Saturday, August 15, 2009

Warga Bangladesh tak mengaku peras ugut rakan RM70,000

KUALA LUMPUR 14 Ogos - Walaupun bersama-sama mencari rezeki di negara orang, seorang buruh binaan warga Bangladesh sanggup memeras ugut rakan senegaranya sebanyak RM70,000.

Azad Hossain, 24, yang lapan tahun lebih muda daripada mangsa, Muhammad Ibrahim, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut ketika didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Azad didakwa memeras ugut Muhammad yang juga seorang buruh binaan sebanyak RM70,000 di hadapan Menara PGRM, Cheras di sini pada pukul 7 petang, 13 Julai lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada seksaan-seksaan tersebut jika sabit kesalahan.

Hakim Zainal Abidin Kamarudin menetapkan sebutan semula kes itu pada 9 Oktober ini.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Lee Keng Fatt. - Utusan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...