Tuesday, September 8, 2009

Imigresen tahan 116 warga India, Sri Lanka di sebuah kondominium

JOHOR BAHRU 8 Sept. — Jabatan Imigresen hari ini menahan 116 warga India dan Sri Lanka di sebuah kondominium mewah di Jalan Abdul Samad, di sini, dipercayai dijadikan pusat transit untuk menyeludup mereka keluar ke Indonesia seterusnya ke Australia.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Johor, Muhammad Ali Abdullah berkata, kesemua mereka yang berumur antara tujuh bulan dan 50 tahun itu ditahan kira-kira pukul 1.00 tengah hari selepas Jabatan Imigresen mendapat maklumat dari polis.

“Terdapat lebih 20 bilik yang didiami warga asing ini yang dipercayai disewa oleh ejen penyeludupan. Dipercayai ada tiga ejen yang turut tinggal di kondominium berkenaan, bagaimanapun, berjaya melarikan diri ketika serbuan dibuat,” katanya kepada pemberita. - Utusan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...