Tuesday, February 2, 2010

JIPP Warga Asing - Portal iKDN


Isu lambakan warga asing telah menjadi fokus gerak kerja utama KDN bagi tahun 2010. Sehubungan itu KDN telah menubuhkan Jawatankuasa Induk Penambahbaikan Pengurusan dan Pemantauan Warga Asing atau JIPP Warga Asing. Menteri Dalam Negeri Dato' Seri Hishammuddin Tun Hussein adalah pengerusi kepada jawatankuasa itu.

"Saya melihat perkara ini (lambakan warga asing) secara serius dan terperinci kerana sekiranya ia tidak dibendung, ia akan menjadi masalah besar kepada negara. Bahkan ia akan membawa kesan negatif kepada rakyat," katanya ketika menemui media pada 27 Januari lalu.

Mesyuarat pertama JIPP Warga Asing telahpun diadakan pada 12 Januari 2010. Mesyuarat pertama itu telah memutuskan untuk memberi keutamaan kepada usaha mengkai penambahbaikan empat aspek utama; iaitu prosidur kemasukan, mekanisma pemantauan dan penyediaan sistem maklumat, strategi penguatkuasaan dan semakan perundangan.

"Empat buah jawatankuasa kerja telah ditubuhkan susulan dari mesyuarat itu yang kini sedang meneliti setiap aspek yang telah dinyatakan tadi. Isu-isu yang berbangkit berkait dengannya akan dibentangkan dalam mesyuarat JIPP Warga Asing kali ke-2 pada 11 Februari ini," katanya lagi.

Cadangan penambahbaikan dan strategi yang dicapai akan dibentangkan di Jawatankuasa Kabinet mengenai Pekerja Asing dan PATI (JKKPA/PATI) yang dipengerusikan pula oleh Timbalan Perdana Menteri. - Portal iKDN

1 comment:

  1. masalahnya, kemungkinan ada Pegawai Imigresen yg bersekongkol utk membantu melindungi PATI.
    terbaru, kes tangkapan 48 org PATI oleh Marin Selangor.
    PATI tu keluar ikut pintu mana? Apakah kemungkinan ada Pegawai Imigresen yg terlibat?...siasat!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...