Sunday, March 28, 2010

Mungkin kerana terlalu lama ditahan : 16 mangsa pemerdagangan manusia lari dari depoh tahanan

Gambar hiasan

SEPANG 28 Mac - Seramai 16 rakyat asing mangsa pemerdagangan manusia yang diberi pelindungan di Depoh Tahanan Imigresen Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) melarikan diri awal pagi semalam.

Kejadian antara pukul 5 pagi dan 7 pagi itu membabitkan 12 rakyat rakyat Afghanistan dan empat rakyat Myanmar yang kesemuanya lelaki, berumur antara 22 hingga 48 tahun.

Bercakap pada sidang akhbar di Depoh Tahanan Imigresen KLIA hari ini, Ketua Pengarah Imigresen Datuk Abdul Rahman Othman berkata pihaknya menyedari kehilangan mereka pada kira-kira pukul 7 pagi.

Rakyat Afghanistan itu ialah Mohd Ali Sultan, Mohd Ayub Mohd Ali, Syaigul Sayfali, Ahmad Janali, Hussaini Ali Sultan, Mohd Amin Sultan, Mohd Reza Hussain, Ghulan Haidar Yusof Ali, Ghulam Sulkhi M Anuwar, Mohd Ali Gambarli, Rohulloh Yusof dan Gambarli Jumali.

Beliau berkata, mereka adalah antara 18 rakyat Afghanistan yang diselamatkan pihak berkuasa di Tanjung Karang, Selangor, selepas cuba diseludup keluar dipercayai untuk ke Australia, Oktober tahun lepas.

Rakyat Myanmar yang melarikan diri pula hanya dikenali sebagai Ko Kyaw, Tho, Ata dan Epo. - Utusan

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...