Saturday, June 20, 2009

PATI guna perahu layar buatan sendiri

Demi untuk mengubah nasib keluarga, dua warga Indonesia sanggup menggadai nyawa memasuki negara ini dengan merentasi perairan Pengerang menaiki sebuah perahu layar papan ciptaan mereka sendiri.

Rencana : Laporan Amerika berat sebelah

Kesangsian juga timbul terhadap kejujuran laporan Senat kerana ia melibatkan Myanmar. Seperti yang diketahui, Washington akan mengunakan apa jua ruang untuk menekan junta Myanmar dan juga ASEAN supaya negara tersebut mengotakan janji untuk memulihkan proses demokrasi.

1 MALAYSIA : Peluang dapat kerja

''Bagi penganggur yang diberhentikan kerja dan mempunyai kelulusan sekurang- kurangnya diploma, mereka akan mengikuti modul Rantaian Bekalan dan Logistik manakala untuk penganggur yang tidak mempunyai kelulusan pula perlu mengikuti modul Pengurusan Stor dan Inventori.

Indonesia beku hantar pekerja?

Suparno berkata, kerajaan akan menyekat penghantaran pekerja pembantu rumah ke Malaysia, "sehingga kerajaan Malaysia memberi jaminan ia akan melindungi pekerja Indonesia yang bekerja di sana."

Friday, June 19, 2009

Forum : Cuti amah: Majikan tidak setuju

Rencana : Pemusatan pengurusan pembantu rumah elak tragedi

'Tidak semua majikan zalim'

"Bapak Izaree dan ibu Azila tidak menganggap bibik orang gaji, tapi seperti keluarga," kata ibu beranak tiga itu sambil meriba anak majikannya, Megat Iskandar, 3, yang kelihatan manja dengannya ketika temu bual di ruang tamu.

Thursday, June 18, 2009

Gubal perundangan kawal pekerja asing

KUALA LUMPUR 17 Jun - Ahli Parlimen Sri Gading, Datuk Mohamed Aziz mempersoalkan ketiadaan satu undang-undang khusus bagi mengawal kebanjiran pekerja asing sehingga menimbulkan trauma di kalangan rakyat.

Beliau berkata, sebilangan rakyat menjadi takut dan berasa bimbang untuk ke mana-mana walaupun berada di tanah air sendiri gara-gara jumlah warga asing yang terlalu ramai.

Tegasnya, kerajaan perlu menggubal undang-undang khusus bagi menjaga kesejahteraan rakyat dengan mengambil contoh negara jiran yang mana pekerja asingnya tidak berani bertindak sewenang-wenangnya kerana penguatkuasaan undang-undangnya tegas dan keras.

"Beberapa tempat di negara ini, penuh dengan kebanjiran pekerja asing sehinggakan Balakong lebih sesuai dipanggil dengan nama 'Banglakong' dan Pasar Seni pada hujung minggu juga penuh dengan kumpulan ini hingga merimaskan kita," katanya.

Beliau berkata demikian ketika membangkitkan perkara tersebut dalam soalan tambahan pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Terdahulu, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Wira Abu Seman Yusop menjawab soalan asal Mohamed yang bertanyakan mengenai tindakan yang boleh diambil bagi mencegah kelakuan tidak senonoh pekerja-pekerja dan pelajar asing.

Menurut Abu Seman, masyarakat perlu melaporkan kepada pihak berkuasa dan bukannya sekadar melihat kelakuan tidak senonoh pekerja asing di sesuatu kawasan yang mengganggu ketenteraman awam dan penduduk tempatan.

Beliau berkata, pada masa ini tidak banyak aktiviti tidak senonoh dilaporkan kepada polis atau Jabatan Imigresen, dan pihak kementerian memang memandang serius senario itu.

"Kementerian amat mengharapkan masyarakat mengubah persepsi supaya lebih peka dan prihatin terhadap masalah ini dengan menggunakan pendekatan 'bukan sahaja melihat kehadiran mereka, tetapi turut merasa kehadiran mereka," katanya.

Tambah Abu Seman, bagi menangani masalah itu polis dan Jabatan Imigresen telah mengambil beberapa tindakan seperti berikut:

*Mengenal pasti kawasan-kawasan bermasalah dan meningkatkan aktiviti penguatkuasaan oleh agensi-agensi berkaitan.

*Mendirikan unit polis bergerak dan pondok bit polis di kawasan bermasalah ini.

*Membatalkan permit kerja bagi pekerja asing dan visa pelajar asing.

*Mendakwa mereka di mahkamah jika didapati perilaku tidak senonoh berkenaan bertentangan dengan mana-mana undang-undang negara. Sumber Utusan Malaysia

Cubaan burukkan imej negara - Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR 17 Jun - Tindakan Amerika Syarikat (AS) yang menyenarai semula Malaysia antara negara yang menyeludup manusia merupakan cubaan untuk menjejaskan imej negara ini.

Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, beliau percaya ia merupakan tindakan kongres AS untuk memburuk-burukkan Malaysia.

"Saya dimaklumkan bahawa ada gerakan daripada anggota Kongres AS untuk mencaci Malaysia berdasarkan masalah penyeludupan manusia.

"Kedudukan Malaysia di tengah-tengah kawasan ASEAN mempunyai kelemahan dari segi geografi untuk perdagangan manusia ke seluruh dunia.

"Warga-warga Iraq, Asia Barat, Pakistan dan Bangladesh sering transit di Malaysia sebelum berangkat ke Australia," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.

Beliau mengulas laporan media mengenai tindakan AS memasukkan semula Malaysia dalam senarai negara yang menyeludup manusia. Malaysia dikeluarkan dari senarai tersebut tahun lalu. Sumber Utusan Malaysia

AS diminta beri penjelasan - Hishamuddin

PUTRAJAYA 17 Jun - Kementerian Dalam Negeri (KDN) mahu Amerika Syarikat (AS) memberi penjelasan berhubung tindakan kerajaan negara itu menyenaraihitamkan semula Malaysia kerana kegiatan penyeludupan manusia.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, beliau mahu mengetahui atas alasan atau sebab apa tindakan itu dibuat.

Serentak itu, tegas beliau, KDN akan menghubungi Kedutaan AS di negara ini dalam masa terdekat bagi mendapatkan laporan rasmi dan tepat mengenainya.

"KDN akan berjumpa Kedutaan AS di Kuala Lumpur untuk mengenal pasti apa tuduhan dan dakwaan sehingga Malaysia disenarai hitam," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet kementeriannya di sini hari ini.

Semalam, Jabatan Negara AS meletakkan semula Malaysia dalam Laporan Penyeludupan Manusia selain enam negara baru dari Afrika.

Dalam laporan berkenaan, Malaysia didakwa gagal memenuhi standard minimum bagi membanteras kegiatan penyeludupan manusia selain tidak mengambil usaha sewajarnya untuk mengatasi masalah itu.

Hishammuddin memberitahu, ini bukan pertama kali Kerajaan AS mengambil tindakan sedemikian di mana pada tahun 2007, Malaysia diletakkan pada Tahap 3.

Bagaimanapun, tambah beliau, selepas memperkenalkan Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007, status negara dalam kegiatan tersebut diturunkan ke Tahap 2.

Pada perkembangan lain, Hishammuddin menjelaskan, mulai Isnin ini beliau akan turun padang ke lokasi-lokasi yang mempunyai kadar jenayah tinggi bagi melihat sendiri kaedah-kaedah baru yang boleh diambil oleh KDN bagi mengatasi isu berkenaan.

"Saya mahu mendengar sendiri cerita dan apa yang terpaksa KDN lakukan bagi membanteras jenayah," katanya. Sumber Utusan Malaysia

MTUC sambut baik pembantu rumah diberi cuti sehari

KUALA LUMPUR 17 Jun - Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) hari ini menyifatkan langkah kerajaan mewajibkan majikan memberikan cuti sehari dalam seminggu kepada pembantu rumah sebagai satu cadangan yang baik.

Timbalan Presidennya, Shafie BP Mammal berkata, pelaksanaan cuti tersebut harus dipercepat bagi mengelakkan lebih banyak berlakunya penyelewengan, penganiayaan dan kes bunuh diri melibatkan pembantu rumah.

''Cuti sehari dalam seminggu juga dapat memberi ruang kepada mereka untuk bergaul sesama rakan senegara sendiri," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Semalam, Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, pihaknya akan mewajibkan majikan memberikan cuti sehari dalam seminggu kepada pembantu rumah pada penghujung tahun ini.

Jelasnya, peraturan baru tersebut akan dikuatkuasakan melalui kontrak pekerjaan yang akan ditandatangani oleh majikan, pembantu rumah dan agensi yang bertanggungjawab membawa mereka masuk ke dalam negara.

Walaupun begitu, kata beliau, majikan bebas memilih hari yang difikirkan sesuai untuk diberikan cuti dan sekiranya kedua-dua pihak bersetuju untuk bekerja seminggu tanpa cuti, pembantu rumah harus diberikan pampasan.

Tambah beliau, sekiranya majikan gagal mematuhi terma dan syarat pengambilan pembantu rumah yang baru, mereka boleh didenda sehingga RM10,000.

Dalam pada itu, Shafie menegaskan syarat pemberian cuti sehari dalam seminggu yang dimasukkan ke dalam kontrak pekerjaan adalah wajar.

''Sekiranya kita tidak berbuat demikian, orang di luar negara akan memandang serong kepada orang Malaysia kerana tidak mesra kepada pembantu rumah," katanya.

Tambahnya, cuti sehari tersebut bukan sahaja memberi peluang kepada golongan itu untuk berehat, malah ia dapat menjalinkan hubungan yang lebih baik bersama majikan. - Sumber Utusan Malaysia

Wednesday, June 17, 2009

Ini yang PATREE Malaysia takutkan : M'sia disenaraihitam seludup manusia - Laporan tahunan Jabatan Negara Amerika

1. Hasrat PATREE Malaysia mendaftar sebagai pertubuhan yang sah antaranya untuk membuktikan kepada dunia bahawa 1 MALAYSIA tidak bersekongkol dengan kes seumpama ini.

2. Namun sehingga hari ini, PATREE Malaysia masih tidak mendapat jawapan rasmi dari Kementerian Dalam Negeri.

3. Kaedah menangani pekerja asing yang sah dan usaha mensifarkan PATI juga ditekankan di dalam objektif utama.

4. PATREE Malaysia tidak mahu ada pihak lain mengambil kesempatan dengan cuba untuk memburukkan imej negara. Ini termasuk kenyataan pihak luar yang dengan jelas berniat jahat.

5. Demi 1 MALAYSIA dan langkah proaktif, luluskan pendaftaran PATREE Malaysia.

Bebas-PATI : Compulsory day off for maids

“We may be able to implement it this year,” he told reporters after meeting unions and non-governmental organisations on the issue of foreign workers at Wisma Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) here yesterday.

Bebas-PATI : Tidak boleh ke sekolah kerajaan

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan bahawa pada masa ini anak-anak pelarian dan pendatang asing tanpa izin masih tidak dibenarkan untuk belajar di sekolah kerajaan.

Jangan bersikap keterlaluan - Hishamuddin

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memberi amaran kepada warga asing yang berada di negara ini supaya tidak bersikap keterlaluan dengan membawa kemelut politik yang berlaku di negara sendiri ke Malaysia.

1 MALAYSIA Bebas-PATI

1. >>>untuk Bahasa Malaysia 2. >>>for English

Tuesday, June 16, 2009

Rencana : Anjakan ekonomi buruh asing

KEHADIRAN pekerja asing diakui dapat membantu negara mengatasi masalah kekurangan pekerja. Malah ia turut membantu mencapai kadar pertumbuhan ekonomi. - DR. ASAN ALI GOLAM HASSAN, Timbalan Pengarah, Institut Pembangunan Malaysia, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

Monday, June 15, 2009

Siti Hajar was made PATI since last year

1. It was not Siti Hajar’s fault as all her documents were the responsibility of her employer.

2. She had been staying in the country illegally since her passport expired on May 9, 2009.

3. “She would probably be penalised for that,” said Susapto, referring to the detained employer.

>>>more

5,000 jawatan kosong pelbagai sektor ditawar

ORANG ramai mengisi butiran diri pada portal JobsMalaysia.com iaitu sistem penjodohan kerja automatik online disediakan Kementerian Sumber Manusia.

1. Lebih 5,000 jawatan kosong ditawarkan sektor kerajaan dan swasta kepada siswazah sempena Program Penempatan dan Pekerjaan 'Train & Place' peringkat negeri 2009 di sini, selama dua hari berakhir semalam. Program itu menawarkan pekerjaan daripada pelbagai sektor seperti perkhidmatan, pembuatan, pembinaan, pertanian dan peruncitan.

2. Peluang 1 MALAYSIA untuk mengisi kekosongan yang ditawarkan..INGAT! Kerja adalah proses menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran.

3. Dengan bertambahnya ilmu pengetahuan dan kemahiran, maka akan bertambahlah 'harga diri' (yakni gaji/upah) seseorang itu.

Penyebab PATI : Sambung reman enam hari

Ambil amah China - Presiden Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing

“Mengikut statistik di negara ini, 80 peratus daripada majikan yang mengambil pembantu rumah dari Indonesia terdiri kaum Cina.

Lagi kes Pekerja Asing : Wanita lari dari kurungan parah

“Tidak tahan dikurung dan hanya diberi biskut kering, kami nekad turun dari bangunan menggunakan cadar sebagai tali,” kata seorang wanita warga Indonesia yang tidak mahu dikenali.

Percepatkan Kelulusan PATREE Malaysia Untuk Kebaikan Bersama

1. Sudah masanya untuk Pihak berwajib memikirkan kaedah memperketatkan syarat menggaji Pembantu Rumah terutama yang melibatkan Pembantu yang berugama Islam dan Majikan yang bukan Islam.

2. Perkara ini amat serius kerana ianya bukan hanya melibatkan kesan psikologi tetapi juga membawa kepada tindakan lebih serius seperti mendera dan memaksa melakukan perkara yang jelas tidak dibenarkan oleh Agama Islam.

Sunday, June 14, 2009

Pembantu Rumah Yang Didera Boleh Mengadu Ke Hotline JTK

MAID ABUSE IN MALAYSIA: Shelter full of horror stories

1. It is better that they escaped and reported themselves at the Embassy otherwise they are considered PATI (illegal immigrant).

2. In this case, they are made PATI resulted from Employers cruelties.

MAID ABUSE IN MALAYSIA: Tortured souls in our homes

Indonesian Embassy second secretary (consular affairs) Susapto Anggoro Broto said Malaysia was the most problematic of all the Asian countries that take in Indonesian maids.

Wanita MCA cadang peraturan elak penderaan amah

17 warga Iraq cuba diseludup keluar ditahan

Lagi Kes Pembantu Rumah : Pembantu rumah tinggalkan nota

Bina insan berkualiti - Datin Seri Rosmah Mansor

Institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) disarankan keluar daripada kepompong akademik dengan terbabit dalam pelbagai program terutama pembinaan potensi diri modal insan kanak-kanak.

‘Tekong’ bawa masuk balai

Kumpulan pendatang asing yang menunggu dalam kebun kelapa sawit itu sejak lima hari lalu, tidak tahu tekong darat memandu lori berkenaan sebenarnya anggota dari Balai Polis Penawar menyamar dan memasang perangkap menjerat mereka.

Peniaga Pasar Pudu perlu pekerja asing - Raja Nong Chik

Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, berkata pihaknya menerima permintaan daripada persatuan dan peniaga pasar itu yang mahu menggunakan khidmat pekerja warga asing.

Rencana : Guru terlatih mampu tingkat minat pelajar

Pulangan lumayan buluh madu

Rebut 50,000 jawatan kosong sektor awam

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...