Tuesday, March 30, 2010

Polis Selamatkan Lima Remaja Filipina Daripada Diperdagangkan

Gambar hiasan

TAWAU, 30 Mac (Bernama) -- Polis menyelamatkan lima remaja perempuan warga Filipina daripada menjadi mangsa pemerdagangan manusia dan memberkas dua lelaki dan seorang wanita tempatan dalam serbuan di sebuah rumah di sini pada Rabu lepas.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Ibrahim Chin berkata remaja berusia di antara 14 hingga 20 tahun itu ditempatkan di rumah itu dengan kawalan ketat dipercayai untuk tujuan pekerjaan tidak bermoral.

Serbuan itu dilakukan hasil maklumat daripada orang awam, katanya kepada pemberita di sini Selasa.

Katanya kelima-lima remaja itu kini ditempatkan di pusat perlindungan wanita di Kota Kinabalu.

Ketiga-tiga suspek yang berusia 22 hingga 35 tahun itu akan didakwa di mahkamah tidak lama lagi, katanya.

Ibrahim meminta orang awam terus memberikan kerjasama kepada polis dengan melaporkan sebarang kegiatan tidak bermoral di kawasan mereka. -- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...