Friday, July 30, 2010

578 Pekerja Pakistan Dihantar Pulang Dalam Tempoh Enam Bula


KUALA LUMPUR 30 Julai - Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Pakistan di Malaysia telah menghantar pulang 578 pekerja warga negara itu yang terkandas di negara ini sepanjang enam bulan lalu, kata Pemangku Pesuruhjaya Tinggi, Dr Imtiaz A. Kazi.

Katanya dalam tempoh sama, pejabat itu juga telah membantu 1,500 pekerja Pakistan di negara ini yang menghadapi pelbagai masalah.

Imtiaz, dalam kenyataan kepada Bernama di sini pada Jumaat, berkata pejabat itu telah mengambil langkah proaktif termasuk menyediakan perkhidmatan konsular dan kebajikan bagi memastikan kesejahteraan 30,000 pekerja Pakistan di Malayshttp://www.blogger.com/post-create.g?blogID=1770225318642209458ia.

Pegawai juga turut melawat 21 syarikat pembuatan dan tapak pembinaan di negara ini bagi menilai keadaan kerja membabit warganya, katanya.

Imtiaz berkata pejabatnya telah menubuhkan sebuah pejabat kem di Sabah bagi menampung peningkatan warga negara itu di sana.

"Terdapat trend pertambahan warga Pakistan yang mencari pekerjaan di Malaysia dan saya menasihatkan mereka supaya mematuhi segala prosedur sebelum datang ke negara ini," katanya. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...