Thursday, August 6, 2009

Dalang Orang Malaysia : 17 pelacur asing ditahan

KUALA LUMPUR 5 Ogos - Mereka bersembunyi di atas bumbung tetapi tindakan itu tidak menjamin mereka daripada tidak dicekup sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen.

Taktik itu cuba dilakukan 17 wanita dipercayai pelacur yang cuba melarikan diri daripada ditahan dalam serbuan di sebuah pusat karaoke di Jalan Pudu berhampiran bulatan Loke Yew di sini malam tadi.

Dalam serbuan kira-kira pukul 12 tengah malam itu, 10 wanita warga Vietnam dan tujuh warga China yang sebelum itu dikatakan sedang melayan pelanggan telah ditahan.
Kesemua mereka ditahan ketika sedang bersesak-sesak menyembunyikan diri di bumbung pusat hiburan itu.

Turut ditahan penjaga premis berkenaan yang berusia 40-an.
Timbalan Penolong Pengarah (Kanan), Jabatan Imigresen Putrajaya, Mohd. Radzi Ain berkata, sewaktu serbuan dilakukan bahagian dalam premis itu kosong dengan hanya lima pelanggan masing-masing berada dalam sebuah bilik kecil.

"Pemeriksaan awal mendapati, kesemua wanita itu menyalahgunakan pas lawatan sosial dengan menjalankan kegiatan tidak bermoral," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Ditanya mengenai beberapa bilik kosong di premis itu, beliau berkata, pihaknya yakin kemungkinan besar selepas pelanggan dihiburkan dengan karaoke, mereka akan dibawa ke sebuah bilik khas untuk 'aktiviti' lain.

Mengulas lanjut, beliau berkata, pihaknya tidak menemui sebarang kondom di dalam bilik-bilik itu.

Kesemua mereka katanya akan disiasat mengikut Peraturan 39 (b) Akta Imigresen 1959/1963 kerana melanggar syarat permit.

Serbuan itu disertai oleh 50 pegawai dan anggota Jabatan Imigresen Putrajaya.
Premis yang telah beroperasi hampir setahun itu baru pertama kali diserbu. - Utusan Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...