Tuesday, August 18, 2009

Marin tahan 102 pendatang asing di Pulau Carey

PELABUHAN KLANG 18 Ogos — Pasukan Gerakan Marin hari ini menahan 102 pendatang asing tanpa izin yang cuba keluar dari negara menggunakan laluan air secara haram di Sungai Mati, Pulau Carey di Banting dekat sini.

Pegawai Pemerintah Markas Operasi Pasukan Gerakan Marin Pelabuhan Klang, DSP Marzuki Ismail berkata bot yang membawa semua warga Indonesia, termasuk 35 wanita dan empat kanak-kanak itu ditemui terkandas di satu kawasan belukar.

“Ketika ditemui kesemua pendatang itu sedang menunggu untuk diseludup keluar dengan menggunakan dua buah bot, namun mereka dipercayai tersadai di kawasan belukar kerana air surut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. - Utusan Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...