Monday, September 28, 2009

Dagang manusia: 369 diselamat

KUALA LUMPUR 27 Sept. - Di sebalik pelbagai tuduhan bahawa Malaysia tidak serius menangani pemerdagangan manusia, Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuktikan ia tidak berasas apabila berjaya menyelamatkan 369 warga asing daripada diperdagangkan dalam tempoh lapan bulan pertama tahun ini.

Daripada jumlah itu, sebanyak 78 peratus adalah wanita selain turut melibatkan 23 kanak-kanak.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Mohd. Zinin berkata, berdasarkan statistik, warga China mendahului senarai itu dengan 83 mangsa, diikuti Indonesia (80); Thailand (56); Filipina (42), Vietnam (29), Bangladesh (23) dan Myanmar (15).

Menurut beliau, kedudukan negara yang strategik dan berhampiran dengan negara lain di rantau ini termasuk Indonesia mendorong warga asing menjadikan Malaysia sebagai transit ke negara-negara lain.

"Apa yang jelas di sini, kita (Malaysia) bukan 'ejen pengeluar' sindiket itu tetapi negara kita telah disalahgunakan oleh sesetengah pihak untuk dijadikan transit bagi melakukan aktiviti keji tersebut.

"Kesungguhan kerajaan menguatkuasakan Akta Anti-Penyeludupan Manusia juga membuktikan negara serius memerangi penyeludupan dan memperdagangkan manusia," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui baru-baru ini.

Malah sebelum ini, PDRM turut mendapat pujian daripada Amerika Syarikat (AS) yang memuji tindakan pasukan itu menahan 10 kakitangan Jabatan Imigresen kerana terlibat dalam sindiket penyeludupan manusia antarabangsa.

Ia sekali gus membuktikan tuduhan AS yang pernah menyenarai semula Malaysia dalam Laporan Penyeludupan Manusia 2009 sebagai antara negara yang menyeludup manusia tidak berasas.

Tambah Mohd. Bakri, seramai 133 mangsa termasuk 23 kanak-kanak yang diselamatkan itu kini ditempatkan di rumah perlindungan mengikut Perintah Perlindungan.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan, dalam kebanyakan kes berkenaan, mangsa kurang menunjukkan komitmen untuk membantu polis dalam usaha mengesan dalang sindiket itu.

"Kita memang hendak mempercepatkan pendakwaan, tapi mangsa pula kebanyakannya mahu cepat pulang ke negara mereka.

"PDRM begitu komited dalam menangani masalah penyeludupan manusia kerana tidak mahu Malaysia dikenali sebagai transit untuk menyeludup warga asing ke negara-negara berdekatan," tegasnya.

Pada masa yang sama, beliau berkata, pihak penguat kuasa sentiasa memantau sempadan negara daripada dibolosi oleh sindiket-sindiket itu.

Sebagai usaha membanteras sindiket itu, Mohd. Bakri berkata, Malaysia dan Australia baru-baru ini bersetuju menjalinkan perkongsian maklumat risikan dalam usaha membanteras masalah penyeludupan manusia di rantau ini.

“Kesungguhan kerajaan menguatkuasakan Akta Anti-Penyeludupan Manusia juga membuktikan negara serius memerangi penyeludupan dan memperdagangkan manusia,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika ditemui baru-baru ini.

Malah sebelum ini, PDRM turut mendapat pujian daripada Amerika Syarikat (AS) yang memuji tindakan pasukan itu menahan 10 kakitangan Jabatan Imigresen kerana terlibat dalam sindiket penyeludupan manusia antarabangsa.

Ia sekali gus membuktikan tuduhan AS yang pernah menyenarai semula Malaysia dalam Laporan Penyeludupan Manusia 2009 sebagai antara negara yang menyeludup manusia tidak berasas.

Tambah Mohd. Bakri, seramai 133 mangsa termasuk 23 kanak-kanak yang diselamatkan itu kini ditempatkan di rumah perlindungan mengikut Perintah Perlindungan.

Bagaimanapun, beliau menjelaskan, dalam kebanyakan kes berkenaan, mangsa kurang menunjukkan komitmen untuk membantu polis dalam usaha mengesan dalang sindiket itu.

“Kita memang hendak mempercepatkan pendakwaan, tapi mangsa pula kebanyakannya mahu cepat pulang ke negara mereka.

“PDRM begitu komited dalam menangani masalah penyeludupan manusia kerana tidak mahu Malaysia dikenali sebagai transit untuk menyeludup warga asing ke negara-negara berdekatan,” tegasnya.

Pada masa yang sama, beliau berkata, pihak penguat kuasa sentiasa memantau sempadan negara daripada dibolosi oleh sindiket-sindiket itu.

Sebagai usaha membanteras sindiket itu, Mohd. Bakri berkata, Malaysia dan Australia baru-baru ini bersetuju menjalinkan perkongsian maklumat risikan dalam usaha membanteras masalah penyeludupan manusia di rantau ini. - Utusan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...