Friday, July 23, 2010

Pusat urut haram: 13 GRO ditahan

KUALA LUMPUR 22 Julai - Seramai 13 wanita dipercayai pegawai perhubungan pelanggan (GRO) warga asing dan seorang ibu ayam ditahan dalam serbuan Ops Noda di sebuah pusat refleksologi di Taman Shamelin di sini hari ini.

Serbuan dilakukan kira-kira pukul 5 petang oleh sepasukan anggota polis dari Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7), Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Razali Abu Samah menyoal sebahagian daripada 14 wanita warga asing yang dipercayai menjadi pegawai perhubungan pelanggan semasa Ops Noda di Kuala Lumpur, semalam.

Turut ditahan, seorang lelaki berusia 35 tahun yang merupakan penjaga premis berkenaan.
Ketika diserbu, terdapat empat pelanggan sedang diurut oleh pekerja wanita tersebut termasuk dua daripada wanita itu dipercayai sedang melakukan urutan seks.

Pegawai Turus D7 Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Razali Abu Samah berkata, premis yang berselindung di sebalik pusat urut refleksologi itu turut meletakkan nombor pada baju wanita terbabit.
 
Katanya, setiap nombor terbabit adalah untuk tujuan pemilihan di kalangan pelanggan yang datang.
"Kesemua mereka yang ditahan berusia antara 20 hingga 31 tahun," katanya ketika ditemui selepas mengetuai serbuan itu.

Tambah Razali, hasil siasatan pihaknya mendapati, premis berkenaan tidak mempunyai lesen untuk menjalankan operasi urutan refleksologi dan dipercayai mula beroperasi sejak sebulan lalu.

Difahamkan, setiap pelanggan dikenakan bayaran RM150 bagi setiap sesi urutan termasuk urutan seks.

Katanya, kesemua yang ditahan disiasat mengikut Seksyen 372B Kanun Keseksaan dan Akta Imigresen 1959/63. - Utusan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...