Monday, March 29, 2010

Tujuh Dasar Baru Mengenai Pekerja Asing - Najib

KUALA LUMPUR: Tujuh dasar baru telah dilaksanakan hasil satu kajian oleh Majlis Tindakan Ekonomi Negara berhubung kesan kehadiran pekerja asing terhadap ekonomi Malaysia, kata Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.

Perdana Menteri berkata antara dasar itu ialah penubuhan pasukan petugas khas oleh Kementerian Dalam Negeri bagi meneliti semula dasar serta prosedur pengambilan pekerja asing secara keseluruhan.

 Gambar hiasan.

"Pusat Kelulusan Setempat juga ditubuhkan untuk memproses permohonan majikan yang lengkap dan layak mengambil pekerja asing yang dianggotai wakil dan pegawai daripada enam agensi berkaitan termasuk KDN, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Kementerian Sumber Manusia," katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Liew Chin Tong (DAP-Bukit Bendera) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Najib berkata satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh Kementerian Dalam Negeri juga diwujudkan bagi memantau prosedur permohonan baru pekerja asing.

"Dasar Job Clearing System pula menjadi satu syarat bagi memastikan semua pekerjaan ditawarkan kepada rakyat tempatan terlebih dahulu, dan majikan yang memerlukan pekerja asing pula dinasihatkan supaya memohon lebih awal bagi mengelak sebarang kelewatan mendapatkan pekerja asing," katanya.

Najib berkata dasar itu juga termasuk pengenalan buku panduan, dasar, prosedur dan syarat-syarat penggajian pekerja asing di negara ini oleh Kementerian Sumber Manusia yang telah diedarkan kepada majikan yang ingin mengambil pekerja asing bertujuan memastikan proses pengambilan pekerja asing menjadi lebih teratur serta berkesan. Bagi mengurangkan kebergantungan industri terhadap pekerja asing, mulai 1 April tahun lepas majikan akan menanggung bayaran levi, katanya.

Beberapa memorandum persefahaman turut dimeterai antara Malaysia dan Indonesia pada 13 Mei 2006 dan Malaysia-India pada 3 Januari 2009 bertujuan memperkukuhkan lagi sistem pengurusan pekerja asing di negara ini.

"Walaupun cadangan-cadangan dalam kajian itu telahpun dilaksanakan, perlu ditegaskan bahawa kerajaan prihatin dan memantau perkembangan pekerja asing di negara ini," katanya. - Berita Harian

2 comments:

  1. Satu keputusan yang ditunggu-tunggu oleh rakyat Malaysia. Kebajiran pekerja asing berlaku kerana prosedur pengambilan tidak tegas sering berubah dan tidak menguntungkan pihak yang berkepentingan - pekerja asing dan majikan. Undang - undang dan peraturan tidak dikuatkuasakan oleh pihak Kerajaan, Kementerian dan Jabatan yang bertanggungjawab mengikut undang - undang. Site ini satu idea yang baik untuk rakyat Malaysia memberi pendapat, cadangan dan protes mengenai hak - hak mereka yang dicabuli oleh pihak ketiga yang mementingkan untung sehingga tidak memperdulikan masalah yang berlaku. Mereka adalah pengkhianat negara dan seharusnya dihukum. Malangnya mereka ini bebas dan telah menjadi kaya raya hasil membawa pekerja asing Bangladesh. Sekarang rakyat Malaysia menerima bala. Nampaknya dalam urusan pekerja asing negara - negara Timur Tengah lebih bijak. Kita masih bingung belum tahu apa nak buat. Tujuan membawa pekerja asing ialah membangun ekonomi bukan memperkayakan orang - orang tertentu.

    ReplyDelete
  2. Bagi saya tak perlu terlalu menyekat pengambilan pekerja asing kerana mereka memerlukan pekerjaan dan mereka susah kita senang kita kena bantu..mana tau satu ari nanti kiter terpaksa ke Indon untuk bekerja...lagi pun pengambilan pekerja asing adalah sebagai membantu antara negara..dan dengan cara ini dapat mengerat hubungan antara negara...dan jika ada peluang pelaburan di negara mereka sudah semestinya mereka akan pertimbangkan...tolong pikir jauh sikit bro jangan dangkal sangat pemikiran...ada rakyat malaysia yang cari makan di negara luar jangan kerana dasar negara ini akan menyebabkan kami sukar untuk berurus niaga...dan mereka akan pandang rakyat malaysia tak berhati perut,,,,

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...