Thursday, September 10, 2009

PATI digesa daftar dengan Jabatan Imigresen

KUALA LUMPUR 10 Sept. - Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pendatang asing tanpa izin (PATI) yang berada di negara ini diberi masa sehingga akhir bulan ini untuk mendaftar dengan Jabatan Imigresen bagi membolehkan mereka dihantar pulang ke negara asal masing-masing tanpa dikenakan sebarang tindakan.

Beliau berkata, tindakan keras akan dikenakan kepada semua PATI yang masih tidak mendaftar apabila Operasi Pemutihan bagi fasa ketiga dilaksanakan mulai bulan depan.

``Saya berharap semua PATI dapat mendaftar dengan segera kerana kadar levi yang dikenakan kepada mereka telah dikurangkan hampir separuh daripada kadar asal,’’ katanya pada sidang akhbar Ops Utama Perdana Bandar Puteri Puchong di sini hari ini. - Utusan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...