Sunday, July 25, 2010

7 pelacur China ditahan

SEREMBAN 24 Julai – Tembelang pemilik rumah pelacuran yang menjadikan sebuah flat di Taman Bukit Delima di sini untuk menjalankan kegiatan haram itu terbongkar apabila diserbu polis malam tadi.

Dalam operasi kira-kira pukul 9 malam itu, tujuh pelacur warga China berusia antara 21 dan 26 tahun berjaya ditahan di dalam sebuah rumah.

Ketika serbuan oleh Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) negeri, semua wanita itu sedang leka melayan enam pelanggan berusia 23 hingga 58 tahun.

Pegawai Turus D7 negeri, Asisten Supritendan Habibi Majinji berkata, pihaknya turut menemui kamera litar tertutup (CCTV) yang dipasang di tingkat tujuh flat itu untuk memantau pergerakan pihak berkuasa.

“Hasil pemeriksaan mendapati warga asing itu menyalahgunakan pas sebagai pelajar untuk melacur. Kita juga merampas beberapa kondom dan pelincir,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, mereka yang ditahan akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini untuk disoal siasat sebelum diserahkan kepada Jabatan Imigresen.

Dalam serbuan berasingan di sebuah pusat hiburan di Taman Starlight, Rasah, tujuh lagi wanita warga China dan seorang warga Thailand ditahan kerana dipercayai bekerja sebagai pegawai perhubungan pelanggan. - Utusan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...