Tuesday, March 16, 2010

Spa seks kantoi

Pelacur warga asing asyik layan pelanggan kena tahan

TELUK INTAN: Berselindung di sebalik nama pusat spa dan rumah urut, sebuah premis di sini, menawarkan barisan pelacur termasuk dari Russia bagi memuaskan nafsu serakah pelanggan yang mahu mendapatkan perkhidmatan itu.



ANGGOTA Jabatan Pencegahan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat Bukit Aman menahan pelacur warga China di sebuah spa di Teluk Intan, Sabtu lalu.

Pengusahanya juga licik menyembunyikan kegiatan dengan menyediakan pintu rahsia bagi membolehkan pelacur dan pekerjanya meloloskan diri sebagai persediaan jika pihak berkuasa menyerbu premis itu. Tidak cukup dengan itu, pintu masuk ke premis berkenaan juga sentiasa diawasi pekerja melalui kamera litar tertutup (CCTV) dari dalam stor bagi mengelak kegiatan mereka dihidu pihak berkuasa.

Namun, semua itu belum memadai untuk menyembunyikan kegiatan kotor itu apabila premis itu diserbu polis dan yang pasti selepas ini semua pelanggan yang sering mendapatkan perkhidmatan itu meleleh air liur apabila wanita yang mereka langgan sudah diberkas.

Serbuan dilakukan tiga pegawai bersama tujuh anggota Jabatan Pencegahan Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman jam 12.15 pagi Sabtu lalu, berjaya menahan lapan wanita termasuk masing-masing seorang warga Russia dan Thailand yang disyaki menjadi pelacur.

Lima tukang urut wanita warga China yang didapati menyalah guna permit kerja turut diberkas. Polis turut menahan seorang pengurus pusat itu, tiga pekerja dan enam pelanggan. 


Rampasan kondom dan cecair dipercayai untuk kegunaan aktiviti seks serta sejumlah wang dipercayai hasil perniagaan itu turut dibuat.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang, berkata polis menyerbu pusat itu selepas mendapat maklumat kegiatan haram berkenaan yang beroperasi di sebalik nama rumah urut.

Beliau berkata, ketika serbuan, polis mendapati sekumpulan lima wanita China berusia antara 30 hingga 54 tahun sedang menunggu pelanggan di dalam sebuah bilik berdekatan kaunter urusan pusat berkenaan.

Katanya, siasatan mendapati, semua mereka memiliki dokumen perjalanan sah namun tetap ditahan kerana melanggar Akta Imigresen iaitu menyalahgunakan permit kerja. 

“Apabila polis menjalankan siasatan lanjut terbongkar rahsia kegiatan itu berikutan penemuan bilik di belakang pusat berkenaan dan mendapati pelacur sedang melayan pelanggan.

“Wanita yang ditahan termasuk empat warga Thailand masing-masing berusia antara 27 hingga 40 tahun, warga Russia berusia 35 tahun, seorang warga China berusia 29 tahun dan dua warga tempatan masing-masing berusia 26 dan 38 tahun,” katanya.


Mereka dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Hilir Perak untuk siasatan lanjut.

Katanya, wanita berkenaan disiasat mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan manakala yang menyalahgunakan permit kerja diserah kepada pihak imigresen.  - Berita Harian

1 comment:

  1. byk sungguh permintaan utk perkhidmatan haram ni ye...????

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...