Monday, March 22, 2010

Ops Nyah tahan 62 PATI

POLIS melakukan pemeriksaan terhadap sebahagian daripada 253 PATI yang ditahan menerusi Ops Nyah II di beberapa buah kampung dan ladang di Keningau, kelmarin.

KENINGAU 21 Mac - Seramai 253 rakyat asing diperiksa dalam operasi bersepadu 'Ops Nyah II' di beberapa buah kampung, ladang dan kilang di sekitar daerah ini bermula Khamis lalu.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan Zahari Mohamed berkata, daripada jumlah itu, seramai 62 pendatang asing ditahan kerana tidak memiliki dokumen perjalanan diri.

"Mereka terdiri daripada 38 warga Indonesia, 22 Filipina dan dua Pakistan," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan proses dokumentasi rakyat asing yang ditahan di sini semalam.

Zahari berkata, operasi yang bermula pukul 8.30 pagi hingga 8 malam setiap hari itu turut disertai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Imigresen dan Jabatan Ketua Menteri (JKM).

Katanya, antara kampung yang diperiksa membabitkan kawasan setinggan di Kampung Contoh, Jalan Masak, Kampung Banjar, Kampung Kauran, Kampung Lungkudau dan Kampung Liawan.

Beliau berkata, operasi yang sama turut diadakan di Nabawan, Tenom dan Tambunan membabitkan sekatan jalan raya pada sebelah malam.

Sementara itu, Zahari berkata, pemimpin masyarakat perlu membantu menangani masalah pendatang asing tanpa izin (PATI) dengan menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa.

Katanya, tindakan menyembunyikan maklumat atas alasan PATI berkenaan tidak menganggu penduduk tempatan tidak boleh diterima kerana ia menyebabkan masalah tersebut menjadi lebih parah.

Katanya, rakyat asing yang masuk ke negara ini secara haram boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dan sebat.

Beliau menambah, majikan yang melindungi PATI pula boleh didenda sebanyak RM10,000 hingga RM 50,000 bagi setiap PATI.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pemilik-pemilik ladang sawit dan getah supaya mengaji pekerja sah dan segera menyerahkan pekerja asing haram kepada polis untuk tindakan selanjutnya. - Utusan

1 comment:

  1. kalau dikira untg bangunan NAIK tinggi dgn kos makan nasi PATI???? utg ka?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...