Saturday, June 27, 2009

Friday, June 26, 2009

Isu Pekerja Asing : Wujudkan semula Jawatankuasa Kabinet bukti keseriusan Kerajaan tangani isu.

1. Adalah dicadangkan agar diwujudkan Jawatankuasa Kabinet bagi Hal Ehwal Pekerja Asing.

2. Sepeti sebelum ini, Jawatankuasa ini bakal dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri untuk mengkaji kaedah terbaik menangani isu pekerja asing terutama pekerja dari Indonesia jiran keserumpunan kita.

3. Hubungan Malaysia-Indonesia haruslah dijaga dengan baik sebagaimana akrabnya YAB Perdana Menteri dan rakan sejawatnya Presiden Susilo dari Indonesia.

4. Dengan wujudnya Jawatankuasa ini, Malaysia dilihat lebih serius untuk sama-sama mengatasi masalah ketidakadilan dan perlakuan penderaan pekerja oleh majikan.

5. Penulis tidak mahu Malaysia dilabelkan sebagai tidak serius mengimbangani isu pekerja asing dan hubungan dua hala negara dengan negara pembekal pekerja asing.

6. Dasar telah digariskan dengan jelas namun masih juga berlaku perkara yang boleh dijadikan isu oleh pihak yang sengaja mahu memburukkan Malaysia. Ertinya masih berlaku kelonggaran samada pada Dasar atau Perlaksanaan (yang mungkin tidak menyeluruh).

7. Janganlah kerana beberapa kumpulan yang tidak berperikemanusiaan dan 'opportunist' menyebabkan nama baik Malaysia dan Kepimpinan Negara tercemar.

Fikirkanlah...

Kemasukan pelajar asing jana lebih RM4b setahun - Khaled Nordin

Beliau berkata, secara keseluruhan pelajar di IPT awam dan swasta menjana pendapatan lebih RM1.5 bilion setahun kepada negara melalui pelbagai sektor seperti pengangkutan, makanan, hiburan, kemudahan serta penjagaan kesihatan.

Indonesia arah penghantaran amah ke Malaysia dihentikan

Thursday, June 25, 2009

Workers worried pay or leave will be deducted if they are quarantined

25 GRO warga asing ditahan

Untuk makluman, Kerajaan Malaysia tidak pernah mengeluarkan permit untuk warga asing bekerja sebagai 'Pegawai Perhubungan Pelanggan (GRO)'.

Oleh yang demikian, warga asing yang bekerja sebagai GRO telah didapati menyalahgunakan permit mereka untuk bekerja secara 'haram'.

Sindiket dadah warga asing tumpas

Polis berjaya melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah membabitkan warga asing yang menjadikan negara ini sebagai transit sebelum ia dibawa ke luar negara.

Kejayaan itu bermula daripada penangkapan empat suspek termasuk dua wanita yang terdiri daripada warga Indonesia, India dan Pakistan di sebuah kondominium mewah di Jalan Ampang Hilir pada Rabu lalu.

Monday, June 22, 2009

Kerjaya 1 MALAYSIA : Menjadi usahawan dengan Pasaraya Pendang

Lambakan amah haram - Presiden PAPA

More case involving PATI : Kadar Shah’s home burgled, maid raped

Human trafficking blacklist: Special Home Minstry team studying US report

THE MAIL SAYS: Resolve HUMAN TRAFFICKING issue to restore reputation

Lagi Kes PATI : Penyamun ‘ratah’ amah Datuk

Sekumpulan tujuh penjenayah geng pecah rumah warga Indonesia bukan saja melarikan barangan berharga dari kediaman seorang ahli politik bergelar Datuk yang ketika itu tiada di rumah kerana melancong ke luar negara, malah merogol pembantu rumahnya bergilir-gilir.

Tempat kerja institusi terbaik latih pekerja

"Tempat kerja dalam organisasi, atau syarikat boleh menjadi institusi pembelajaran terbaik, kerana ia tempat pekerja melaksanakan tugas sebenar dan boleh menjadikan mereka sebagai pakar dalam sesuatu bidang," kata Menteri Muda Di Pejabat Ketua Menteri ( Sumber Manusia dan Latihan), ketika berucap merasmikan Program Sekolah Perniagaan Korprat,

8 warga Myanmar, Nepal lolos depot Imigresen diburu

Majikan abai caruman Perkeso pekerja ditegur

Wajar tempatkan amah ikut majikan seagama

Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) menyifatkan langkah menempatkan amah atau pembantu rumah beragama Islam dengan majikan seagama mampu menyelesaikan banyak masalah membabitkan kedua-dua pihak.

Pembantu rumah Indonesia kelas ketiga

Seorang wakil agensi pembantu rumah, Kamaruzzaman Yunos berkata, dengan kebanyakan pembantu rumah Indonesia yang dihantar ke Malaysia hanya berpendidikan sedemikian, ramai yang tidak pandai menulis dan membaca.

"Berdasarkan pengalaman saya, banyak kes penderaan membabitkan pembantu rumah membabitkan majikan bukan Islam.

Sunday, June 21, 2009

Tangkis tohmahan US : PDRM banteras penyeludupan manusia - Ketua Polis Negara

Tan Sri Musa Hassan berkata, ini dibuktikan dengan perjanjian yang ditandatangani antara pasukan PDRM dan Polis Persekutuan Australia untuk tujuan tersebut baru-baru ini.

Bil hospital warga asing RM12.8 juta

- Hutang rawatan perubatan pendatang warga Indonesia paling tinggi
- Lebih 100 bayi warga asing ditinggal di HTAR Klang setahun

Malaysia Tempat 1.3 juta TKI Mencari Rezeki

1. TKI (Tenaga Kerja Indonesia) di Malaysia merupakan kumpulan majoriti pekerja asing sah yang berdaftar di Malaysia iaitu 60%.

2. Dari jumlah ini, lebih kurang 300,000 adalah PRT (Pembantu Rumah Tangga) dan selebih di sektor lain seperti perladangan, pembinaan, perkhidmatan dan pengeluaran (perkilangan).

3. Setiap bulan TKI menghantar pulang lebih kurang RM1/2 billion kepada keluarga di Indonesia.

4. Angka di atas adalah anggaran dan ianya hanya TKI yang memasuki Malaysia secara sah (pekerja asing berdaftar). Ini tidak mengambilkira 400,000 pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia yang memasuki negara ini secara haram.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...