Wednesday, March 17, 2010

29 pendatang sorok 4 hari dalam hutan untuk pulang

PELABUHAN KLANG 17 Mac – Seramai 29 pendatang asing bertindak nekad menyorok dalam hutan di sini selama empat hari dan berlapar semata-mata untuk pulang ke negara asal tanpa mengikut laluan yang betul.

Cubaan pendatang asing dari Indonesia itu bagaimanapun gagal apabila bot yang dinaiki mereka ditahan oleh sepasukan anggota Pasukan Gerakan Marin (PGM) Wilayah Satu Pelabuhan Klang kira-kira pukul 6.30 pagi tadi.

Pemangku Pegawai Pemerintah PGM Selangor, ASP Nordin Osman berkata, bot yang dinaiki pendatang itu ditahan oleh pasukan bot ronda penguat kuasa yang sedang menjalankan operasi di perairan Pulau Ketam di sini.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan, bot dari Indonesia itu didapati membawa pendatang asing yang terdiri daripada 17 lelaki dan sembilan wanita berumur antara 20 dan 50 tahun.

"Kebanyakan yang ditahan dalam operasi ini mengaku tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk pulang ke Indonesia selain ada juga yang ada visa tetapi sudah tamat tempoh,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Katanya, kesemua pendatang asing itu ditahan di Balai Polis Pelabuhan sebelum tindakan susulan. - Utusan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...