Saturday, September 25, 2010

Suami Isteri Didakwa Memperdagang & Mencederakan Wanita Indonesia

Sepasang suami isteri sempat bercakap dengan peguam mereka ketika dibawa keluar dari Mahkamah Sesyen 2 selepas pertuduhan dibaca terhadap mereka kerana mendera dan merogol pembantu rumah rakyat Indonesia di Kompleks Mahkamah Pulau Pinang. 24 Sept. 2010.

GEORGE TOWN 24 Sept - Sepasang suami isteri didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan bersama memperdagang seorang pembantu rumah rakyat Indonesia dengan tujuan mengeksploitasi wanita itu. A. Vealu, 41, seorang kontraktor potong rumput dan isterinya S. Poongavanam, 36, bersama beberapa yang lain dituduh memperdagangkan Win Faidaa, 26, di sebuah flat di Jalan Penawar Satu, Sri Wangsa Satu, Jelutong di sini di antara 10 pagi 25 Januari dan 10.30 pagi 13 Sept tahun ini.

Kedua-dua tertuduh mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas pertuduhan mengikut Seksyen 13 Akta Antipemerdagangan Orang 2007 yang boleh membawa hukuman penjara antara tiga hingga 20 tahun dan denda.

Hakim Roslan Hamid membenarkan Vealu diikat jamin sebanyak RM40,000 dengan dua penjamin manakala isterinya pula diikat jamin sebanyak RM30,000 juga dengan dua penjamin.

Roslan turut mengarahkan kedua-dua mereka menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Di mahkamah yang sama, Poongavanam turut didakwa atas kesalahan mendatangkan kecederaan kepada Win Faidaa dengan satu alat iaitu seterika panas dan boleh menyebabkan kecederaan parah atau kematian di tempat sama pada 4 Sept pukul 1 petang.

Poongavanam juga mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan atas tuduhan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan penjara maksimum 20 tahun dan denda atau sebat.

Bagi pertuduhan itu, Roslan membenarkan dia dijamin dengan wang jaminan sebanyak RM40,000 oleh dua penjamin.

Hakim kemudiannya memutuskan kedua-dua kes disebut semula pada 15 Oktober depan. - FoN Online

1 comment:

  1. warga indonesia yg sibuk derdemontrasi harus faham. kejadian dera dan abuse maid ni, hampir kesemuanya melibatkan majikan bukan Islam. kes nirmala bonat, siti hajar, muntik hani (meninggal) dan yg terbaru, Winfaida...kesemuanya dari majikan yg bukan Islam.
    Ianya bukan kerja dan budaya malaysia dan tidak tepat jika tindakan para demonstrator utk menyalahkan Malaysia secara keseluruhan.
    Ianya juga melibatkan pegangan Agama, Dosa dan pahala...Islam melarang itu.
    seharusnya TKI yg menjadi PRT harus masuk secara sah dan Agensi PRT Indonesia jg mesti bertanggungjawab utk membekalkan PRT Islam kpd Majikan Islam serta yg bukan Islam kpd Majikan bukan Islam.
    Jika ini tidak diambil serius, perkara sebegini akan terus berlaku dek krn 'miscommunication' majikan-PRT.
    agensi, jgnlah terlalu mengejar keuntungan.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...