangan warga asing yang menetap di satu-satu kawasan itu semakin bertambah, ia menyukarkan Imigresen untuk menghalau keluar komuniti tersebut. Pihak Imigresen memerlukan banyak anggota penguat kuasa untuk mengepung sekitar kawasan yang dikenal pasti itu," katanya.

Menurut Abdul Rahman, sikap masyarakat juga menyebabkan peluang perniagaan di Lembah Klang kini dikuasai warga asing seperti di Jalan Chow Kit.

Jelasnya, malah ada antara warga asing tersebut seperti Indonesia dan Bangladesh semakin selesa sehingga enggan pulang ke negara asal. - Utusan
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...