Friday, September 11, 2009

31 PATI Filipina ditahan


Mohd. Arif Jambul (kiri) memeriksa dokumen pendatang asing tanpa izin PATI yang ditahan dalam operasi Barracuda di Kampung Pondoh di Pulau Gaya, semalam.

KOTA KINABALU 10 Sept. - Seramai 31 pendatang asing tanpa izin (PATI) dari Filipina ditahan dalam Operasi Barracuda yang dijalankan Pasukan Gerakan Marin (PGM) Sabah di Kampung Pondoh, Pulau Gaya di sini hari ini

Dalam operasi pukul 4.15 pagi itu, PGM turut menahan seorang PATI yang didapati positif dadah.

Pegawai Operasi, Asisten Supritendan Mohd. Arif Jambul berkata, dalam operasi itu PGM memeriksa sebanyak 50 buah rumah dan menahan 200 orang.

''Hasil tapisan kami menahan 22 lelaki dan sembilan perempuan atas kesalahan tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan yang sah.

"Semua PATI yang ditahan itu dipercayai bekerja sebagai buruh di sekitar bandar raya ini," katanya ketika ditemui di sini ini.

Mohd. Arif berkata, mereka kini ditahan di pangkalan PGM Kota Kinabalu dan akan diserah kapada Jabatan Imigresen untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63.

Beliau berkata, PGM Sabah akan meningkatkan rondaan pada musim perayaan Aidilfitri tahun ini untuk memastikan perairan negeri ini selamat dan tidak berlaku sebarang penyeludupan.

"Lebih 300 anggota akan ditugaskan mengawal semua pintu masuk perairan di seluruh Sabah.

"Kita juga meminta kepada orang ramai segera menghubungi PGM jika melihat kapal-kapal yang mencurigakan di perairan negara," katanya. - Utusan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...