Friday, March 19, 2010

Saksi Kira Wang Sepanjang Prosiding Kes Wahid Don

KUALA LUMPUR: Prosiding kes rasuah bekas Ketua Pengarah Imigresen Datuk Wahid Md Don di Mahkamah Sesyen di sini hari ini melibatkan pengiraan wang tunai hampir RM200,000 secara manual oleh seorang saksi pendakwaan.

Ahli perniagaan Datuk Zulkafli Maulud, 53, memulakan pengiraan seawal pukul 9 pagi hingga pukul 4.40 petang dan selain mengira beliau juga perlu membuat perbandingan nombor siri setiap wang itu dengan beberapa dokumen bagi mengesahkan bahawa wang tersebut adalah milik Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Zulkafli, saksi ke-21 pihak pendakwaan, bagaimanapun dibenarkan berehat seketika sepanjang proses pengiraan itu.

Wang tunai yang dikira itu merupakan sebahagian daripada wang tunai berjumlah RM256,400 yang digunakan oleh Zulkafli untuk diserahkan kepada Datuk Seri Low Chang Hian sebagai upah meluluskan 'calling visa' berjumlah 4,337 pekerja.

Mengikut pertuduhan Wahid, 57, didakwa menerima rasuah sebanyak RM60,000 daripada Low, juga seorang ahli perniagaan, pada 19 Ogos tahun lepas, sebagai bayaran upah bagi mempercepatkan kelulusan permohonan 4,337 visa pekerja Bangladesh.

Wahid didakwa melakukan kesalahan itu di rumahnya di Jalan Lembah Ledang, off Jalan Duta, pada 10.15 malam 10 Julai 2008.

Kes yang dibicarakan di hadapan Hakim Rosbiahanim Ariffin ini akan disambung esok dan Zulkafli akan meneruskan pengiraan. - mstar online

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...