Tuesday, August 25, 2009

Polis Brickfields tumpas sindiket pelacuran

KUALA LUMPUR: Polis Brickfields menumpaskan satu sindiket pelacuran di sebuah rumah urut di Taman Desa di sini dengan tertangkapnya seorang lelaki tempatan dan lima wanita rakyat asing di rumah urut itu, semalam.

Ketua Polis Daerah Brickfields, ACP Wan Abdul Bari Wan Abdul Khalid, berkata dalam operasi pada jam 9.20 malam itu, polis mendapati rumah urut berkenaan turut menawarkan khidmat seks.

"Kami menjumpai kondom serta peralatan seks lain di permis itu. Dua pelanggan rakyat tempatan turut diberkas," katanya kepada Bernama ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, semua suspek yang dalam lingkungan umur 20-an itu ditahan reman untuk siasatan lanjut. - Berita Harian

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...