Wednesday, December 30, 2009

7 tinggal lebih masa ditahan

PUTRAJAYA: Ketenangan beberapa pelanggan menjamu selera di sebuah restoran di Presint 8 di sini, tersentak apabila restoran itu diserbu selepas dipercayai melakukan kesalahan mengupah pekerja yang tidak mematuhi peraturan ditetapkan.

Serbuan 12 anggota penguat kuasa Ibu Pejabat Jabatan Imigresen Putrajaya itu dilakukan selepas mendapat aduan kewujudan pekerja warga asing dari India dan Bangladesh yang diragui dokumen pekerjaan mereka di restoran berkenaan, kira-kira jam 5 petang, semalam.

Ketika serbuan, ada tujuh pekerja warga asing berusia antara 30 hingga 40 tahun di restoran berkenaan yang kemudian disoal siasat sebelum dibawa ke pejabat imigresen, di sini.

Jurucakap Jabatan Imigresen, berkata semua pekerja restoran terbabit ditahan selepas dipercayai menyalahgunakan permit selain tinggal lebih masa ditetapkan.

Beliau berkata, serbuan dilakukan selepas pihaknya menerima aduan orang ramai sebelum melakukan risikan dan pemantauan terhadap pekerja di restoran berkenaan.

“Kami memang ada menerima aduan mengenai kehadiran pekerja warga asing yang diragui kehadiran mereka di restoran berkenaan.

“Susulan itu, pihak kami melakukan risikan dan pemantuan di restoran berkenaan sebelum mendapati ada pekerja yang tidak mematuhi peraturan imigresen yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata, ketika serbuan, pemilik restoran yang juga warga tempatan tidak ada di premis berkenaan bagi mendapatkan penjelasan. - Harian Metro

1 comment:

  1. Minta pihak Imegesyen dan Jabatan Agama memantau kawasan Ampang di area Pandan Indah dan sekitarnya.

    Begitu ramai warga tempatan tinggal dengan bangsa Africa dan mengandungkan anak luar nikah di kawasan Ampang di Kawasan Hospital swasta berdekatan McDonald dan kawasan disekitarnya. Warga Africa disana begitu samseng dan menggunakan permit orang lain untuk tinggal di negara kita.

    Warga wanita tempatan yang tinggal disana ada yang mengandung anak luar nikah(muslim) dan ada dikalangan warga Africa yang langsung tidak mempunyai permit selama beberapa tahun.

    Diminta pihak Imegresyen mengambil tindakan daripada gejala sosial yang tidak bermoral ini berterusan dan menghantar mereka balik ke tempat mereka dan mengambil tindakan keatas mereka yang tinggal bersekedudukan ini. Ada dikalangan penduduk tempatan yang memberi maklumat kepada warga Africa dan mereka yang bersekedudukan ini ketika pihak berkuasa datang hendak menjalankan operasi menangkap mereka.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...