Wednesday, September 9, 2009

25 GRO 'kopi korek' ditahan

SUBANG JAYA 8 Sept. - Seramai 25 pegawai perhubungan pelanggan (GRO) 'kopi korek' termasuk dua ibu ayam ditahan ketika asyik melayan pelanggan di sebuah premis dua tingkat di Bandar Puteri Bukit Puchong di sini semalam.

Lebih menjijikkan, ketika beroperasi, GRO itu sanggup membiarkan diri mereka diusap dan diraba termasuk pada bahagian sulit dengan bayaran tambahan.

'Kopi korek' adalah gelaran kepada wanita yang merelakan diri mereka dijadikan pemuas nafsu lelaki tetapi tidak sampai ke tahap melakukan hubungan seks.

Bagi mengaburi mata pihak penguat kuasa, premis itu berselindung di sebalik pusat karaoke manakala bangunan bawahnya pula digunakan sebagai restoran.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Zainal Rashid Abu Bakar ketika dihubungi berkata, 14 GRO yang ditahan adalah warga Thailand, China (5) dan Vietnam (4) berusia di antara 20 hingga 30-an.

"Dalam serbuan itu, kami turut menahan seorang wanita dipercayai pengawal kepada GRO itu," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan GRO itu sedia menawarkan khidmat seks sekiranya dipujuk pelanggan dan melakukannya di satu lokasi yang lain.

Ketika serbuan kira-kira pukul 10 malam, seramai 25 pelanggan berada di premis itu. Bagaimanapun, mereka dibebaskan selepas keterangan masing-masing dirakam.

Dalam pada itu, Zainal Rashid berkata, pihaknya menemui tiga tiub dadah dipercayai heroin di dalam sebuah bilik dipercayai dicampak oleh pelanggan ketika serbuan dilakukan. - Utusan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...