Friday, July 3, 2009

Repost : Kenapa tahanan merusuh?

1. Sering kita terbaca adanya rusuhan berlaku di pusat tahanan Imigresen dan hari ini juga ada berita mengenainya berikutan kejadian rusuhan di Kem Semenyih.

2. Apakah yang sebenarnya terjadi sehingga berlaku rusuhan ini?

3. Ada maklumat yang boleh dipercayai, bahawa sesetengah tahanan ini terlalu tegang (tension) kerana terlalu lama ditahan tanpa tindakan oleh pihak berkaitan terutama Keduataan massing-masing.

4. Dalam perkara ini, Imigresen Malaysia tidak boleh dipersalahkan kerana Jabatan Imigresen bergantung kepada kerjasama Kedutaan Negara Asal tahanan untuk membolehkan tahanan ini dihantar pulang.

5. Pihak Kedutaan pula mengambil masa sendiri (their own sweet time) untuk menyelesaikan masalah rakyat mereka ini.

6. Kerajaan Malaysia terpaksa menanggung kos pengurusan tahanan ini selagi mana mereka tidak dituntut oleh Kedutaan masing-masing.

7. Ada juga kes yang bertahun-tahun tidak dapat diselesaikan kerana kerakyatan mereka ini diragui. Contohnya warga Afrika, fizikal dan rupanya semua sama tetapi rakyat negara manakah dia ini...Nigeria atau Sudan atau Ghana atau mungkin dari negara lain. Mereka ini akan tetap menghuni kem ini bertahun-tahun lamanya selagi dokumentasi bukti tidak disertakan.

8. Masalah lain yang melibatkan perbezaan kerakyatan yang membawa kepada pergaduhan dan keganasan juga dikenalpasti sebagai puncanya.

9. Berjuta ringgit perbelanjaan dikeluarkan dan ianya sesuatu yang dapat diselamatkan jika Kerajaan Malaysia membenarkan PATREE Malaysia sama-sama bekerja membantu menyelesaikan masalah yang dulunya tidak sempat dilakukan oleh Jabatan yang berkaitan.

10. Sebagai NGO Bebas-PATI, PATREE Malaysia bertanggungjawab untuk membantu Kerajaan dan Rakyat Malaysia menyelamatkan perbelanjaan yang tidak seharusnya ditanggung oleh Malaysia.

11. Tidaklah PATREE Malaysia sebagai penyelesai masalah tetapi berperanan untuk membantu mempercepatkan penyelesaian kepada masalah yang timbul. PATREE Malaysia boleh membantu meringankan tanggungjawab yang selama ini dipikul sepenuhnya oleh Jabatan berkaitan.

Asing tahanan berkelakuan jahat di kem imigresen

Monday talks on maid issues

Rusuhan di kem Tahanan : Marah lama ditahan punca rusuhan depot

Anak modal insan perlu diberi perhatian - Rosmah

Rosmah Mansor bersama anggota Bakti dan wakil-wakil pertubuhan wanita pada majlis membaca Yasin dan ceramah agama di Sri Satria, Putrajaya, semalam.

Katanya, ceramah itu juga bertujuan memberi kesedaran kepada ibu bapa bahawa anak-anak adalah modal insan yang perlu diberi perhatian dan tumpuan serta dibangunkan dengan diterapkan nilai-nilai murni yang positif.

2 warga asing diberkas, 2kg. syabu dirampas

Thursday, July 2, 2009

17 GRO warga asing ditahan - Harian Metro

Rencana : Imigresen tidak goyang kaki - Utusan Malaysia

Rusuhan kecil di Kem Tahanan Imigresen Semenyih - Mstar Online

Tahanan pendatang asing tanpa izin (Pati) berkumpul di tepi pagar Kem Tahanan Imigresen Semenyih dekat Kajang, semalam selepas rusuhan kecil yang membabitkan 30 warga Bangladesh, Indonesia dan Myanmar berjaya dikawal pihak imigresen. Kejadian yang berlaku kira-kira 8 malam itu dipercayai daripada perasaan tidak puas hati pendatang itu kerana mereka akan dipindahkan ke kem tahanan lain. Sebuah trak pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) dan empat trak polis dikejarkan ke tempat kejadian.

30 warga asing ditahan dalam Ops Pelantar di Lumut - Mstar Online

Surat : Elak bergantung kepada amah warga asing - Berita Harian

51 pendatang asing ditahan - Utusan Malaysia

Monday, June 29, 2009

Keputusan bekukan penghantaran amah ke Malaysia kekal – Duta

Amah Mencuri : Dapat kerja lain curi barang majikan sebelum cabut

Aset Masa Depan : Pelajar UiTM usah gadai masa depan

NAJIB bersama lebih 30 penuntut di kafeteria Kolej Perindu sempena Minggu Mesra Siswa 2009 di UiTM Shah Alam, semalam. Turut sama Mohamed Khaled, Saifuddin dan Dr Ibrahim.

Najib turut menasihatkan mahasiswa tidak menggadaikan masa depan dan terpedaya dengan dakyah pembangkang kerana kerajaan Barisan Nasional (BN) sejak dulu lagi menitikberatkan pendidikan dan UiTM adalah aset terbesar kerajaan dalam bidang ini.

Surat : Gambaran dasar pekerja asing negara teruk perlu ditangkis

Fikirkanlah kaedah terbaik untuk menyelesaikan masalah ini. Adalah wajar kerajaan memikirkan untuk mewujudkan semula Jawatankuasa Kabinet khusus untuk membuktikan bahawa Malaysia tidak berkompromi dengan eksploitasi yang berlaku kepada pekerja asing yang sah.

Pekerja asing tidak perlu 2020 - Hamzah Zainuddin

Menurut Hamzah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Modal Insan Sektor Perladangan dan Komoditi (Jami), golongan belia wajar menukar tanggapan mereka bekerja di ladang 'tidak akan menjadi kaya'.

TUMPAS

ANGGOTA Pasukan Gerakan Marin berkawal di atas salah sebuah daripada lima bot yang ditahan di perairan Sungai Chondong di Pelabuhan Klang, semalam.

Indonesia mahu bincang

Cuti sehari amah ambil kira kebajikan majikan, pekerja

40% pekerja awam berhutang - Cuepacs

Utara: Pendatang berkampung dalam ladang elak dikesan

BANGSAL yang dijadikan tempat tinggal oleh pendatang tanpa izin di Kampung Batu Lapan tersembunyi dalam ladang.

Sunday, June 28, 2009

PM pandang serius kes dera amah

Kerajaan tidak akan bertolak ansur dalam kes penderaan yang melibatkan pembantu rumah Indonesia malah mereka yang terlibat akan dikenakan tindakan undang-undang mengikut peruntukan sedia ada.

''Kita sememangnya serius dalam isu ini dan saya amat berharap mesej prihatin dan penyayang akan dapat diterima sepenuhnya oleh pihak kerajaan Indonesia,'' katanya.

Bersihkan 1 MALAYSIA : Satu Lagi TKI Dianiaya di Malaysia - Akhbar Indonesia

Tiada kompromi : Majikan Modesta Rengga direman

Peluang 1 MALAYSIA : Ekspo kerjaya tawar 7,000 peluang kerja untuk warga Johor

Peluang 1MALAYSIA : Melaka tawarkan 4,000 pekerjaan

Kes dera amah Indonesia rendah - S. Subramaniam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...