Saturday, March 6, 2010

Eja trauma dakwa anak didera amah

KUALA LUMPUR: Pelakon, Siti Shahrizah Saifuddin (atas), 38, yang popular dengan panggilan Eja, trauma kerana mendakwa anaknya yang berusia enam bulan didera pembantu rumahnya, selain kerugian hampir RM50,000 kerana wanita warga Indonesia itu merosakkan perabot dan kelengkapan rumahnya sebelum melarikan diri.

Pembantu rumah dikenali sebagai Mona atau nama panggilan, Susie, 29, dari Medan, Indonesia itu menghilangkan diri pada 18 Februari lalu.

"Sebelum ini, anak saya, Nur Eishal, saya dapati berdarah di bibir dan luka pada tangan ketika saya meninggalkannya di rumah bersama Susie," katanya.

Berikutan itu, Eja membuat dua laporan polis, pertama berhubung pembantu rumahnya yang melarikan diri di Balai Polis Mont Kiara, manakala laporan kedua di Ibu Pejabat Polis Daerah Brickfields, Rabu lalu bagi melaporkan kerosakan harta bendanya.

Selain merosakkan harta benda dalam rumah, pembantu rumah pelakon drama 'Seputeh Qaseh Ramadan' selama tiga bulan dua minggu itu juga didakwa mencuri pakaian dan barangan peribadi milik artis berkenaan.

"Tidak kisah jika dia tidak mahu bekerja dengan saya, tetapi kenapa perlu merosakkan harta benda di kediaman baru kami.
EJA bersama Nur Eishal.
"Saya dapat rasakan Susie mempunyai masalah jiwa, dari raut wajah, dia nampak seperti seorang yang berdendam dan tidak boleh melihat sesuatu di depan mata dengan sempurna.

"Saya tidak pernah memarahinya, jauh sekali mengasari atau menderanya. Jika menegur, saya lakukan dengan baik, tidak pernah saya meninggikan suara.

"Bagaimanapun, Susie tidak boleh ditegur, dia akan balas dengan melakukan kerosakan pada barangan rumah saya. Bayangkan daripada pintu bilik, tangga, lantai hinggalah kepada kelengkapan rumah, barangan elektrik dan periuk belanga, semuanya bertanda. Dia mungkin mencalar dan menetaknya dengan pisau dan senjata tajam.

"Mulanya, saya menganggap Susie seorang yang kasar ketika melakukan kerja rumah, jadi saya dan suami, Mohd Silahuddin Jamaluddin tidak mengendahkannya, tetapi selepas melarikan diri, dia meninggalkan kerosakan yang lebih besar.

"Saya pelik kerana mendapati muka dan badannya calar balar pada hari pertama bekerja di rumah saya, alasannya jatuh motosikal, tetapi sejak itu, saya mula tidak sedap hati," katanya.

Eja berkata, dia membuat laporan kedua kerana mahu Susie bertanggungjawab atas perbuatannya, selain bimbang keselamatan orang lain juga terancam jika mengambilnya bekerja.

"Saya percaya, wanita yang menipu identiti ini kerana dalam pasport namanya Mona, tetapi mahu dipanggil Susie, seorang yang bahaya," dakwanya. - Berita Harian

Filipinos nabbed for using MyKad

SANDAKAN: Seven Filipinos were held at the airport here on Tuesday as they attempted to fly to Kuala Lumpur using MyKad belonging to Malaysians, police said yesterday.

Sandakan police chief Assistant Commissioner Rosli Mohd Isa said the seven men, aged 18 to 24, were detained about 7pm as they waited at the departure lounge for a flight to the federal capital at 8.35pm.

Their arrests led police to pick up a Filipino, in his 20's, outside the airport who was suspected to have arranged their trip, he said.

Rosli said the police did not rule out the possibility of the existence of a syndicate which had arranged the trip for a fee. - NST

Friday, March 5, 2010

Pendakwaan Pohon Kenyataan Muntik Diterima Sebagai Keterangan

SHAH ALAM, 5 Mac (Bernama) -- Pihak pendakwaan dalam kes bunuh pembantu rumah warga negara Indonesia, Muntik Bani, pada Jumaat mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi di sini untuk memasukkan kenyataan wanita itu yang dibuat mengikut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah sebagai sebahagian daripada keterangan di mahkamah.

Timbalan Pendakwa Raya Idham Abdul Ghani membuat permohonan itu mengikut Seksyen 32 Akta Keterangan 1950 dengan alasan keterangan saksi-saksi pendakwaan di mahkamah menunjukkan bahawa Muntik sudah meninggal dunia.

"Matlamat kami untuk memasukkan kenyataan Muntik sebelum dia meninggal dunia. Kami juga akan memanggil semula Inspektor Mohd Azan Radzali iaitu pegawai polis yang telah merakamkan kenyataan Muntik," katanya selepas saksi ke-50 yang juga saksi terakhir pendakwaan, pegawai penyiasat ASP Ahmad Tarmudi, selesai memberi keterangan pada perbicaraan kes A.Murugan, 35, yang didakwa membunuh Muntik. 40.

Murugan, seorang penjual air tebu, didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di No 11, Jalan Datuk Yusof Shahbudin 6, Taman Sentosa, Klang, antara 18 dan 20 Okt tahun lepas dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Muntik, yang berasal dari Surabaya, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, pada 26 Okt lepas setelah gagal bertindak balas terhadap rawatan yang diberikan.

Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Yazid Mustafa menetapkan 12 Mac ini untuk mendengar permohonan itu.

Terdahulu, ketika disoal balas oleh peguam bela tertuduh, V.Rajehgopal, Ahmad, 47, memberitahu mahkamah beliau telah mengarahkan pasukan forensik polis menjalankan siasatan di rumah bekas majikan Muntik, Puah Hooi Sueew di Taman Sentosa pada 28 Okt tahun lepas.

Beliau berkata ia bertujuan memastikan sama ada Muntik ada mengalami kecederaan sepanjang bekerja di rumah itu sebelum dia melarikan diri ke rumah Murugan pada 17 Sept tahun lepas.

Kepada soalan Rajehgopal sama ada beliau mempunyai pengetahuan bahawa Muntik ada mengalami kecederaan di rumah Puah, saksi itu berkata beliau pergi ke rumah bekas majikan Muntik itu untuk menjalankan siasatan menyeluruh dan tidak pasti sama ada Muntik mengalami kecederaan di rumah bekas majikannya itu.

"Bagaimanapun, daripada keterangan bekas majikan Muntik, mangsa mempunyai kudis-kudis kecil yang melecet yang mungkin terjadi semasa dia membuat kerja di dapur rumahnya," kata Ahmad. -- BERNAMA

Pakej urut gadis genit

KUALA LUMPUR: Lambaian manja gadis genit warga asing yang sering menghiasi premis yang menawarkan pakej urutan kaki atau refleksologi sekitar Bukit Bintang membawa kepada pembongkaran kegiatan penyalahgunaan lesen perniagaan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Malah, sebaik menyedari kegiatan mereka dihidu pihak berkuasa, beberapa pekerja yang kebiasaannya berdiri di laluan masuk ke premis urut terbabit cuba melarikan diri, namun gagal sebelum ditahan anggota penguat kuasa berpakaian preman.

Dalam operasi ‘Ops Noda’ sepasukan tiga pegawai dan 15 anggota dari Bahagian Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur (IPPKL) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) semalam, lima daripada 32 premis diperiksa secara rambang.

Pihak berkuasa menahan seorang wanita berusia lingkungan 40-an dipercayai berkhidmat sebagai ‘Mami’ atau penjaga kepada pekerja urut terbabit di sebuah premis disyaki, dalam serbuan kira-kira 10.30 malam.

Serbuan menyasarkan beberapa premis di Jalan Bulan, Bukit Bintang dan kawasan sekitarnya serta bertujuan membasmi tindakan gadis genit berkenaan yang sering dilihat mengganggu ketenteraman individu lain terutama pelancong asing.

Pegawai Turus D7 IPKKL, Deputi Superintendan Razali Abu Samah, menjelaskan serbuan dilakukan dengan DBKL berdasarkan maklumat dan aduan orang awam berhubung kegiatan serong pekerja urut refleksologi terbabit.

“Hasil pemeriksaan lanjut, dua wanita warga Indonesia berusia lingkungan 30 hingga 40-an turut ditahan kerana dipercayai terbabit dalam kegiatan haram berkenaan, sekali gus menyalahgunakan pas kerja,” katanya. - Harian Metro

Wanita dipercayai warga asing mati dikelar, dicampak tepi jalan

KLANG: Seorang wanita dipercayai warga Indonesia dibunuh kejam dengan kesan kelar di leher sebelum mayatnya dibuang di tepi jalan dalam kebun tebu di Kampung Hamid Tuah, Lingkaran Ikan Yu, Jalan Ikan Yu, Teluk Gong, Pandamaran di sini, semalam.

Mayat yang lengkap berpakaian itu ditemui dalam keadaan meniarap di tepi jalan oleh orang awam sebelum menghubungi polis bagi memaklumkan kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Mat Yusop, berkata polis menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 10 pagi sebelum satu pasukan dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) bergegas ke lokasi kejadian bagi menyiasat kejadian.

Menurutnya, pada leher mangsa ditemui satu wayar elektrik dipercayai digunakan penyerang untuk menjerut mangsa selain kesan darah kelar.

“Tiada kesan pergelutan di tempat kejadian dan kami tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh di tempat lain sebelum mayatnya dicampak di situ,” katanya di sini, semalam.

Berdasarkan keadaan mayat, polis tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh dalam tempoh 24 jam sebelum mayat ditemui.

Mohamad berkata, identiti mangsa belum diketahui dan mangsa dianggarkan berusia antara 35 hingga 40 tahun.

“Siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti identiti serta latar belakang dan motif pembunuhan ini.

“Senjata juga tidak ditemui di tempat kejadian dan kami meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini supaya menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan,” katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) untuk bedah siasat. - Harian Metro

Sentral: Lemas dihimpit warga asing

 
 TINDAKAN kurang sopan sebahagian warga asing mengganggu ketenteraman penduduk terutama wanita di sekitar Kampung Melayu Subang.

Penduduk Kampung Melayu Subang bimbang kebanjiran pendatang tingkat kejadian jenayah

SHAH ALAM: Bagaikan berada di negara asing walaupun tinggal di kampung halaman sendiri. Itulah dilema yang dihadapi penduduk Kampung Melayu Subang di sini, apabila kawasan penempatan mereka dibanjiri pendatang asing termasuk Indonesia, Nepal, Myanmar dan Bangladesh sejak beberapa tahun lalu.

Tinjauan Sentral ke penempatan itu, kelmarin mendapati pendatang asing terbabit yang kebanyakannya dipercayai tidak mempunyai permit, bebas berkeliaran sama ada berkumpulan atau berseorangan di sekitar kampung itu dengan pelbagai gaya dan ragam sehingga melemaskan penduduk tempatan.

Kebanyakan pendatang asing lelaki kelihatan seperti samseng dengan telinga bertindik dan berambut panjang tanpa terurus hingga menimbulkan rasa curiga penduduk tempatan dan lebih menghairankan kedai runcit serta gerai makan di kampung itu seolah-olah turut dimiliki mereka.

Seorang penduduk, Ahmad Solihin Muhammed, berkata sejak kebanjiran pendatang asing di kampung itu yang dipercayai berjumlah lebih 5,000 orang, ia menimbulkan banyak masalah sosial termasuk menjadi punca kepada kejadian pecah rumah.

Beliau berkata, pendatang asing wanita pula didapati menjalankan kegiatan melacur dan terbabit dalam penyalahgunaan dadah seperti syabu.

WARGA asing melepak di kaki lima kedai membimbangkan penduduk tempatan.
“Saya difahamkan pendatang asing wanita terbabit dipercayai menawarkan khidmat seks kepada pelanggan dengan bayaran RM30 untuk sekali perkhidmatan.

“Saya khuatir pelajar sekolah dan golongan belia terjebak dengan gejala negatif yang dibawa pendatang asing wanita ini,” katanya kepada Sentral.

Beliau berkata, pendatang asing terbabit juga bersikap kurang ajar dengan penduduk tempatan termasuk memaki hamun dan menunjukkan isyarat lucah apabila ditegur hingga menimbulkan kemarahan penduduk setempat.

“Bilangan mereka yang lebih ramai di kampung ini menjadikan penduduk tempatan berasa terancam dan tidak selamat,” katanya.
Beliau berkata, kejadian pecah rumah juga berlaku sekurang-kurangnya dua kali sebulan.

Katanya, kebanyakan mereka berhijrah ke kampung ini dengan menyewa rumah penduduk selepas beberapa kilang dibina di kawasan perindustrian berdekatan.

Muhammad Samman Harun, 24, berkata beliau meminta pihak berkuasa mengambil perhatian serius terutama dari aspek keselamatan dan budaya serta pengaruh luar yang dibawa pendatang asing terbabit.

“Pihak berkenaan disaran untuk lebih kerap melakukan pemeriksaan mengejut terhadap pendatang asing yang mencurigakan di Kampung Melayu Subang ini,” katanya.

Seorang wanita yang enggan dikenali berkata, perlakuan pendatang asing lelaki di kampung itu menakutkannya selepas seorang rakannya diraba ketika membeli-belah di pasar malam pada Jumaat lalu.

“Bukan itu saja, mereka melakukan perbuatan sama ketika bersesak dalam bas dan yang sering menjadi mangsa adalah remaja perempuan ketika hendak ke sekolah.

“Sebagai wanita, perbuatan itu satu ancaman besar kepada kami dan sebelum ia melarat kepada perbuatan lebih teruk, saya menggesa pihak berkuasa berbuat sesuatu bagi mengurangkan kehadiran mereka di kampung ini,” katanya. - Berita Harian

Thursday, March 4, 2010

Rumah Tertuduh Kes Bunuh Muntik Dipecah Masuk, Kata Pegawai Penyiasat

SHAH ALAM, 4 Mac (Bernama) -- Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis diberitahu rumah penjual air tebu, A.Murugan yang didakwa membunuh pembantu rumah warganegara Indonesia, Muntik Bani telah dipecah masuk semasa tertuduh ditahan reman untuk membantu siasatan kes itu.

Pegawai penyiasat ASP Ahmad Tarmudi, 47, dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang, berkata kejadian itu disedari apabila beliau pergi ke rumah tertuduh di Taman Sentosa, Klang, pada 3 Nov tahun lepas, bersama isteri tertuduh, D.Vanitha, yang juga suspek pada masa itu serta seorang lagi anggota polis wanita.

"Ketika kami sampai di rumah tertuduh, rumah itu telah diceroboh melalui bumbung rumah dan pada masa itu tiada sesiapa di rumah. Barang di dalam rumah berselerak kemungkinan ada suspek lain telah pecah rumah untuk mencuri.

"Saya tahu rumah dipecah masuk berdasarkan kepada kesan pecah melalui siling rumah yang terbuka. Ada laporan polis dibuat oleh saudara mara tertuduh berhubung kejadian itu," katanya ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani pada perbicaraan kes Murugan, 35, yang didakwa membunuh Muntik, 40.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di No. 11, Jalan Datuk Yusof Shahbudin 6, Taman Sentosa, antara 18 dan 20 Okt tahun lepas dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Muntik, yang berasal dari Surabaya, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, pada 26 Okt lepas setelah gagal bertindak balas terhadap rawatan yang diberikan.

Ditanya Idham tujuan beliau pergi ke rumah tertuduh, Ahmad berkata beliau ke sana untuk menyiasat tempat kejadian dan untuk mendapatkan dokumen anak tertuduh, M.Thirukumaran.

Terdahulu, saksi ke-50 yang juga saksi terakhir pendakwaan itu berkata beliau telah diarahkan oleh ketua Bahagian Siasatan Jenayah, IPD Klang, pemangku DSP Ruslan Ibrahim untuk mengambil alih siasatan kes itu daripada pegawai penyiasat pertama, Inspektor Mohd Azan Radzali pada 26 Okt tahun lepas.

"Semasa dilantik sebagai pegawai penyiasat pada 26 Okt, kenapa awak mengambil masa dari 26 Okt sehingga 3 Nov untuk pergi ke rumah tertuduh?" soal Idham.

"Rumah tertuduh telah dilawati oleh pegawai penyiasat yang asal, Inspektor Mohd Azan dan pakar forensik dari Bukit Aman yang juga telah mengambil beberapa barang kes dari rumah tertuduh. Pada 26 Okt, saya bersama pakar forensik, Dr Norliza Ibrahim menjalankan bedah siasat ke atas mayat mangsa sehingga selesai pada pukul 11 malam, hari yang sama. Saya juga terpaksa uruskan penghantaran pulang mayat mangsa ke Indonesia dan perlu mengesan saksi-saksi penting di hospital seperti doktor-doktor yang merawat Muntik untuk diambil keterangan mereka.

"Saya juga perlu menyiasat di kawasan sekitar rumah tertuduh untuk mencari jiran-jiran tertuduh yang boleh memberikan keterangan selain perlu menyiasat rumah majikan lama Muntik. Kesemua perkara itu saya lakukan dari 26 Okt sehingga 3 Nov. Saya juga telah dipanggil oleh Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman dan Peguam Negara untuk menerangkan kedudukan kes ini kepada mereka," katanya.

Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Yazid Mustafa bersambung pada Jumaat. -- BERNAMA

Cops find nude women inside spa’s secret rooms

KLANG: The spa inside a hotel here offered more than just a relaxing massage. Built inside the spa are several secret rooms accessible only through a hidden passage.

The federal anti-vice and gaming division discovered some nude women with men in these secret rooms during a raid on Tuesday night.

Twenty-three foreign women and three locals were arrested for involvement in prostitution. The foreign women are believed to comprise 17 Indonesians, four Chinese nationals and two Vietnamese.

Klang district police chief Asst Comm Mohamad Mat Yusop said 15 customers were also arrested and later released after their statements were recorded.

The spa outlet had been busted at least three times since last year.

Police also seized cash bills, workers’ duty records as well as 16 condoms from the outlet.

Investigations showed that the customers were charged between RM140 and RM180 for the “services”, said ACP Mohamad at a press conference here yesterday.

He said all the women, aged between 18 and 40, and 10 workers had been remanded for further investigations under the Immi­gration Act and Section 373 of the Penal Code for the suppression of brothels.

He added that some of the foreign women failed to produce valid travel documents while some others did not have work permits. - The Star

Ops Negeri: 132 PATI ditahan

KOTA KINABALU 3 Mac - Jabatan Imigresen menahan seramai 132 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) di daerah ini dalam operasi 'Ops Negeri' yang diadakan selama tiga hari bermula semalam.

Ketua Penguat Kuasanya, Dairin Unsir berkata, daripada jumlah itu, seramai 110 orang merupakan warga Filipina manakala 22 lagi adalah warga Indonesia.

 BEBERAPA anggota Imigresen Sabah melakukan pemeriksaan ke atas PATI di Kampung Numbak, dalam Ops Negeri di Kota Kinabalu, semalam.

"Operasi bertumpu di tiga kawasan iaitu Likas, Sepanggar dan kawasan bandar raya yang melibatkan pemeriksaan di kawasan setinggan, kilang dan kawasan pembinaan.

"Sepanjang tiga hari itu, seramai 354 orang telah diperiksa dan hasilnya, 132 PATI ditahan atas pelbagai kesalahan," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Imigresen negeri di sini hari ini.

Menurut beliau, operasi kali ini dibahagikan kepada tiga iaitu 'Ops Mahir' yang melibatkan kawasan pembinaan dan kilang manakala 'Ops Sapu' dan 'Ops Pintu' pula melibatkan kawasan setinggan.

Beliau menambah, operasi yang akan berakhir esok itu membabitkan seramai 110 anggota dan pegawai Imigresen.

"Kebanyakan PATI yang ditahan melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6 (3) Akta Imigresen 1959/1963 kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri dan pas perjalanan yang sah serta Seksyen 151 (C) kerana tinggal melebihi masa," katanya.

Menurut Dairin, pihaknya akan meningkatkan usaha membanteras kemasukan PATI ke negeri ini dari semasa ke semasa.

Beliau memberitahu, sepanjang tahun lalu, pihaknya telah menghantar pulang lebih 16,000 PATI ke negara masing-masing.

Katanya, seramai 70 peratus daripada mereka dari Filipina manakala selebihnya adalah warga Indonesia. - Utusan

Pantau pelajar asing - Pemuda Seputeh

MOHD. Razlan Mohd. Rafii (tiga dari kanan) menyampaikan cenderamata kepada Mohamad Khairi A. Malik pada pertemuan yang diadakan di Putrajaya, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR 2 Mac - Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seputeh mahu Kementerian Pengajian Tinggi memantau kebanjiran pelajar asing di negara ini dan isu penyalahgunaan pas pelajar.

Ketuanya, Mohd. Razlan Mohd. Rafii berkata, walaupun kes penyalahgunaan pas pelajar dilaporkan sekitar empat peratus sahaja tetapi ia perlu dianggap sebagai masalah yang serius.

"Kita berharap pihak kementerian mengambil serius perkara itu dengan mengenakan tindakan kepada mana-mana institusi pengajian tinggi (IPT) yang gagal memantau pelajar mereka," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Politik kepada Menteri Pengajian Tinggi, Mohamad Khairi A. Malik di sini baru-baru ini.

Dalam pertemuan itu, rombongan Pemuda UMNO Seputeh itu turut bertukar-tukar pandangan mengenai isu pengajian tinggi dan mendapatkan maklumat tentang usul yang dikemukakan pada tahun lepas.

Pada persidangan Pemuda UMNO tahun lepas, Pemuda UMNO Bahagian Seputeh mengusulkan supaya kerajaan mengkaji semula kewujudan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS).

Pergerakan itu turut mengusulkan supaya pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) oleh pelajar Melayu ditukar kepada biasiswa jika mereka memperoleh keputusan cemerlang.

Mohd. Razlan berkata, daripada usul-usul yang dibentangkan, usul menukar pinjaman kepada biasiswa telah diterima oleh kerajaan yang diumumkan menerusi pembentangan Bajet oleh Perdana Menteri.

Beliau berkata, Pemuda Seputeh juga akan memainkan peranan memantau IPTS di Wilayah Persekutuan bagi memastikan mereka mematuhi undang-undang dan tidak menyekat pergerakan pelajar Islam mengamalkan ajaran agama mereka.

"Kita juga sudah mendapat persetujuan daripada pihak kementerian untuk membantu anak-anak Seputeh yang cemerlang mendapat tempat di IPT," katanya.

Sementara itu, Mohamad Khairi memberitahu, sebuah agensi sudah dipertanggungjawabkan untuk memantau kualiti silibus di IPT.

Katanya, langkah itu adalah untuk menjamin graduan yang bakal dilahirkan nanti adalah yang berkualiti dan memenuhi kehendak pasaran pekerjaan. - Utusan

Wednesday, March 3, 2010

Amah Dipercayai Subahat Rompak Rumah Majikan Ditahan

KUALA LUMPUR: Curiga dengan keterangan yang diberikan, polis mengesyaki seorang pembantu rumah warga Indonesia bersubahat dengan dua lelaki yang merompak rumah majikannya di Ukay Perdana, Melawati dekat sini pagi semalam.

Dalam kejadian pukul 11 pagi itu, pembantu rumah berusia 36 tahun itu pada mulanya mendakwa didatangi dua lelaki yang tidak dikenali sebelum mengikatnya dan merompak rumah majikannya yang merupakan seorang pengarah di sebuah bank terkemuka di ibu negara.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Abdul Jalil Hassan berkata keterangan wanita yang sudah lebih setahun bekerja di rumah tersebut menimbulkan kecurigaan kerana sering berubah-ubah setiap kali disoal polis.

Lebih mencurigakan, katanya, apabila didapati rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di banglo majikannya itu tidak berfungsi ketika kejadian dan berfungsi seperti biasa kira-kira sejam selepas kejadian itu.

"CCTV itu berfungsi seperti biasa kira-kira satu jam selepas kejadian dan dipercayai ketika kejadian, CCTV tersebut dimatikan terlebih dahulu oleh wanita itu yang tinggal berseorangan di rumah.

"Amah itu pada mulanya mendakwa dua lelaki berkulit gelap mengikat dan membawa lari pelbagai barangan berharga milik majikannya termasuk komputer riba, telefon bimbit dan wang tunai," kataya kepada pemberita selepas Majlis Dialog Program Pemantapan Petugas Menangani Jenayah di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang dekat sini hari ini.

Beliau berkata sebaik dirompak wanita itu terus menghubungi majikannya dan memaklumkan kejadian rompakan itu sebelum membuat laporan polis.

Abdul Jalil berkata keterangan wanita itu tentang dua lelaki yang merompak juga mencurigakan dengan mendakwa kedua-dua suspek merupakan warga Pakistan dan Myanmar sedangkan melalui penilaian polis, suspek dipercayai rakan senegara wanita itu.

Abdul Jalil berkata wanita itu kini ditahan reman selama tujuh hari mulai hari ini bagi membantu siasatan dan polis sedang giat memburu dua lelaki berusia 40-an yang dipercayai terlibat dalam kejadian tersebut.

Katanya, polis juga sedang berusaha mendapatkan semula barangan yang dibawa lari termasuklah rantai mutiara dan beberapa utas jam tangan pelbagai jenama. "Kesemua barangan yang dilarikan itu termasuk wang tunai bernilai RM100,000," katanya.

Sementara itu, polis sedang mengesan seorang lelaki tempatan yang dipercayai menghina dan memfitnah di dalam laman web sosial Facebook berkenaan kematian Ketua Puteri Umno Bahagian Ampang Allahyarham Haslinda Zerain baru-baru ini.

Beliau berkata satu laporan polis dibuat oleh Penyelaras Umno Ampang Datuk Ismail Kijo kira-kira pukul 11 malam tadi. "Kes itu akan disiasat di bawah Sekyen 233 Akta Multimedia," katanya. - mstar online

Peluang Muntik Untuk Sembuh Tipis, Kata Pakar Ortopedik


SHAH ALAM, 3 Mac (Bernama) -- Seorang pakar ortopedik memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu bahawa pembantu rumah warganegara Indonesia Muntik Bani yang meninggal dunia kerana didera, dilihat mempunyai peluang tipis untuk sembuh ketika dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, pada 20 Oktober lepas.

Dr Chang Kok Chun, 40, yang bertugas di Jabatan Ortopedik HTAR berkata beliau berpendapat sedemikian berdasarkan kepada keadaan pembantu rumah itu yang tenat ketika diberi rawatan di wad kecemasan hospital itu.

"Dia dibawa ke hospital dalam keadaan tenat dan dipercayai dibiarkan tanpa sebarang rawatan dan tidak diberi makan serta minum kira-kira tiga hari sebelum itu, berdasarkan kepada keadaannya yang sangat 'dehydrated'," katanya ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar pada perbicaraan kes penjual air tebu, A.Murugan yang didakwa membunuh Muntik, 40.

Murugan, 35, didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di No.11, Jalan Datuk Yusof Shahbudin 6, Taman Sentosa, Klang, antara 18 dan 20 Oktober lepas mengikut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Muntik yang berasal dari Surabaya, meninggal dunia di HTAR pada 26 Oktober lalu setelah gagal bertindak balas terhadap rawatan.

Dr Chang yang merupakan saksi ke-49 pendakwaan berkata pembantu rumah itu mengalami banyak kecederaan seperti patah tulang belakang yang menyebabkan dia lumpuh dari paras dada ke bawah, mempunyai bisul pada bahagian kaki kanannya yang dijangkiti kuman, patah tulang belikat dan patah pada beberapa tulang rusuk.

"Kecederaan-kecederaan itu konsisten dengan trauma benda tumpul yang mungkin boleh disebabkan oleh keganasan fizikal atau seseorang yang jatuh dari ketinggian bangunan setinggi dua tingkat.

"Berdasarkan kepada sejarah pesakit itu pada pendapat saya kecederaan itu konsisten dengan trauma benda tumpul yang disebabkan oleh keganasan fizikal. Serangan menggunakan alatan seperti kayu, rotan dan tendangan atau tumbukan boleh menyebabkan kecederaan-kecederaan seperti itu," katanya.

Saksi itu berkata sepanjang merawat Muntik dari 20 Oktober sehingga hari kematiannya pada 26 Oktober lepas, beliau mengawasi keadaan keseluruhan pembantu rumah itu, merawat bisul di kaki kanannya dan membuat perancangan untuk melakukan pembedahan penstabilan tulang belakang sekiranya keadaan kesihatan Muntik mengizinkan.

Ditanya Mohd Dusuki bagaimana perkembangan kesihatan Muntik sepanjang beliau merawatnya, Dr Chang berkata Muntik dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada 21 Oktober, dan keadaannya secara umum semakin merosot walaupun dia diberikan rawatan intensif.

Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Yazid Mustafa bersambung pada Khamis. -- BERNAMA

Good start to maid course

By Mazlinda Mahmood

SHAH ALAM:
The first half-day course for employers and foreign maids was held on Feb 22 and attended by some 300 employers and their maids, said Human Resources Minister Datuk Dr S. Subramaniam.

The next course will be held at the end of this month nationwide.

The first course was held at Wisma Perkeso in Kuala Lumpur.

Despite reports that employers found the course of little use and had complained that it was a waste of time, Subramaniam said the response was good.

"The course will continue and amended according to the feedback from participants. We will identify the weaknesses and revise the course.

"Our objective is clear. It is to explain to all three parties -- employers, maids and maid agencies of their responsibilities -- so that they will have better understanding of the laws and know what will happen if they fail to adhere to the rules."

The course, held during weekends, looked into terms and conditions of salaries, working conditions and general tips.

It is aimed at reducing cases of runaway maids and physical abuse by employers.

A day before the course was held, Dr Subramaniam had announced that employers and maids must attend the course to improve working relations between them.

He had also said the maids would have to attend the course within six months of employment.

At present, there are some 216,000 foreign maids in the country with some 2,000 new maids entering the country every month.

Those attending the course will also receive a booklet containing hotline numbers, government agencies' addresses and phone numbers.

Officials from maid agencies, police, Immigration and the Labour Department will also attend the course to know more about their role in issuing permits and to look into enforcement issues.

The majority of maids working here are from Indonesia. - NST

Uzbek woman held for selling drugs

KUALA LUMPUR: A woman from Uzbekistan who worked at a beauty salon here was arrested by police on Saturday on suspicion of being a drug dealer.
She was arrested at the salon located on the first floor of a shopping complex in Bukit Bintang and police also seized five packets containing 2,280g of heroin worth some RM200,000 hidden in the premises.

Criminal Investigation Department chief ACP Kang Chez Chiang said that the 27-year-old woman was a divorcee and had a child back home in Uzbekistan.

He said the woman, who entered Malaysia on Nov 24 last year through Thailand, had been ordered by the Immigration Department to leave the country on Feb 16 for overstaying but ignored the order.

Police believed the drugs were brought from a neigbouring country and were supplied to clients of the salon who were mainly from the Middle East, he said, adding that police were also tracking down the owner of the salon, who is also from the Middle East.

On other matters, Kang said 296 people, including 47 women, were arrested for drug offences and an assortment of drugs were seized during city police's Ops Tapis dragnet held from Feb 22 until 28. - NST

Combating human trafficking

PADANG BESAR: A total of 186 people were charged with human trafficking in the last two years.
During the same period, 231 victims of human trafficking, including 154 women and 17 children, had been rescued, said Home Ministry deputy secretary-general Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi.

Abdul Rahim said there was an increase momentum to combat human trafficking by the authorities in the country.

"It is a global issue that must be overcome.

"Most women victims ended up being prostitutes after they were promised of lucrative job offers in Malaysia and most of them are from China, Myanmar and Indonesia."

He said the ministry was going all out to improve the standing of Malaysia in the United States' recent rating on human trafficking.

"We stand in the third tier which is not good at all.

"Government agencies have been told to work closely to curtail human trafficking." - NST

Tuesday, March 2, 2010

Immigration officers go door-to-door to check on illegal maids

KOTA KINABALU: Immigration officers have begun friendly ''door-to-door” visits in housing areas to caution the public against employing foreign maids illegally.

The teams led by state Immigration Department enforcement chief Dairin Unsir distributed pamphlets advising people that employing foreigners without proper immigration passes was an offence under the immigration laws.

The ''friendly” visits under Ops Pintu at the Kingfisher park housing area comes ahead of an anticipated nationwide crackdown against illegal immigrants.

''We are just informing the people on the law governing the employment of foreigners. It refers to the common offences committed by locals when employing foreigners,” Dairin said, adding that they did not take any action during their visits to the houses.

However, he said the teams also carried out checks at construction sites and squatter colonies to weed out illegal immigrants in the Kota Kinabalu area during the three-day operations that began on Monday.

During the operation, a total of 394 people were checked and they found 132 Indonesian and Philippines nationals who had contravened the Immigration Act, including some without any legal pass to be in Sabah.

''The offences were under the Immigration Act 1959/63 (Amendment 2002) and Passport Act 1966, he added.

He said all those detained had been remanded for further investigations. - The Star

Warga Indonesia dipenjara 2 tahun curi rantai bayi

KUALA LUMPUR 2 Mac - Seorang lelaki warga Indonesia dipenjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah mencuri seutas rantai tangan milik seorang bayi perempuan berusia lima bulan.

Majistret Siti Shakirah Mohtaruddin menjatuhkan hukuman itu terhadap Kamarul Zaman Yusoff, 31, bermula dari tarikh dia ditangkap pada 17 Februari lepas.

Kamarul Zaman didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri rantai emas milik Nur Artirah Azlan bernilai RM1,200, di Bahagian Concourse di Bangunan Suria KLCC, Jalan Ampang, pada 4.30 petang, 17 Februari lalu.

Majistret Siti Shakirah juga menjatuhkan hukuman lima bulan penjara dan sekali sebatan ke atas tertuduh bagi pertuduhan kedua iaitu tidak mempunyai permit atau pas masuk yang sah, juga bermula dari tarikh dia ditangkap.

Beliau mengarahkan tertuduh menjalani hukuman itu secara serentak.

Bagi pertuduhan kedua, Kamarul Zaman didapati tidak mempunyai permit yang sah mengikut Seksyen 6 (1) Akta Imigresen 1959/1963 di Pejabat Pengawal Keselamatan di KLCC, pukul 4.45 petang pada tarikh yang sama.

Kamarul Zaman yang tidak diwakili peguam merayu kepada mahkamah agar mengurangkan hukumannya kerana ibu dan anaknya sedang sakit yang memerlukan perhatiannya selain terdesak untuk mendapatkan wang kerana dirinya juga tidak bekerja.

Pendakwaan dilakukan Cif Inspektor D.R Ghanthi Nathan. - Utusan

Terkini : Dera lagi, Suami isteri dituduh dera amah Indonesia

IPOH: Sepasang suami isteri dituduh di Mahkamah Sesyen Teluk Intan, Tapah, dekat sini, kerana mendera pembantu rumah warga Indonesia sejak lebih setahun lalu.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Roslan Bek, berkata amah berusia 29 tahun itu terpaksa melarikan diri rumah majikannya di Chendering selepas tidak tahan disepak dan dipukul dengan objek keras. - Berita Harian

Gaji Minimum Pengawal Keselamatan Diumum Akhir Mac - Subramaniam

SHAH ALAM, 2 Mac (Bernama) -- Kerajaan akan mengumumkan kadar gaji minimum kebangsaan untuk pengawal keselamatan pada akhir bulan ini, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Dr S. Subramaniam Selasa.

Beliau berkata langkah itu akan memastikan pengawal keselamatan memperolehi pendapatan bulanan yang sesuai dan mengeluarkan mereka daripada kelompok kemiskinan.

"Kita belum membuat keputusan mengenai gaji minimum untuk pekerja secara menyeluruh, tetapi kita melihatnya mengikut sektor. Kita akan mengumumkan gaji minimum untuk sektor keselamatan yang merangkumi pengawal keselamatan menjelang akhir Mac ini.


"Kajian mengenai gaji minimum untuk mereka di sektor hospitaliti, tekstil dan elektronik masih berjalan dan pengumuman akan dibuat selaras dengan masa," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sijil kepada peserta yang menamatkan program 'Train and Place' di bawah kementeriannya di sini.

Secara purata, pengawal keselamatan di sektor swasta sekitar Lembah Klang memperolehi gaji pokok RM450 sebulan, manakala mereka yang berada di kawasan luar bandar pula menerima sekitar RM250.

Subramaniam berkata gaji pekerja sepatutnya meningkat apabila tahap kemahiran dan prestasi mereka meningkat.

"Kalau pengeluaran bertambah maka gaji juga patut diberi mengikut prestasinya. Sekiranya itu tidak berlaku maka barulah kerajaan campur tangan bagi menetapkan gaji minimum kerana terdapat pelbagai pandangan berbeza mengenai perkara ini," katanya.

Dalam satu isu berkaitan, Subramaniam berkata kementeriannya dengan kerjasama institusi di bawah Kementerian Belia dan Sukan serta pusat latihan swasta dijangka mampu melatih sehingga 150,000 pekerja dalam masa dua tahun lagi.

"Pada masa ini kita mampu melatih 100,000 orang setiap tahun," katanya menambah bahawa kementerian itu juga akan meningkatkan program Sistem Latihan Dual Nasional untuk memenuhi keperluan sektor perindustrian.

Perubahan itu katanya akan membolehkan pekerja dilatih dalam bidang-bidang baru seperti teknologi hijau, bioteknologi dan sektor perkhidmatan.

"Ini akan mengurangkan pergantungan terhadap pekerja asing dan merealisasikan usaha kerajaan untuk menukar industri berasaskan buruh kepada industri berasaskan kemahiran. Cadangan ini akan dimasukkan dalam Rancangan Malaysia Ke-10," katanya. --BERNAMA

Tulang Belakang Muntik Patah Kira-kira Dua Minggu Sebelum Kematiannya - Saksi

SHAH ALAM, 2 Mac (Bernama) -- Seorang pakar forensik memberitahu Mahkamah Tinggi di sini Selasaa bahawa tulang belakang pembantu rumah warganegara Indonesia, Muntik Bani yang meninggal dunia kerana didera, dipercayai patah kira-kira dua minggu sebelum kematiannya.

Dr Mohd Suhani Mohd Noor, 43, yang bertugas di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, berkata maklumat itu diperoleh hasil daripada kajian histopatologi (kajian terhadap tisu berpenyakit) yang dijalankan olehnya ke atas spesimen tisu dan tulang milik mangsa.

"Berdasarkan kajian itu, bahagian tulang belakang yang patah menunjukkan tanda penyembuhan yang telah bermula. Usia patah itu mungkin lebih daripada seminggu hingga dua minggu.

"Tiada tanda kerapuhan tulang yang kelihatan yang mungkin boleh mengakibatkan tulang mudah patah," katanya ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani pada perbicaraan kes penjual air tebu, A.Murugan yang didakwa membunuh Muntik, 40.

Murugan, 35, didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di No.11, Jalan Datuk Yusof Shahbudin 6, Taman Sentosa, Klang, antara 18 dan 20 Okt tahun lepas mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Muntik yang berasal dari Surabaya, meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, pada 26 Okt lalu setelah gagal bertindak balas terhadap rawatan.

Saksi ke-46 pendakwaan itu berkata hasil kajian yang dilakukannya juga mendapati sampel tisu kulit Muntik menunjukkan kesan lebam yang berusia beberapa hari dan kemungkinan dihasilkan pada masa yang berbeza.

"Bagi kajian ke atas tisu jantung mangsa pula, saya tidak menemui tanda bahawa mangsa pernah alami serangan jantung.

"Hasil pemeriksaan histologi (kajian terhadap sel-sel tisu) menunjukkan bahawa si mati (Muntik) mungkin mengalami septik (jangkitan kuman). Bagaimanapun punca kematian tidak boleh disimpulkan daripada pemeriksaan histologi sahaja tanpa menghubung kait dengan apa yang dilihat ketika pemeriksaan bedah siasat serta keputusan lain-lain siasatan makmal," katanya.

Idham: Jika Muntik menemui kematian tanpa wujudnya kecederaan-kecederaan iaitu kecederaan tulang belakang akibat trauma benda tumpul dengan jangkitan kuman akibat ulser kaki kanan, apakah kesimpulan yang boleh Dr berikan?

Dr Mohd Suhani: Kematian mengejut boleh berlaku walaupun tiada serangan jantung yang kelihatan ketika bedah siasat kerana penyumbatan salur darah jantung yang teruk boleh mencetus degupan jantung yang tidak teratur yang terus membawa kepada kematian.

Kepada soalan Idham mengenai perbezaan antara kajian histologi dan histopatologi, Dr Mohd Suhani berkata secara amnya istilah histologi merujuk kepada kajian tisu di peringkat sel manakala istilah histopatologi lebih khusus iaitu penambahan kajian ke atas tisu yang tidak normal di peringkat sel.

"Namun demikian, dalam penggunaan harian kedua-dua istilah itu tidak membawa apa-apa makna yang bercanggah jika salah satu digunakan. Analisa menggunakan kedua-dua kajian itu akan membawa kepada penemuan yang sama," katanya.

Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Yazid Mustafa bersambung esok. -- BERNAMA

Lelaki Bangladesh diculik rakan

 
Dua suspek yang sedang diburu polis berhubung kes culik seorang lelaki Bangladesh di Klang, semalam. 

KLANG 1 Mac - Hasrat seorang lelaki Bangladesh untuk bertemu rakannya di sini, Jumaat lalu, berakhir dengan mimpi ngeri apabila dia menjadi mangsa culik dua rakan senegaranya sendiri.

Segala-galanya bermula apabila mangsa yang bekerja di Senai, Johor, tiba di sini dan menerima pelawaan dua suspek terbabit untuk menaiki motosikal mereka.

Ketika kejadian kira-kira pukul 8 malam, mangsa yang dikenali sebagai Kadarmiah, 23, sedang berjalan di Jalan Dendang 1, Taman Rasnah, untuk ke rumah rakannya di Taman Intan di sini.

Bagaimanapun, mangsa dibawa ke sebuah rumah teres dua tingkat di taman tersebut sebelum dikurung selama dua hari.

Lebih kejam, kaki dan tangan mangsa turut dirantai selain tidak diberi makan.

Ketua Polis Daerah Klang, Asisten Komisioner Mohamad Md. Yusof berkata, kedua-dua suspek meminta mangsa membayar RM20,000 jika mahu dilepaskan.

"Polis menerima maklumat daripada orang awam yang mendengar jeritan meminta tolong dalam rumah tersebut.

"Sepasukan anggota yang menyiasat menemui mangsa di bilik utama di aras atas rumah," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mohamad berkata, pihaknya telah mengambil keterangan daripada mangsa dan memperolehi lakaran wajah suspek.

Katanya, polis sedang memburu suspek dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat supaya menghubungi balai polis berhampiran.

Ujar beliau, kes berkenaan akan disiasat di bawah Seksyen 342, Seksyen 385 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

"Mangsa telah dihantar ke di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) kerana cedera ringan dan lemah kerana tidak diberi makan," katanya. - Utusan

Monday, March 1, 2010

Sampel tisu, tulang Muntik dirujuk kepada dua pakar forensik

SHAH ALAM: Perbicaraan kes bunuh pembantu rumah warganegara Indonesia, Muntik Bani di Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu sebanyak 30 blok tisu dan spesimen tulang yang belum diproses milik mangsa dihantar kepada seorang pakar forensik di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah, pada 1 November tahun lalu.

Pakar Perubatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang, Dr Norliza Ibrahim, 34, yang menjalankan bedah siasat ke atas mayat Muntik berkata beliau menghantar sendiri semua blok tisu dan spesimen tulang itu kepada Dr Mohd Suhani Mohd Noor bagi memperoleh pendapat kepakaran doktor itu dalam pemeriksaan histopatologi iaitu kajian terhadap tisu yang berpenyakit.

"Saya kemudian dimaklumkan oleh Dr Mohd Suhani bahawa beliau telah menghantar sampel tisu dan tulang kepada seorang lagi pakar forensik Dr Jessie Hiu yang bertugas di Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu, Sabah, bagi memperoleh pendapat kepakaran doktor itu dalam pemeriksaan histologi iaitu kajian terhadap sel-sel tisu.

"Blok-blok tisu itu kemudian dihantar semula kepada saya termasuk juga beberapa blok baru yang diproses daripada spesimen tulang yang saya hantar sebelum itu," katanya ketika disoal Timbalan Pendakwa Raya Idham Abdul Ghani pada perbicaraan kes penjual air tebu, A Murugan yang didakwa membunuh Muntik, 40.

Tertuduh, 35, didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di No.11, Jalan Datuk Yusof Shahbudin 6, Taman Sentosa, Klang, antara 18 dan 20 Oktober tahun lalu dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Muntik, dari Surabaya, meninggal dunia di HTAR pada 26 Oktober lalu setelah gagal bertindak balas terhadap rawatan.

Ketika ditanya Idham adakah menjadi amalan bagi doktor yang mengendalikan bedah siasat untuk memperoleh pendapat kedua dalam pemeriksaan histologi dan histopatologi, saksi ke-36 pendakwaan yang dipanggil semula memberi keterangan itu berkata ia bergantung kepada kerumitan sesuatu kes terbabit.

"Apabila difikirkan lebih maklumat diperlukan berkaitan dengan sesuatu kematian, maka rujukan akan dibuat kepada doktor-doktor yang mempunyai kepakaran lanjutan dalam bahagian itu.

"Saya telah minta Dr Mohd Suhani untuk beri pendapat tentang pemeriksaan tisu yang telah dijalankan olehnya, maka saya tidak bergantung kepada blok tisu yang saya hantar untuk membuat kesimpulan dan pandangan dalam bedah siasat saya," katanya.

Turut memberi keterangan pada perbicaraan hari ini ialah saksi ke-45 pendakwaan, Atase Polis di Kedutaan Indonesia, Bratamandala, 48.

Beliau mengesahkan pasport milik Muntik adalah dokumen tulen selain memberitahu mahkamah bahawa beliau ada melawat mangsa di hospital pada 21 Oktober lalu dan semasa proses bedah siasat ke atas mayat mangsa pada 26 Oktober tahun lalu.

Perbicaraan di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Mohd Yazid Mustafa bersambung esok. - Berita Harian

Sunday, February 28, 2010

Batal lesen jika peniaga pajak, sewa tapak kepada warga asing

KUANTAN 28 Feb. - Peniaga dan penjaja tempatan yang didapati memajak atau menyewa tapak perniagaan kepada warga asing akan berhadapan tindakan dibatalkan lesen perniagaan mereka.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Lajim Ukin berkata, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah diminta mengenalpasti peniaga terbabit sebelum mereka diberi amaran untuk menjalankan perniagaan itu sendiri.

"Kita bagi tempoh tiga hingga enam bulan, kalau mereka masih berdegil, kita akan batalkan lesen mereka dan serahkan kepada peniaga tempatan yang lain,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan di pasar tani di sini, hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan laporan yang diperolehi pihaknya, kira-kira 70 peratus tapak perniagaan terutama di Jalan Masjid India dan Chow Kit di ibu negara dipajak atau disewakan kepada warga asing termasuk yang tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.

Katanya, situasi tersebut jika tidak dibendung akan menjadi lebih serius dan boleh menutup peluang peniaga tempatan yang lain.

"Lebih dua juta pekerja asing bekerja di Malaysia pada masa ini, kalau bidang (perniagaan) ini pun mereka ambil, maka masyarakat tempatan akan kerugian,” katanya.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pekerja Asing Tanpa Izin (PATI) baru-baru ini meminta PBT mengambil tindakan tegas terhadap rakyat asing yang didapati menjalankan perniagaan.

Muhyiddin turut memberi amaran akan mengenakan tindakan terhadap peniaga tempatan yang memajak atau menyewa lesen perniagaan mereka kepada rakyat asing kerana tindakan itu akan menjejaskan sumber pendapatan peniaga tempatan lain. - Utusan

Tangani isu pembantu rumah secara rasional

Rohaniza Idris

 

Permintaan gaji RM800 sebulan amah Indonesia tidak seimbang dengan kemahiran

SUDAH hampir 10 bulan kerajaan Indonesia melaksanakan pembekuan penghantaran tenaga kerjanya ke Malaysia yang dilaksanakan sejak Jun tahun lalu berikutan banyak aduan mengenai pembantu rumah didera oleh majikan di negara ini.

Sehingga artikel ini ditulis tidak ada sebarang tanda penarikan balik pembekuan itu, sedangkan permintaan terhadap tenaga kerja warga Indonesia terutama sebagai pembantu rumah meningkat.

Malah, majikan yang menggunakan khidmat pembantu rumah Indonesia ketika ini juga bakal menghadapi masalah besar apabila pasport pekerja yang tamat dan pulang ke republik itu, juga tidak akan diperbaharui berikutan sekatan itu.

Difahamkan, mesyuarat Jawatankuasa Bersama Malaysia�Indonesia masih belum mencapai keputusan mengenai struktur kos dan gaji pembantu rumah, dan pada masa sama pembekuan itu masih diteruskan.

Beberapa siri perbincangan dan mesyuarat diadakan kedua-dua pihak, termasuk Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Bagi Pengambilan dan Penempatan Pembantu Rumah Indonesia yang diadakan di Indonesia dan Malaysia.

Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Bagi Pengambilan dan Penempatan Pembantu Rumah Indonesia yang diadakan di Malaysia November tahun lalu, Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S Subramaniam dilaporkan, berkata struktur kos membawa masuk pembantu rumah dari Indonesia ke negara ini akan diputuskan selewat-lewatnya akhir tahun.

Namun, sehingga kini tiada sebarang keputusan mengenai perkara itu dicapai kedua-dua pihak walaupun beberapa perkara lain sudah diputuskan untuk dilaksanakan seperti persetujuan kedua-dua negara membenarkan pembantu rumah Indonesia diberi cuti sehari dalam seminggu dan mereka juga dibenarkan menyimpan pasport sendiri ketika berada di negara ini. Mesyuarat jawatankuasa itu pada 15 Ogos tahun lalu juga bersetuju cuti itu akan berkuat kuasa selepas Akta Kerja 1955 dipinda.

Terbaru, khabarnya Malaysia mahu memuktamadkan mesyuarat berkenaan, walaupun Indonesia dilihat tidak serius menyelesaikan masalah struktur kos pembantu rumah.

Sesetengah pihak mencadangkan kerajaan mencari sumber tenaga kerja negara lain jika Indonesia berkeras mahu gaji pembantu rumah sebanyak RM800 sebulan.

Presiden Persatuan Pembantu Rumah Asing Malaysia (Papa), Alwi Bavutty, berkata persatuan berpendapat kerajaan tidak perlu melayan Indonesia jika mereka tetap mahukan gaji pembantu rumah pada kadar RM800 sebulan.

"Papa pernah mencadangkan kerajaan beralih kepada sumber tenaga kerja di negara seperti Timor Leste, Papua New Guinea, Sri Lanka, Bangladesh dan Nepal kerana mereka menawarkan gaji lebih munasabah," katanya yang mendakwa ejen pembantu rumah di Indonesia juga ternanti-nanti kerajaan mereka menarik balik pembekuan penghantaran pembantu rumah kerana ramai warganya mendapat latihan dalam pekerjaan itu menunggu untuk masuk dalam pasaran kerja berkenaan.

Difahamkan, sebahagian agensi di Malaysia sudah membayar ratusan ribu ringgit kepada agensi di Indonesia untuk penghantaran pembantu rumah dan kira-kira 4,000 warga Indonesia sudah berdaftar dengan agensi di republik itu bersedia berkhidmat serta-merta di negara ini.

Alwi memberitahu persatuan itu turut mencadangkan pembantu rumah warga Indonesia hanya boleh bekerja dengan majikan beragama Islam di negara ini dengan gaji antara RM500 hingga RM650 sebulan.

Katanya, langkah itu bagi menghentikan amalan pembantu rumah beragama Islam berkhidmat dengan majikan bukan Islam seperti dilaksanakan sekarang kerana ia menimbulkan banyak masalah berikutan berbeza budaya dan agama sehingga berlaku penderaan.

"Sudah banyak cadang dikemukakan dan kita harap kerajaan akan terus mengadakan mesyuarat walaupun dalam kebanyakan perbincangan Indonesia dilihat tidak serius untuk menanganinya.

Sepatutnya Indonesia perlu rasional dalam isu pembantu rumah dan pembekuan yang dilaksanakan kerana masalah satu dua kes penderaan warga mereka oleh majikan di Malaysia tidak sepatutnya jadi ukuran untuk menaikkan kos tenaga kerja dalam sektor berkenaan.

"Kes penderaan dan insiden membabitkan pembantu rumah bukannya besar. Malah, jika diikutkan masalah dihadapi majikan Malaysia akibat pembantu rumah lari lebih banyak dilaporkan dan kesannya lebih besar," katanya yang berharap mesyuarat kedua-dua negara dalam isu berkenaan akan menguntungkan semua pihak terutama ejen pembantu rumah yang hampir gulung tikar.

Pendapat sama disuarakan Duta Besar Malaysia ke Indonesia, Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan yang mengharapkan penyelesaian kepada kajian semula memorandum persefahaman (MoU) mengenai penghantaran pembantu rumah Indonesia ke Malaysia menguntungkan kedua-dua belah pihak di Malaysia dan Indonesia.

Katanya, di satu pihak, tenaga kerja Indonesia membantu Malaysia dalam pembangunan ekonominya, manakala di pihak lain pula Malaysia memberi peluang pekerjaan kepada warga Indonesia, yang kemudian menyumbang kepada ekonomi Indonesia.

"Sebagai negara sahabat yang berasal daripada saudara serumpun dan mempunyai banyak persamaan dalam budaya dan bahasa, Malaysia dan Indonesia seharusnya sentiasa menangani apa juga permasalahan dihadapi dengan matlamat akhir penyelesaiannya ialah kemakmuran dan kesejahteraan kepada negara dan rakyatnya," katanya.

Sehubungan itu, Syed Munshe Afdzaruddin berkata, cadangan Indonesia supaya gaji minimum RM800 (Rp2.2 juta) sebulan ditetapkan bagi pembantu rumah Indonesia dikaji kewajarannya dengan mengambil kira keupayaan majikan di Malaysia untuk membayar upah sebanyak itu dan sama ada upah itu setimpal pula dengan produk yang mereka peroleh.

Apa yang pasti, pembekuan berkenaan dilihat menambahkan lagi kes kemasukan pembantu rumah Indonesia secara haram yang didalangi agensi tidak berdaftar.

Agensi haram itu membawa masuk mereka yang mahu menjadi pembantu rumah sah kerana menggunakan visa pelancong. Selepas tiba di negara ini, mereka terus diserapkan dalam pasaran kerja dan permit diambil selepas itu.

Kemasukan pembantu rumah oleh agensi haram itu dikhuatiri penyebab masalah susulan timbul pembantu rumah melarikan diri, tidak pandai melakukan kerja rumah kerana tidak diberi latihan yang cukup, kes kecurian dan penderaan anak majikan.

Kesimpulannya, selagi isu pembekuan dan gaji tidak diselesaikan, kedua-dua negara sebenarnya rugi dan masalah yang dicetuskan pembantu rumah tidak dapat diselesaikan sampai bila-bila. Malah, lebih teruk lagi mereka yang mahu menjadi majikan dan yang sudah pun menggajikan pembantu rumah berasa tersepit. - Berita Harian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...