Saturday, October 16, 2010

Wahid didapati tidak bersalah

WAHID melambai tangan selepas dibebaskan daripada tuduhan rasuah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – “Saya bersyukur, proses mencari keadilan di mahkamah kini selesai.” Demikian luahan bekas Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Wahid Mohd. Don selepas Mahkamah Sesyen di sini semalam melepas dan membebaskannya daripada tuduhan menerima suapan RM60,000 bagi urusan pengeluaran visa kemasukan pekerja asing, dua tahun lalu.

Wahid, 57, yang akan menyambut hari ulang tahun kelahirannya pada November ini juga mengucapkan terima kasih kepada ahli keluarga yang memberikan sokongan sepanjang perbicaraan kes itu.

Terdahulu, Hakim Rosbiahanin Ariffin memutuskan Wahid tidak bersalah selepas mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap kes tersebut.

Wahid didakwa di Mahkamah Se- syen di sini pada 19 Ogos 2008 atas tuduhan menerima suapan RM60,000 bagi mempercepatkan kelulusan permohonan visa 4,337 pekerja Bangladesh untuk masuk ke negara ini.

Dia didakwa menerima rasuah tersebut daripada ahli perniagaan, Datuk Low Chang Hian di kediamannya di No. 3167, Jalan Lembah Ledang persimpangan Jalan Duta di sini kira-kira pukul 10.15 malam 10 Julai 2008.

Berdasarkan pertuduhan, wang suapan itu merupakan sebahagian daripada pembayaran upah bagi mempercepatkan proses permohonan Visa Dengan Rujukan (VDR) bagi warga Bangladesh terbabit. - Kosmo

1 comment:

  1. ini mesti ada orang politik yang support dari belakang yang pelik timbalannya didapati bersalah sedangkan dua dua makan rasuah dunia dunia akhirat nanti balasan yang sebenar

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...