Thursday, October 1, 2009

Kempen usah ambil amah PATI

KUALA LUMPUR 30 Sept. - Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing (PAPA) Malaysia akan mengadakan kempen besar-besaran di seluruh negara bagi menyedarkan majikan supaya tidak menggunakan perkhidmatan amah lari atau yang berstatus pendatang tanpa izin (PATI).

Kempen yang dinamakan 'Usah ambil amah lari & PATI' bertujuan menghalang kemasukan lebih ramai PATI dari republik tersebut berikutan tindakan pembekuan penghantaran amah oleh kerajaan Indonesia sejak Jun lalu.

Selain itu, kempen tersebut juga berikutan pertambahan jumlah amah PATI dan yang lari daripada majikan asal sebelum tamat kontrak sehingga menimbulkan pelbagai masalah sosial yang menjejaskan keselamatan serta ketenteraman awam.

Presiden PAPA, Zulkepley Dahalan mendedahkan pada masa ini, terdapat kira-kira 150,000 amah PATI bekerja dengan majikan di seluruh negara.

Beliau berkata, jumlah itu tidak termasuk 8,000 lagi amah yang lari daripada majikan asal untuk bekerja dengan majikan baru.

''Masih ramai majikan memandang ringan risiko mengambil amah PATI atau yang lari daripada majikan asal. Ada yang terlibat dengan jenayah serta berdepan dengan masalah kesihatan seperti penyakit kulit. Latar belakang mereka juga turut diragui,'' katanya kepada Utusan Malaysia di sini semalam. - Utusan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...