Thursday, March 18, 2010

Sindiket pelacuran warga asing tumpas

Tujuh wanita termasuk bapa ayam ditahan 

GEORGETOWN: Polis Pulau Pinang menumpaskan sindiket pelacuran membabitkan wanita warga asing dalam dua serbuan di kedai makan dan motel, di Seberang Prai, Isnin lalu.



Gambar hiasan

Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob, berkata sindiket berkenaan dipercayai mampu memperoleh pendapatan sebanyak RM67,500 sebulan. "Dalam kedua-dua serbuan kira-kira jam 4.30 petang itu, polis menahan tujuh orang termasuk empat wanita warga Thailand dan seorang dipercayai bapa ayam," katanya dalam kenyataan di sini, semalam. 

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, sindiket berkenaan yang dianggotai suspek berusia antara 25 hingga 63 tahun, aktif sejak dua bulan lalu. 

"Serbuan pertama di sebuah kedai makan di Jalan Bukit Minyak yang mana seorang lelaki dipercayai 'bapa ayam' berusia 46 tahun ditahan selepas selesai melakukan urus niaga dengan pelanggan," katanya. 

Katanya, susulan penahanan itu, polis kemudian dibawa ke sebuah motel di Jalan Simpang Ampat dan menahan seorang lelaki warga emas dipercayai pembantu bapa ayam, sepasang suami isteri iaitu pemilik motel dan empat wanita warga Thailand. 
Ayub berkata, pihaknya berjaya merampas beberapa buku catatan angka hasil kegiatan pelacuran harian, nombor telefon pelanggan dan anggota sindiket, beberapa helai tuala dan sebatang pedang samurai. 

"Dalam serbuan kedua pula, polis merampas beberapa kondom baru dan terpakai, cecair pelincir, tuala, buku daftar, resit dan sebuah kereta Proton Iswara," katanya. 

Beliau berkata, semua suspek ditahan reman untuk siasatan lanjut.  - Berita Harian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...