Tuesday, August 18, 2009

Pekerja asing cuba rogol gadis diberkas

KUALA TERENGGANU: Hasrat pekerja warga Bangladesh untuk melampiaskan nafsu terhadap anak perempuan pemilik gerai berusia 17 tahun tidak kesampaian apabila adik mangsa tiba-tiba muncul di gerai berkenaan, Sabtu lalu.

Dalam kejadian jam 8 malam di Kampung Chabang Kersil, Kemaman itu, suspek berusia 24 tahun memeluk mangsa, meraba buah dada dan menciumnya sebelum melarikan diri apabila menyedari kehadiran adik mangsa.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Superintendan K Manoharan, berkata sebelum kejadian pekerja Bangladesh itu meminta mangsa menghantar air kosong kepadanya.

“Suspek mengekori mangsa dan memeluknya dari belakang,” katanya.

Manoharan berkata, mangsa membuat laporan di Balai Polis Kertih jam 12.55 pagi kelmarin dan polis memberkas suspek sejam kemudian. - Berita Harian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...