Monday, February 8, 2010

Tauke gadis urut boleh dipenjara






PUTRAJAYA - Pihak-pihak yang didapati mengeksploitasi wanita asing untuk bekerja di rumah-rumah urut di seluruh negara bakal berdepan dengan hukuman berat termasuk penjara sehingga 20 tahun atau denda sehingga RM50,000.



Tindakan tegas itu boleh diambil kerana perbuatan mengeksploitasi wanita yang bekerja di rumah urut boleh ditafsirkan sebagai pemerdagangan orang dan boleh diambil tindakan di bawah Akta Anti


Mahmood



Pemerdagangan Orang 2007 (AAO 2007).

Sehubungan itu, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Datuk Seri Mahmood Adam telah mengarahkan agensi-agensi penguat kuasa seperti Jabatan Imigresen untuk melihat kes-kes seperti bekerja di rumah urut di bawah akta berkenaan terlebih dahulu sebelum mengikut Akta Imigresen. - Kosmo

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...