Wednesday, August 26, 2009

Bersama tangani isu pemerdagangan manusia

KUALA LUMPUR 26 Ogos — Malaysia dan Australia hari ini mencapai kata sepakat untuk memberi komitmen yang tinggi dalam menangani isu pemerdagangan manusia yang menjadi fokus penting kedua-dua negara.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, isu pemerdagangan manusia merupakan satu isu yang perlu ditangani dalam konteks dua hala dan serantau.

Ke arah itu, katanya, kemahuan politik kedua-dua negara amat diperlukan bagi memastikan semua agensi yang terlibat dalam menangani isu pemerdagangan manusia dapat memberikan kerjasama yang baik.

Beliau berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak juga telah memberi persetujuan kepada pihaknya untuk mengorak langkah lebih jauh dalam usaha menangani isu itu yang mencetuskan tanggapan dunia bahawa Malaysia sebagai negara transit. - Utusan

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...