Monday, August 3, 2009

1MALAYSIA Bebas-PATI : DOA MENJAYAKAN 1MALAYSIA Bebas-PATI

my doanajib doa

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.


Segala puji bagi Allah Tuhan pentadbir seluruh alam. Selawat dan sejahtera semoga dilimpahkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad yang semulia-mulia pesuruh-Nya, serta ke atas keluarga dan sekalian sahabat-sahabatnya.

Ya Allah, wahai Tuhan kami, hidupkan kami dengan iman, matikan kami dalam iman, serta masukkan kami ke dalam syurga bersama-sama iman.

Ya Allah, ya Tuhan kami, ampunilah segala dosa kesalahan kami dan dosa-dosa kesalahan kedua ibu bapa kami, serta kesihanilah kedua ibu bapa kami sebagaimana mereka berdua mengasihani kami semasa masih kecil.

Ya Allah, Engkau bukakan hati mereka yang menyekat Penubuhan PATREE Malaysia. Sesungguhnya PATREE Malaysia adalah untuk membersihkan nama Malaysia dari pengkhianat yang sengaja memburukkan nama Malaysia dan PATI yang memasuki Malaysia secara haram dan merampas kerja Rakyat Malaysia. Hanya Engkau yang Maha Mengetahui akan niat baik PATREE Malaysia kepada umatMu yang dianiayai dan ditipu oleh kerakusan manusia yang tamak dan haloba.

Kejayaan 1MALAYSIA amat bergantung kepada insan yang jujur, amanah serta ikhlas melakukan kerja keranaMU Ya ALLAH.

Ya Allah, Jika ada di antara mereka yang sengaja menyalahgunakan ‘kuasa’ mereka yang diamanahkan untuk mereka berlaku ‘adil tetapi disalahgunakan untuk menjaga kepentingan dan kepuasan hati mereka, Engkau akhirikanlah karier mereka dengan penuh penghinaan dan ke’aiban Ya Allah.

Ya Allah, ya Tuhan kami, janganlah kiranya Engkau pesongkan iman kami sesudah Engkau kurniakan kepada kami petunjuk. Anugerahilah kami rahmat kerana sesungguhnya Engkau Maha Pengurnia.

Wahai Tuhan kami, kurniakanlah kepada kami kebaikan di dunia ini dan juga di akhirat, dan peliharalah kami daripada azab neraka.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan sejahtera ke atas junjungan kami Nabi Muhammad dan ke atas seluruh keluarga dan sahabat-sahabat baginda. Dan segala puji itu tertentu bagi Allah, Tuhan pentadbir seluruh alam.

Amin Ya Rabbal 'Alamin.

1 comment:

  1. SEMOGA SIAPA SAJA YANG DIAMANAHKAN UNTUK BEKERJA SERTA BERLAKU 'ADIL TETAPI TELAH MENYALAHGUNAKAN 'KUASA'NYA DI'TAMPAR' ALLAH DENGAN TAMPARAN YANG KERAS DAN MENGAIBKAN...AMIN

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...