Tuesday, August 11, 2009

Terkini : Gas bocor: 4 lelaki tempatan, 2 Bangladesh dikenalpasti maut

SHAH ALAM 11 Ogos – Empat lelaki tempatan dan dua lelaki warga Bangladesh antara yang dikenalpasti terkorban setelah terhidu gas ammonia yang bocor di belakang tokong Cina Bagan Pasir di sini pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.50 pagi itu, empat lagi mangsa masih tidak sedarkan diri dan kini sedang menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tanjung Karang dekat sini.

Keadaan mereka setakat tengah hari ini masih dilaporkan kritikal.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norizan Saad berkata, pihaknya sedang menyiasat punca kejadian. - Utusan

ENGLISH

Six die after inhaling ammonia gas

TANJUNG KARANG: Six people have died after inhaling leaked ammonia gas in Bagan Pasir here. -- Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...