Wednesday, August 19, 2009

Papa nafi agensi 'tipu' kos amah

KUALA LUMPUR: Persatuan Agensi Pembantu Rumah Asing (Papa) menafikan agensi pembantu rumah memanipulasi urusan pengambilan pekerja hingga menyebabkan kos mendapatkan khidmat pembantu rumah meningkat.

Presidennya, Datuk Raja Zulkepley Dahalan, berkata caj yang dikenakan agensi mengikut ketetapan dan syarat yang ditetapkan negara sumber.

“Jika dikira daripada RM8,000 yang dikenakan kepada majikan dan selepas ditolak pendahuluan RM3,600 untuk membawa masuk pembantu rumah, majikan hanya membayar RM4,400.

“Daripada jumlah itu, setiap agensi hanya memperoleh untung kasar RM600 untuk setiap pembantu rumah asing,” katanya merujuk kepada caj yang dikenakan 160 agensi yang menganggotai Papa.

Raja Zulkepley berkata, jika beberapa tahun lalu, Indonesia mengenakan yuran RM3,500 untuk setiap pembantu rumah, ia kini meningkat kepada RM5,000 dan agensi menanggung kerugian jika pembantu rumah melarikan diri atau laporan perubatan ditolak. - Berita Harian.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...